Friday, May 30, 2008

YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 Kemuka Resolusi Penambahbaikan


PUTRAJAYA 29 Mei 2008- Enam resolusi daripada persidangan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan juga kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dan disaksikan oleh seluruh YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 di Hotel Marriot Putrajaya. Enam resolusi tersebut telah menyentuh mengenai isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kebajikan mahasiswa, pengaksesan teknologi maklumat, dan juga sentiviti agama.

Isu PTPTN telah menimbulkan tanda tanya kepada seluruh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mengenai status kadar faedah 3% samada riba atau tidak mengikut perspektif Islam. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menjelaskan isu ini dengan menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum 1hb Julai 2008. Pihak kami juga menyarankan kepada pihak PTPTN agar menggunakan kaedah perbankan Islam dalam proses pembayaran pinjaman pelajar. Kadar Pinjaman PTPTN yang tidak selari dengan kadar kenaikan harga barang telah menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008 Malaysia mencadangkan agar pihak Kementeran Pengajian Tinggi supaya memberikan yuran pengajian percuma kepada pelajar untuk menampung kos sara hidup pelajar.


Mahasiswa di Sabah dan Sarawak juga mengalami masalah untuk mengurus PTPTN kerana pihak PTPTN tidak mempunyai wakil di negeri tersebut. Oleh yang demikian, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah mencadangkan supaya wakil PTPTN terdapat di negeri tersebut bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan berkaitan dengan PTPTN.

Resolusi yang kedua pula, berkaitan dengan AUKU. Setelah di kaji secara kasar terdapat beberapa seksyen perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu berkaitan dengan seksyen 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2), 16B(3), 16C dan 51(1). Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mencadangkan agar seksyen ini dikaji semula bersama pelajar terhadap impaknya pada masa panjang terutama dalam pembinaan modal insan negara dan hasil kajian dibentangkan kepada YDP MPP Malaysia pada 1hb Julai 2008.

Resolusi yang ketiga, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009 untuk membantu mangsa gempa bumi Sichuan, China & Taufan Nargis, Myanmar. Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab pada 13hb Julai 2008.

Resolusi yang ke-empat, berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu kenaikan harga minyak & kenaikan harga makanan menyebabkan kos sara diri mahasiswa meningkat. Terdapat juga di sesetengah IPTA yang harga makanan di kafetaria kampus lebih mahal jika dibandingkan dengan harga di luar. Oleh yang demikian, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mencadangkan pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan dan barangan keperluan di kampus.

Selain daripada itu resolusi yang kelima daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mencadangkan kemudahan broadband secara percuma dengan kelajuan yang tinggi di semua IPTA bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat dan resolusi yang keenam, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 akan menyampaikan pendirian tentang isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Diharapkan keenam-enam resolusi yang telah dibentuk oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi demi untuk kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa di Malaysia.

Friday, May 23, 2008

Isu Batu Putih Kini Terjawab..


Salam sahabat pembaca blog semua...


Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita terkini bahawa Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura adalah menjadi hak milik Singapura. Isu yang mengambil tempoh lebih kurang 28 tahun ini akhirnya terjawab. Pada hemat saya, sekali lagi maruah negara tercalar. Walau bagaimanapun, keputusan ICJ tidak boleh disangkal. Di sini saya lampirkan keterangan di Berita Harian Online yang bertarih 23 Mei 2008 yang keluar pada pukul 8.24. Sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080523202407/Article


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menerima penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini yang memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura. Beliau berkata walaupun keputusan itu sesuatu yang mengecewakan tetapi ia harus diterima. "Saya agak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh ICJ mengenai Pulau Batu Puteh yang tidak menyebelahi Malaysia.
"Sebagai rakyat Johor, saya sedih kerana walau apa asas undang-undang antarabangsa yang digunakan oleh ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian daripada wilayah kita,” katanya di sini hari ini sejurus selepas ICJ membuat keputusan itu. ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. — Bernama


Daripada berita tersebut, saya ingin bertanya pada semua pembaca blog sekalian, di mana jati diri kita? Singapura makin menjadi-jadi. Bukan isu Pulau Batu Putih semata-mata sahaja, banyak lagi isu lain yang dikaitkan antara negara Singapura dan Malaysia. Misalnya isu air, tambak laut, penjualan pasir, pencerobohan Singapura di ruang udara Malaysia dan lain-lain lagi isu yang tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat. Saya percaya bahawa pembaca semua sangat-sangat sensitif dengan isu-isu seperti ini. Apa yang mampu negara kita lakukan? Hanya mampu diam Seribu Bahasa!!! Bagaimana kita pula??? Adakah ICJ itu benar-benar adil dalam memberikan segala keputusan kepada masyarakat dunia??

Wednesday, May 21, 2008

MENGHAYATI KEMERDEKAAN, MEMPERKASA MODAL INSAN

Salam sahabat pembaca blog semua, syukur Alhamdulillah hari ini saya diberi izinNya untuk berkongsi dengan pembaca dengan suatu tajuk yang hanya diperdebat atau dibincangkan hanya ketika waktu kemerdekaan sahaja. Namun, bagi saya tajuk ini tidak sepatutnya diperkatakan hanya waktu kita melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! semata-mata, sebaliknya harus disematkan dan dipertuturkan setiapa masa demi menyuburkan kecintaan kita terhadap negara kita Malaysia ini.

