Salam kepada semua pembaca..
Ingin saya berkongsi dengan para pembaca berkenaan dengan AUKU, iaitu merupakan tajuk yang paling kontoversi dalam kalangan mahasiswa seluruhnya, cerita ini bermula ketika saya sedang menghadiri meting untuk menyelesaikan masalah penginapan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dalam proses renovation di Kolej Kediaman Ketujuh di Pejabat TNC. Kepada rakan-rakan OKU insyaAllah renovation untuk menambahbaik prasarana untuk anda adalah dalam proses dan dijangkan siap pada semester akan datang pada 1 Jualai 2008 nanti. Berbalik kepada tajuk AUKU tadi, saya telah dihubungi oleh seorang editor Dewan Masyarakat yang ingin meminta pandangan berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi yang baru iaitu Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan dengan beberapa bahagian yang akan dipinda di dalam AUKU. Beliau meminta agar saya dapat memberikan pandangan berkenaan dengan akta tersebut.
Menelusuri perkembangan dunia yang semakin hebat ini, bagi pendapat saya mahasiswa juga tidak dapat lari daripada perubahan yang mendatang, melihat keadaan siswa/I yang dikatakan kurang daya saing dari segi kepimoinan amat dipandang serius oleh semua pihak termasuk mahasiswa. Sebagai seorang pimpinan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya ini, isu pindaan beberapa akta ini adalah amat dinantikan oleh semua pihak, terutamanya pihak-pihak tertentu yang semata-mata yang menggunakan isu pindaan akta ini sebagai satu perkara yang besar dan yang perlu diutamakan. Apabila menteri Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menyebut tentang pindaan akan dibuat, banyak pihak terutamanya golongan pelajar dan akademik menyambut perkara ini dengan tangan dan minda yang terbuka. Bagi saya ada baiknya dipinda akta ini, jika kebebasan pelajar samada kreativiti pelajar atau keterampilan pelajar itu betul-betul terbukti menyusahkan dan mengekang pensyarah dan pelajar. Namun, sejauh mana dengan pindaan ini ia mempu melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi seperti pelajar di peringkat antarabangsa yang mana didakwa mempunyai karisma yang lebih berbanding pelajar di Malaysia.
Apakah benar akta yang sedia ada sekarang banyak menyekat kebebasan pihak universiti dan pelajar? Saya tidak berpendapat bahawa akta yang sedia ada banyak menyekat kebebasan pelajar. Saya bagi misalan, jika kita berada dijalan raya, kita kena patuhi undang-undang jalan raya. Begitu juga dengan universiti, selagi kita berada di dalam universiti, kita kena patuhi undang-undang yang terdapat dalam universiti. Apakah matlamat universiti sebenarnya? Adakah untuk melahirkan tokoh-tokoh politik semata-mata? Kita kena sedar dan memahami peranan dan matlamat universiti yang sebenar iaitu untuk melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan intelektual di mana ini sangat-sangat diperlukan oleh negara kita Malaysia dewasa ini bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang lebih kompetatif dalam semua bidang di era dunia. Berapa ramai cendikiawan kita menjadi pakar rujuk di peringkat antarabangsa? Berapa ramai cerdik pandai kita mempu mencipta pelbagai teori dan sesuatu yang membanggakan? Jika pepatah Melayu ada berkata "Tepuk dada tanya selera", di sini saya ingin berkata, "tepuk dada tanyalah minda". Saya dapat rasakan bahawa untuk melahirkan cendikiawan ini tidak ada kena mengena seratus peratus dengan AUKU semata-mata. Cuma yang menjadi isu AUKU di sini ialah dari segi penglibatan pelajar untuk memasuki pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) yang lebih kepada bersifat kepartisan, dan saya meliat isu AUKU yang diperjuagkan oleh mahasiswa adalah bertumpu dengan politik semata-mata.
