tag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post39678292013820632..comments2023-04-13T22:57:48.182+08:00Comments on SECALIT TINTA: HARGA BARANG AKAN TETAP NAIK,.....HARGA DIRI MANUSIA?Afandy Bin Sutrisno Tanjunghttp://www.blogger.com/profile/04373316344134142060noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-22272639500272026392008-06-28T13:19:00.000+08:002008-06-28T13:19:00.000+08:00SALAM..NICE BLOG ABG..NWAY PASNI KENE BUAT SHOUT B...SALAM..
NICE BLOG ABG..NWAY PASNI KENE BUAT SHOUT BOX LA..
BRU ORG BAGI KOMEN..
TPI KENE TAHAN LA CKIT..NNTI ORG BGI KRITIKAN XPUN KUTUKAN...BIASA JE KAN...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-64972763325687655692008-06-27T16:41:00.000+08:002008-06-27T16:41:00.000+08:00kepada Johnson Lim.sebenarnya saya tidak dapat ber...kepada Johnson Lim.
sebenarnya saya tidak dapat berhujah panjang dalam keadaan yang amat terbatas ni. tetapi untuk mendapatkan kepuasan nanti saya akan cadangkan beberapa bacaan yang sesuai tentang konsep hubungan manusia dengan tuhan. tetapi bacaan yang akan saya cadangkan nanti lebih berbentuk konsep keagamaan dan ketuhanan dalam Islam. di sini antara buku permulaan yang saya cadangkan, Tajuk: Apakah erti saya menganut Islam, penulis: fathi yakan, penerbit: Dewan Pustaka Fajar. tetapi secara ringkasnya dalam kita berhubung dengan Allah, kami disuruh melakukan ibadat dengan perasaan kerohanian yang tinggi dimana dalam ibadat ini kami meletakkan kerendahan diri kami sebagai makhluk Allah. perasaan kerohanian ini akan semakin kuat jika kami betul2 menumpukan ibadat kami untuk yakin kepada Allah.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-13029187571241430722008-06-27T00:59:00.000+08:002008-06-27T00:59:00.000+08:00Hi Brother John,Agree with your call that we reall...Hi Brother John,

Agree with your call that we really need to understand the characteristic of God. It's really good to see person that is committed in seeking for the reason of life in this temporary world. Bravo my friend, for having such a good heart & intention.

Answering to your call, i wish to share with you on the attributes of God:
1. Existence: God exists and that there is no doubt in His Existence. He exists without a place. Time does not lapse on God.
2. Oneness: God is One without any partners. He is One in His Self, His Attributes, and His Actions.
3. Eternity: God is Eternal; there is no beginning to His Existence. He has existed since before the creation. (Gen 1:1)
4. Everlastingness: God is Everlasting; His existence does not come to an end. He does not perish.
5. Non-neediness of others: God does not need any of His creations and they are all in need of Him.
6. Power: God has Power over everything. (God is Almighthy, ofcourse..)
7. Will: Everything that occurs in this world is by the Will of God.
8. Knowledge: God knows about all things before they occur. God knows what happened, what is currently happening and what is going to happen in the future.
9. Hearing: God hears all what is hearable, without an ear or any other organ.
10. Sight: God sees all what is seeable, without a pupil or any other organ.
11. Life: God is alive without a soul, skin, or heart. His Life is not similar to ours. He is alive and does not die.
12. Speech: God's Speech is without a tongue or lip. His Speech is not in a language, English or anything else. His Speech does not resemble the speech of the humans.
13. Non-resemblance to the creations: God does not resemble His creations. (God is perfect, His creations aren't. Resembling His creations is a sign of weakness and that is definetely not the attribute of Almighty God)

Hope this helps. If you have further query, msn me at kimvui04@hotmail.com.

Cheers!
kimvuiAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-37961176712295115852008-06-26T23:37:00.000+08:002008-06-26T23:37:00.000+08:00Hi Afandy,Do you mind to explain the actions that ...Hi Afandy,

Do you mind to explain the actions that are being taken by MPP to help the students with the ban on cars and motorcylces in campus..

Help meaning to lessen the burden of the students in moving around the campus.

Best if you can post some explainantion regarding the Vehicle Ban in campus.

Rgrds,
ChowKVAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-5998700119747074712008-06-26T00:29:00.000+08:002008-06-26T00:29:00.000+08:00Kepada saudara anonymous yang terbaru komennya dis...Kepada saudara anonymous yang terbaru komennya disertakan. Pertama sekali, terima kasih kerana memberi perhatian kepada penyertaan komen saya yang terbaru. Saya amat menghargai kesudian saudara untuk membaca komen saya yang panjang lebar.

Berkenaan dengan penyertaan komen saudara, saya amat bersyukur kerana saudara dengan jujur dan ikhlasnya, membalas komen saya. Maka, izinkan saya di sini menyampaikan apa yang terkandung di dalam hati saya, berkenaan dengan apa yang saudara utarakan.

Bagi saya, kerohanian merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Bagi saya, Tuhan cuma satu sahaja, dan konsep keagamaan adalah suatu halangan bagi perhubungan Tuhan-manusia untuk terus terjalin. Itulah sebab saya jarang gunakan istilah keagamaan dalam hujahan saya berkenaan dengan isu keagamaan. Namun, oleh sebab kepercayaan dalam Yesus Kristus, saya pun mengakui saya sebagai pengikut Kristus (Follower of Christ). Akan tetapi saya jarang melihat saya sendiri sebagai penganut agama Kristian, kerana kepercayaan saya berada di atas Tuhan yang Maha Esa, bukannya agama Kristian yang kita tahui sekarang.

Saya berpendapat bahawa sifat sebenar manusia adalah jahil, selepas Kejatuhan Adam dan Hawa, yang memilih cara hidup yang membelakangi Tuhan. Sejak pada masa itu, adalah sukar bagi kita menangani apa yang telah berlaku di dunia kita, dengan apa jua cara yang kita gunakan yang berdasarkan idea dan kreativiti manusia (seperti undang-undang dan pengajaran pendidikan moral serta pendidikan sivik).

Sebelum saya teruskan hujahan saya, apakah sebab saya membincangkan isu kerohanian manusia, padahal Saudara Afandy menulis tentang harga diri manusia? Adakah itu tidak relevan dengan apa yang kita ingin bincangkan?

Sila izinkan saya berhujah falsafah terlebih dahulu. Apakah sebabnya keruntuhan akhlas moral di kalangan masyarakat kita? Adakah itu isu kebendaan? Ataupun isu tahap pendidikan? Bukan, pada pendapat saya, sifat manusia yang jahil itu menyebabkan kesemua masalah-masalah yang wujud pada hari ini. Ketamakan, kecemburuan, ketidakpuasan dengan apa yang ada, ketidaksyukuran... Kesemua itu sifat manusia yang jahil. Walaupun manusia dapat melakukan kebaikan, tetapi kecenderungan manusia untuk terjerumus dalam kejahilan itu adalah lebih tinggi. Bah kata pepatah Cina, "Anda perlukan tiga tahun untuk belajar budi, tetapi hanya perlukan tiga hari untuk belajar kejahatan." (学好三年,学坏三天)

Sifat ini berkenaan dengan isu kerohanian, iaitu aspek perhubungan dengan Pencipta kita. Tuhan adalah segala definisi bagi kebaikan (God is the entire definition of good), dan adalah masuk akal bagi mengimplimentasikan apa yang Tuhan ajarkan kepada umat manusia. Dalam kes saya, saya percaya bahawa Kitab Bible merupakan kata-kata yang diwahyukan kepada umat manusia, melalui nabi-nabi Israel, Yesus Kristus dan rasul-rasul Kristus selama beberapa ribu tahun.

Ingat atau tidak persoalan saya, bahawa "Apakah tahap perhubungan antara kamu dengan Tuhan?" dan saya tanyakan soalan itu tanpa merujuk kepada sebarang agama? Manusia hanya dapat mengenang harga diri, apabila terjalinnya perhubungan dengan Tuhan, kerana Tuhan adalah Pihak yang meletakkan harga itu di dalam diri setiap manusia.

Bayangkan seorang lelaki yang cintakan kekasih perempuannya... Jika cintanya kepada kekasih itu adalah cukup dalam, maka lelaki itu akan mengelakkan segala yang menyinggung perasaan perempuan itu. Begitu juga perhubungan manusia dengan Tuhan yang sepatutnya, bagaikan kekasih. Jika cinta kita kepada Tuhan cukup dalam, maka kita akan mengelakkan diri daripada segala dosa yang dibenci oleh Tuhan, kan?