Dalam menjawab persoalan AUKU ini juga saya ditanya adakah peruntukan dalam akta tersebut menyekat kebebasan pelajar dan pihak universiti? Untuk menjawab persoalan ini, semua pihak kebanyakannya sedia maklum iaitu isu yang berkaitan dengan seksyen 15 yang mana seksyen tersebut mnyatakan bahawa:
SEKSYEN 15: PELAJAR ATAU PERTUBUHAN, BADAN ATAU
KUMPULAN PELAJAR DILARANG BERSEKUTU
DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN, DSB.
KECUALI SEBAGAIMANA DIPERUNTUKKAN DI
BAWAH PERLEMBAGAAN, ATAU DILULUSKAN
OLEH NAIB CANSELOR
(1)Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti,
boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara
bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan
sekerja atau apa-apa juga lain pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam Universiti
atau di luar Universiti, dan sama ada ianya adalah di dalam
Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana
diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali
sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib
Canselor.
(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut
Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan,
persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana
persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain
pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak
ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama
ada ianya adalah di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan
sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia,
kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah
Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih
dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti,
boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan
sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan
terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau
sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut
Perlembagaan atau mana-mana lain pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat
sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan,
simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau
kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau
simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang haram.
(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukanperuntukan
seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah
atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya
SEKSYEN 15(A): PELAJAR ATAU PERTUBUHAN, BADAN ATAU
KUMPULAN PELAJAR DILARANG MEMUNGUT
WANG
(1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di
luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau
cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan
apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan
atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu
rayuan itu untuk, apa-apa wang atau lain-lain harta daripada
sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir
genap masanya diperolehi di bawah atau menurut mana-mana
undang-undang bertulis, kontrak atau lain-lain kewajipan di sisi
undang-undang.
(2) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukanperuntukan
seksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu keduaduanya.
(3) Menteri boleh, dalam sesuatu kes tertentu, menurut budibicara
mutlaknya, memberi pengecualian kepada sesiapa jua daripada
kuatkuasa peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1), tertakluk
kepada apa-apa had dan syarat dan bagi apa-apa tempoh
sebagaimana yang difikirkannya patut menurut budibicara
mutlaknya.
(4) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undangundang
bertulis yang lain berhubung dengan pewakilan kuasakuasa,
Menteri boleh, melalui pemberitahu dalam Warta,
mewakilkan penjalanan kuasa-kuasanya di bawah seksyen-kecil
(3) kepada Naib Canselor mengenai pemungutan wang dalam
Kampus daripada orang-orang dalam Kampus, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam
pemberitahu itu.
Jadi, apa yang hendak saya katakan di sini ialah jelas bahawa kegiatan berpesatuan pelajar untuk menceburkan diri dalam persatuan atas nama atau badan-badan NGO adalah dilarang sama sekali, yang mana tidak semua pihak termasuk pelajar menyokong perkara ini. Memandangkan bahawa pelajar yang berada di peringkat universiti dikatakan sudah agak matang untuk menjadi sebahagian dalam identiti masyarakat, jadi perkara 15 ini setiasa menjadi perdebatan antara mahasiswa dengan mahasiswa dan mahasiswa dengan pihak pemerintah.