Kesimpulan saya adalah, masalah keruntuhan akhlak manusia sebenarnya berpunca daripada masalah kerohanian yang berhubung dengan pengenalan terhadap Tuhan. Tanpa mengenali Tuhan yang sebenar, manusia tidak mungkin dapat mengetahui harga diri yang sebenar. Bagi saya, adalah cukup penting bagi kita mengenali Tuhan sebelum kita menangani masalah manusia sejagat. Maka dengan itulah, izinkan saya sekali lagi untuk mencabar setiap pembaca blog ini, untuk memikirkan tahap manakah sebenarnya perhubungan kalian dengan Tuhan.

Sekian, terima kasih.

**Saya bukannya seorang penganut yang serius, saya cuma cintakan Yesus. (I am not religious, I just love Jesus.)johnsoncn005https://www.blogger.com/profile/18130656892302167584noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-47210655532484008142008-06-25T13:04:00.000+08:002008-06-25T13:04:00.000+08:00sebenarnya dalam konsep ketuhanan, diakui bahawa t...sebenarnya dalam konsep ketuhanan, diakui bahawa tuhan itu banyak tetapi dalam Islam kami menerima bahawa tuhan yang berhak disembah ialah Allah yang satu. Hal ini kerana setiap sistem kepercayaan yang wujud didunia ini mempunyai tuhan masing-masing. di dalam ISlam kami menolak tuhan yang diberikan sifat kemanusiaan, haiwan, tumbuhan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kejadian alam. tuhan dalam Islam adalah Allah yang melampaui segala sifat kejadian yang diketahui oleh manusia kerana Allah itu tidak boleh digambarkan oleh penglihatan mata, pendengaran dan pemikiran.
Bagi golongan yang beriman, kami tidak mempunyai jaminan supaya tidak digoda oleh syaitan sebab itu janji syaitan kepada Allah untuk sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran. mereka yang beriman dengan Allah sahaja akan sentiasa diuji termasuklah godaan syaitan. jika mereka ini dapat menahan diri daripada godaan, nescaya Allah akan memberi ganjaran pahala. manakala mereka yang tidak beriman kepada Allah tidak digoda langsung oleh syaitan. kami orang Islam yang bukan maksum memang akan sentiasa digoda. Hanya para nabi dan rasul sahaja yang mempunyai sifat maksum dan syaitan tidak mampu menggoda mereka kerana dipelihara oleh Allah. adalah benar jika seseorang manusia itu jika berpegang kepada wahyu Allah akan sentiasa cuba mengelakkan diri daripada melakukan keburukan tetapi ini bergantung kepada diri seseorang. manakala seseorang itu tidak boleh menilai sendiri keimanan yang ada pada diri orang lain termasuklah dirinya melainkan perkara itu diserahkan kepada pengetahuan Allah SWT yang MAha Mengetahui tahap keimanan seseorang. yang penting bagi kami adalah untuk sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang beriman dan mendapat redha dari Allah.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-49413279656083609892008-06-22T23:28:00.000+08:002008-06-22T23:28:00.000+08:00Kegagalan manusia untuk mengimplikasikan nilai-nil...Kegagalan manusia untuk mengimplikasikan nilai-nilai murni, sama ada diwahyukan ataupun dibuat oleh manusia, telah membuktikan bahawa manusia adalah tidak sempurna, dan memerlukan keesaan Tuhan untuk disempurnakan. Hanya kepercayaan dalam Tuhan yang sejati dapat memudarkan kejahilan hati manusia dan dikembalikan imej Tuhan yang asalnya diletakkan oleh Tuhan dalam kita.

Inilah persoalan saya kepada Saudara Afandy dan pembaca-pembaca blog ini. Apakah tahap perhubungan antara kamu dengan Tuhan (tidak kira apa agama yang dianuti, Tuhan hanya satu sahaja)? Adakah kepercayaan kamu kepada Tuhan membolehkan kamu menjauhi kejahilan dan memeluki kebaikan? Adakah cinta kamu kepada Tuhan begitu kuat, sehinggakan Syaitan tidak dapat mempengaruhi kamu?johnsoncn005https://www.blogger.com/profile/18130656892302167584noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-26037244076892173882008-06-22T20:05:00.000+08:002008-06-22T20:05:00.000+08:00rosmalina from kosmo here. =)rosmalina from kosmo here. =)Rosmalina https://www.blogger.com/profile/01670252869822624226noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-33517132429291976182008-06-22T13:39:00.000+08:002008-06-22T13:39:00.000+08:00melihat kepada masalah sosial yang berlaku hari in...melihat kepada masalah sosial yang berlaku hari ini merupakan perkara biasa. ini diaktakan penyakit sebagai penyakit tamadun dan pasti berlaku apabila sesebuah negara itu cuba untuk mencapai kemuncak. tidak terhad hanya berlaku kepada dunia ISlam tetapi turut berlaku kepada dunia Eropah. petanda ini menunjukkan bahawa kedatangan kiamat terlalu hampir dan kerosakan banyak berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia. kegagalam fungsi manusia untuk menerapkan peraturan Allah dalam sistem kehidupan mereka menjadi batu loncatan kepada gejala sosial yang berlaku. gejala sosial sentiasa menjadi polemik dan perbahasan dikalangan kita semua sedangkan jalan penyelesaian sudah pun tersedia tetapi mengapa jalan penyelesaian yang ada itu tidak mampu diaplikasi oleh manusia sendiri walaupun mereka itu sendiri adalah orang ISlam. memang benar bahawa apabila manusia itu jauh dari Allah bermula daripada golongan pemimpin hinggalah ke masyarakat bawahan maka akan terjadilah kepincangan dalam sistem masyarakat. kebebasan mutlak ingin dicapai oleh nafsu manusia, peraturan yang bergantung kepada pemikiran semata2 pula digunakan untuk menggantikan wahyu,kejahilan moden sering menjadi ikutan dan kedangkalan akal dalam menuntut ilmu berleluasa. kesannya runtuhlah suatu peradaban yang dibina.apa yang berlaku hari ini dipanggil kitaran kewangsaan seperti yang diutarakan oleh Ssu Ma Chien.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-30300085104462286022008-06-19T19:28:00.000+08:002008-06-19T19:28:00.000+08:00salam, bagi nabila perkara ini harus dipandang ber...salam, bagi nabila perkara ini harus dipandang berat oleh semua org, yang paling penting, kita harus ingat seseorang itu dapat dibentuk dari kecil lagi tapi dengan ajaran dan didikan yg baik daripada keluarga.untuk hapuskan 100% masalah yang kita hadapi ini dalam masa 10 tahun, jawapannya tidak mungkin.tapi Insyaallah, nabila yakin, kita sama2 dapat kurangkannya dengan satu syarat, mesti bersama2 membantu. Tak payah nak berfikir jauh, mungking kita sama2 dapat kurangkan dengan memberi perhatian lebih kepada ahli keluarga atau sahabat2.Sekiranya mereka terjebak, jangan sesekali memaksa mereka berubah atau menambahkan lagi kekeliruan mereka, apa yg blh kita buat jadi lah SAHABAT mereka.Sekiranya mereka semakin jauh dari kita, jangan kita cuba sisihkan mereka lagi. Kadang2 hanya dengan berbual dan berkongsi minat boleh menjernihkan kembali keadaan. Mungkin ini salah satu cara yang kita boleh sama2 fikirkan.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3356513801744416167.post-11739421554977711922008-06-17T22:42:00.000+08:002008-06-17T22:42:00.000+08:00Kepada saudara Afandy yang dikasihi,Cukup menarik ...Kepada saudara Afandy yang dikasihi,

Cukup menarik hujahan saudara Afandy terhadap harga diri manusia. Pada dasarnya, saya bersetuju dengan apa yang saudara Afandy telah kemukakan. Aspek pembangunan negara yang langsung mengabaikan kerohanian telah cukup memusnahkan pegangan yang telah kita pegangi selama ini, dan salah siapa dalam masalah ini? Adalah sangat awal dan tidak sesuai bagi kita untuk menuding jari kepada sesiapapun. Gejala sosial ini sebenarnya adalah tanggungjawab semanusia, tidak kira bangsa dan agama.