Saya juga turut ditanya apakah benar akta tersebut juga banyak memberi impak kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti terutama daripada segi kepimpinan? Saya tidak fikir sedemikian, tetapi tidak dapat juga dinafikan. Bagi saya ini melihat bagaimana kreatifnya mahasiswa itu bertindak walaupun AUKU ini didakwa sebagai satu sekatan terhadap pelajar itu sendiri, kita kena memikirkan secara kritikal mengapa undang-undang dibuat. Apa yang menjadi punca utama ata ini khususnya seksyen 15 digubal? Bagi sesetengah pihak atau mahasiswa yang prihatin, mereka tahu apa yang terkandung dalam AUKU sebenarnya. Unutk pengetahuan semua, AUKU itu tidak hanya menyentuh soal pelajar semata-mata, di dalam AUKU juga terdapat susun galur pentadbiran universiti, proses pelantikan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pelantikan dekan-dekan, larangan terhadap plagerisme(menciplak hasil karya orang lain), berkenaan dengan Lembaga Pengurusan Universiti(LPU) dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Dalam pengamatan saya setelah hamper dua penggal menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) (2006-2008), saya melihat terutamanya siswa/I Melayu terlalu taksub dengan politik kepartian di luar. Bukannya mahasiswa tidak boleh untuk ambil tahu tentang politik, tetapi mereka harus sedar, bahawa masyarakat memerlukan mahasiswa dalam pelbagai corak bidang ilmu yang diperlukan bagi mencorak negara ini, bukannya politik semata-mata. Mengapa mahasiswa tidak memikirkan keadaan ini? Saya tidak melihat dengan memihak kepada kepartian ini boleh menjamin kejayaan masa depan siswa itu sendiri. Apabila keputusan peperiksaan gagal, sedangkan ia berpotensi dalam bidang akedemik yang diceburi, bahkan bukan sahaja boleh memimpin, bahkan lebih daripada itu. Malangnya, apabila terlalu mengikut darah muda yang sentiasa inginkan sesuatu sesuatu kemasyhuran yang seketika, mahasiswa sanggup menghabiskan masa dengan agenda politik luar sehingga menggadaikan harapan masyarakat yang lebih besar iaitu menjadi seorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat bila keluar daripada universiti nanti.
Saya melihat ramai tokoh-tokoh negara yang terdiri daripada orang-orang yang hidup di zaman AUKU, tak perlulah saya coretkan, kajilah dengan hati yang terbuka. Mengapa mereka berjaya? Ya, di universiti memang perlu suara mahasiswa, itu tidak dapat dinafikan. Tetapi suara yang bagaimana? Adakah dengan memaki hamun pihak tertentu, berdemonstrasi secara besar-besaran? dan menimbulkan kekacauandan ketakutan dalam masyarakat. Apakah kita lupa bahawa kita diperhatikan oleh musuh-musuh kita di luar sana yang sentiasa tidak pernah lupa dalam mengambil peluang bagi memusnahkan bangsa Malaysia kita yang terdiri daripada pelbagai kaum ini? Cukuplah sejarah mengajar kita. Mengapa tidak mahu belajar melalui sejarah? Ingatlah, mahasiswa yang terpelajar dan berpendidikan sahaja yang mampu mentadbir negara. Jika pemimpin masa kini dianggap tidak telus, banyak penyelewengan, korupsi dan seumpama dengannya, siapa yang patut mengubah perkara tersebut jika bukan golongan terpelajar(yang mempunyai ilmu pengetahuan) dan berpendidikan(yang memahami konsep ilmu yang dipegang, iaitu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita) kerana tidak ramai orang terpelajar mempunyai pendidikan. Apa guna terpelajar tetapi menjadi pendengki, korupsi, penyelewengan dan menipu rakyat ketika menjadi pemimpin. Kitalah yang kena memahami.
Kita kena sedari bahawa masyarakat hari ini akan menentukan masyarakat yang akan datang. Jika hari ini mahasiswa dapat melihat pelbagai kesilapan pemimpin. Maka belajarlah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama, dengan mempraktikkan dahulu di alam gedung menimba ilmu ini, saya percaya jika kita mendahulukan yang mana lebih dulu atau utama, kita mampu memimpin dunia. Seperti kata Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Fikh Al-aulawiyat a.k.a Fikh Keutamaan. “Adalah amat malang bagi pemuda-pemuda yang telah ikutkan perasaan dan perangai-perangai silam tanpa melihat perubahan trend dunia sekarang ini.” Mengapa beliau berkata sedemikian. Ini kerana dunia hari ini berbeza dengan yang dahulu. Jika dahulu peperangan(siapa yang kuat dialah yang menjadi pemerintah), tetapi kini siapa yang cerdik dan bijak pandai dialah yang memimpin. Inilah yang sepatutnya difahami oleh semua mahasiswa tidak kira bangsa dan agama. Kenapa Amarika Syarikat berjaya menguasai dunia pada hari ini? Adakah semata-mata kekuatan ketenteraan? Sudah tentu tidak, tetapi kerana negara tersebut negara yang berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang termasuklah kepimpinan. walaupun negara ini sering menjadi kutukan atas dasarnya yang dikatakan "double standard", namun negara Amerika masih lagi menjadi tempat rujukan dalam semua bidang di dunia ini. Persoalannya di sini, mengapa??
Soal adakah akta AUKU memberi impak yang besar terhadap melahirkan pelajar yang berkualiti? Saya tidak berfikiran begitu, kerana yang hanya ditekankan oleh AUKU ialah soal politik, walau bagaimanapun ada sedikit sebanyak yang mengongkong kebebasan seperti tidak boleh menyertai organisasi NGO dan sebagainya, tetapi ia tidaklah dominan kerana kita kena sedar di era globalisasi, terdapat pelbagai NGO yang mana bukan saja muncul dari dalam negara kita Malaysia, tetapi pelbagai NGO yang berpusat di luar negara juga turut datang di sini yang mana tidak dapat kita ketahui apakah agenda-agenda mereka. Tidak dapat dinafikan mahasiswa boleh diperalatkan dan sebagainya atas sebab-sebab tertentu seperi hak dan kebebasan.
Selain itu, apabila saya ditanya berkenaan pandangan saya tentang usaha kerajaan untuk memberikan kuasa autonomi kepada pihak pengurusan universiti, bagi saya, 200% saya setuju jika kuasa autonomi yang dibuka kepada Naib Canselor. Selama ini, Kementerian Pengajian Tinggi yang banyak mendominasikan segala bentuk program universiti. Dan seolah-olah pihak pensyarah terpaksa jadi lembu dicucuck hidung, berikutan mereka tidak bebas bercakap sebagai seorang akademik, ekoran takut diapa-apakan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun ada juga pihak berangganggapan bahawa pelajar universiti hari ini lebih mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata dan gagal untuk bersaing sebagi sahaja keluar kerana tidak terdedah kepada persoalan semasa. Dalam erti kata lain pelajar tidak peka dengan permasalahan di sekeliling mereka berbanding pelajar-pelajar universiti terutama generasi lalu? Ya, saya sangat setuju dengan pernyataan bahawa siswa siswi pada hari ini, kebanyakannya tidak mengetahui tentang isu-isu semasa dan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Kebanyakannya hanya memberi tumpuan akademik. Nak kata tumpuan kepada akedemik sepenuhnya tidaklah juga. Siswa/I kini lebih kepada kebendaan dan mementingkan diri semdiri. Soal akedemik pun kadang-kala tak diambil peduli apatah lagi soal perkembagan isu-isu semasa yang berlaku. Mereka tidak peka dalam mengambil tahu masalah di tempat mereka, jauh sekali deperingkat nasional atau global. Pemikiran kebudak-budakan masih menebal dalam diri, kadang-kadang saya cemburu dengan kohort terdahulu yang begitu asertif dan “caring” dengan permasalah persekitaran mereka. Hari ini siswa/I hanya tertumpu dihadapan komputer, bermain “game”, melihat vedio lucah, “chatting”, bahkan ada yang sanggup membuat lakonan lucah sendiri dan ditayangkan di laman web tertentu.
Soal menaikkan martabat agama, bangsa, apatah lagi negara seolah-olah mimpi disiang hari. Dahulu golongan pelajar universiti merupakan satu golongan yang dianggap "icon" oleh masyarakat, kerana golongan yang dapat memasuki universiti ini biasanya golongan yang benar-benar ingin memajukan diri dan membawa kebaikan kepada masyarakat. Tetapi kini, pelajar yang dapat memasuki universiti adalah semata-mata memenuhi impian keluarga tanpa memahami perjungan sebenar di universiti.