Kepercayaan saya beritahu saya bahawa semua manusia, tidak kira tua ataupun muda, lelaki mahupun perempuan, adalah berdosa sifatnya. Gejala-gejala sosial telah membuktikannya. Tiada manusia sekalipun mempunyai sifat suci pada dasarnya. Kalaulah sifat sebenar manusia itu adalah suci, gejala-gejala ini tidak patut mengambil tempatnya dalam masyarakat manusia. Bagi menangani masalah gejala ini, kita perlulah berusaha, dan usaha itu bukanlah semulajadi.

Itulah sebab dalam Kristian, manusia adalah dicakapkan mempunyai dosa warisan, yang mana tidak bermaksud dosa yang sebenar, tetapi bermaksud sifat yang lebih cenderung kepada dosa. Secara logiknya, dosa tidak diwarisi, tetapi sifat itu boleh diwarisi. Kajian menunjukkan bahawa apa yang didapati dalam nenek-moyang kita boleh diwarisi kita melalui kaedah genetik dan sosial.

Kembali kepada persoalan saya tadi, salah siapakah dalam gejala sosial ini? Bagi saya, saya berpendapat bahawa inilah kesalahan kesemua orang, termasuk saudara dan saya. Pernyataan ini kelihatan berat, tetapi ianya kenyataan yang benar sekali.

Pihak kerajaan perlulah bertanggungjawab dalam kejadian-kejadian gejala sosial ini. Adalah suatu persetujuan oleh rakyat (termasuk saya) bahawa kerajaan kita hanya tahu menggubal undang-undang tetapi tidak pernah menguatkuasanya. Terdapat kajian perundangan ke atas sistem perundangan negara kita mengatakan bahawa undang-undang yang negara kita miliki adalah sebenarnya satu daripada paling maju dan paling baik di seluruh dunia, cukup untuk membanteras kesemua jenayah, termasuk kejadian keganasan. Namun, apa terjadi kepada undang-undang ini? Saya percaya bahawa kebanyakan undang-undang ini masih disimpan di dalam fail, tidak dikuatkuasakan walaupun sudah diwartakan. Ketegasan kerajaan dalam menangani masalah ini telah merosot, terutamanya sejak perlantikan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri!

Keduanya, institusi kekeluargaan di negara kita perlulah bertanggungjawab terhadap masalah ini. Kebanyakan keluarga (tidak kira kaum dan agama) didapati gagal mengimplikasikan ajaran kekeluargaan (tidak kira dalam bentuk kebudayaan, tradisi ataupun keagamaan) yang sepatutnya dapat membentuk aspek yang baik dalam diri anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa atau penjaga keluarga terlalu sibuk mengejar kekayaan dan telah mengabaikan pembangunan jati diri anak-anak mereka.

Dan paling akhirnya, kesemua anak-anak muda, termasuk golongan yang kononnya mengenali diri mereka sebagai mahasiswa-mahasiswi (iaitu termasuklah saudara dan saya). Kepada mereka yang melakukan gejala-gejala tersebut, adalah pilihan mereka untuk melakukan apa yang terjadi secara berleluasa. Tidak pasti apakah motif mereka, tetapi sebagai manusia yang berfikiran rasional, mereka tidak patutlah melakukan apa yang mereka lakukan dan menuding jari kepada orang lain apabila dihukum. Bagi mereka yang tidak melakukannya, seperti saudara dan saya, adalah pilihan kita juga untuk memperdebatkan perkara ini secara online dan tidak melakukan apa-apa untuk bantu menyelesaikan masalah ini. Sesungguhpun saya gagal untuk menangani masalah ini, namun saya mempunyai kepercayaan dan keazaman untuk menjadi salah satu cara penyelesaian bagi membendung masalah ini. Itulah sebab saya melibatkan diri saya secara aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja yang mengutamakan pembangunan kerohanian sosial.

Di sinilah persoalan saya kepada saudara dan adalah diharapkan bahawa sebagai "PEMIMPIN MAHASISWA", saudara dapat memikirkan cara penyelesaian yang boleh bantu menyahaktifkan gejala-gejala sosial ini.

Kalaulah kamu tidak boleh menjadi cara penyelesaian, maka kamu adalah punca masalah itu. (If you cannot be the solution, you are the source of problem)

Dengan berkatan dan keikhlasan dalam nama Yesus Kristus yang suci dan kudus,

Lim Chong Ngee @ Johnsonjohnsoncn005https://www.blogger.com/profile/18130656892302167584noreply@blogger.com