Terakhir sekali, bila saya ditanya tentang harapan saya daripada pihak kerajaan dan kementerian dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdaya saing, sebagai pemimpin pelajar, apa yang diharapkan daripada kerajaan dan kementerian ialah dapat melihat apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan pelajar kini dikatakan tidak mempunyai daya saing setanding dengan pelajar di persada antarabangsa. Jangan hanya tertumpu pada AUKU semata-mata kerana banyak lagi penyebab utama yang mendorong mahasiswa tidak menyerlah. Diharapkan segala plan strategi pengajian tinggi yang dilancarkan pada kabinet lepas dapat terus dikaji bagi menambahbaik untuk membentuk suatu budaya yang cintakan ilmu dan seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia yang mampu menjadi pesaing kepada dunia-dunia maju yang lain. Saya juga berharap agar menteri selalu turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kerana kita kena terima hakikat bahawa dunia hari ini tidak lagi menerima konsep yang dibawa oleh Darwin(penteori evolusi yang sampai kini masih tidak dapat membuktikan kebenaran teorinya) iaitu“siapa kuat dialah menang’, tetapi dunia kini memandang “siapa yang berilmu, dialah yang dapat menguasai dunia.
Itulah sedikit sebanyak perkongsianku tentang AUKU yang kontroversi ini, diharap kita sama-sama menilai dengan minda yang bebas daripada sebarang prejudis.

3 comments:
jazakallah atas post enta..
ana jelas tentang keperluan sebenar pindaan auku
lame dah cari jawapan
=)
Assalamualaikum...
Apa khabar?Still remember me?We met during the meeting with Dato Khaled in KPT.
salam..
tahniah saya ucapkan kepada YDP kerana berani menjelaskan tentang isu AUKU ini.. tapi saya melihat saudara hanya menumpukan AUKU ini ini hanya sebagai satu sekatan politik yang perlu untuk mahasiswa.. saya menyokong penuh pendapat saudara bahawa mahasiswa tidak sepatutnya terlibat atau menpunyai hubungan samaada secara langsung atau tidak.. tapi bagai mana dengan hak berpersatuan mahasiswa??? tidak perlukan mahasiswa terlibat dengan mana persatuan secara global??? takkan lah mahasiswa hanya bergiat aktif ketika menuntut di universiti saja dan apabila sudah bekerja hanya membuat hal masing?? saya melihat ini adalah masalah Utama AUKU.. kerana menyekat idealisma mahasiswa untuk pergi lebih jauh dan lebih realistik untuk pembagunan masyarakat.. dan masalah AUKU ini adalah lebih besar apabila ia menjadi suatu akta yang berat sebelah atau lebih tepat lagi ialah AKTA MEMILIH.. biar saya beri contoh.. saya(sbg mahasiswa) ingin menyertai satu pertubuhan NGO contohnya Jemaah Islah Malaysia(JIM) untuk mengislahkan mahsiswa dan juga masyarakat setempat. niat dan perbuatan saya tu boleh dikira sebagai suatu yang murni dan sepatutnya digalakan.Namun demikian perbuatan saya adalah ditegah and dianggap salah oleh akta yang bernama AUKU ini bawah seksyen 15(1).. dan yang paling teruknya saya tidak boleh sependapat dengan pertubuhan tadi dimana ia meperjuangkan agama yang murni atau pun menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka sbagaimana dalam AUKU seksyen!15(3) tidakkah ini meyekat hak mahasiswa??? dan juga sekiranya saya tidak mahu meyertai mana-mana persatuan tetapi saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan misalnya tidak sokong pengurangan subsidi minyak dan pendapat saya adalah sama dengan parti pembangkang itu pun tidak dibenarkan oleh AUKU seksyen 15(3). saya bukan berminat dengan politk tapi saya mempunyai pendirian sendiri. takkan itu pun xboleh. ini juga tidak mngalakkan mahasiswa berpendirian dan idealisma.. dan yang terakhir dan yang paling teruk sekali akta ini memilih. contohnya penubuhan GPMS cawangan UM yang diketuai oleh WAN MOHD HASIF BIN MUHAMAT ALI diluluskan oleh pegurusan Universiti tetapi ia bertetangan dengan AUKU seksyen 15(4). bagaimana ini boleh diluluskan??? adilkah AUKU??? dan yang paling besar WAJARKAH AUKU????
jika saudara benar beridealisma berikan pendapat saudara(sendiri) jika tidak saudara mencerminkan "kelesuan mahasiswa"..
-pemimpin teras perubahan-
Post a Comment