Nilai sebuah kemerdekaan itu adalah sangat penting dan ia begitu berharga kerana ia sesuatu yang sukar untuk diperoleh oleh pejuang-pejuang tanah air tercinta. Bagi mengekalkan kemerdekaan ini, maka mahasiswalah yang memainkan peranan besar, mahasiswa bukan sahaja mampu menguasai ilmu teori, malahan praktikalnya mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini, demi menjayakan aspirasi negara dalam melahirkan para cendekiawan dan cerdik pandai yang sempurna dari segi emosi, fizikal, spiritual, intelektual dan sebagainya.

Namun, jika melihat pada hari ini, generasi muda terutamanya, kurang peka dengan agenda dan perkara-perkara yang berlaku dalam negara sendiri, lebih-lebih lagi pengetahuan yang bersifat ilmiah dan pengetahuan am. Generasi muda lebih cenderung kepada pengetahuan tentang dunia hiburan, glamour, artis-artis dan gosip-gosip hangat tentang mereka (artis-artis pujaan mereka). Hal sedemikian dapat diperhatikan jika kita bertanya kepada anak-anak muda sekarang mengenai menteri-menteri yang ada di Malaysia ini berserta tugas-tugas mereka, sudah tentu kelu lidah mereka berbicara, sebaliknya jika ditanya mengenai perkara hiburan di seluruh dunia, lancar sahaja bibir menutur kata. Hal sebegini, perlu dipandang serius oleh generasi muda, bakal pemimpin negara masa depan, supaya tidak diperkotak-katikan dan dipandang rendah oleh masyarakat luar amnya dan dalam negara khususnya.

Di samping itu, kita perlu bersyukur kerana Malaysia jarang-jarang sekali menerima malapetaka yang hebat, tidak seperti negara lain contohnya, Indonesia (gempa bumi, gunung berapi), gempa bumi di Sechuan China baru-baru ini yang mengorbankan puluhan ribu nyawa. Thailand (konflik dalaman), dan lain-lain. Pelbagai kaum di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bersatu membentuk perpaduan sejagat yang begiu unik dan kaya dengan nila-nilai estetika yang tersendiri. Partisipasi yang ada amat penting dalam menjamin kebahagian dan keharmonian sesebuah negara, agar kemerdekaan yang ada mampu berkekalkan selamanya.


Hari ini, negara begitu mementingkan usaha dalam melahirkan modal insan yang berada ditahap pemikiran kelas pertama dan pembangunan kelas pertama. Namun apa yang berlaku sebaliknya rakyat Malaysia dikatakan mentalitinya berada di tahap kelas ketiga. Mengapakah hal sedemikian berlaku? Tepuk dada tanyalah minda. Tidak perlu kita menuding jari kepada pihak lain, tetapi bukalah minda dan mata hati seluas-luasnya tanpa prejudis untuk melihat segala kelemahan yang ada pada diri kita untuk diatasi bersama. Hal ini bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang sepertimana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Oleh itu, persiapan bagi merealisasikan wawasan 2020 merupakan usaha yang amat penting dan memerlukan sokongan dan komitmen dari semua pihak secara berterusan. Mahasiswa terutamanya menjadi tonggak utama dalam mendokong negara kita Malaysia ke arah Malaysia maju 2020 seiring dengan negara-negara berprestij yang lain di seantero dunia.

Saya berharap dan mendoakan agar generasi muda hari ini dapat dan mampu mempertahankan kemerdekaan yang telah kita capai 50 tahun yang lalu. Adakah kita mampu untuk bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi? sama-sama kita renungkan. Perpaduan dan kerjasama serta toleransi yang ada daripada semua pihak amat penting dalam mengekalkan keamanan dan kebahagiaan daripada dijajah untuk sekali lagi. Bak kata pepatah;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita roboh.

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha ke arah kecemerlangan dan kegemilangan negara yang berpanjangan. Sekian.

PENGALAMANKU DI KOTA LONDON..............


Salam.....


Sebaik sahaja pesawat yang kami naiki mendarat dengan sempurna di bumi “orang putih”, yang mana pada suatu ketika dahulu pernah mengalami satu era yang dikenali dengan zaman gelap (satu zaman yang terkongkong dengan pentadbiran gereja), kaki semua melangkah dengan penuh perasaan yang amat seronok sekali. Saya melihat pelbagai lapisan masyarakat yang sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Kami (saya dan Loh Siew Lee, Timbalan Setiausaha 2 MPMUM)yang mana merupakan delegasi yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar seluruh IPTA terutamanya pemimpin-pemimpin Universiti awam diberi penghormatan mewakili Negara bagi melihat sendiri secara lebih dekat suasana atau corak kehidupan di bumi empat musim ini.

Kami berasa sungguh bertuah memandangkan waktu kami pergi ke sana suhu pada waktu itu merupakan musim sejuk. Suhu persekitaran sekitar 3˚C hingga 6˚C yang mana ini kali pertama kami semua berada ditempat yang mempunyai “penghawa dingin” percuma. Di tempat pesawat kami mendarat iaitu di Lapangan Antarabangsa Heatrow, kami disambut oleh Pegawai Malaysia yang bertugas di Jabatan Penuntut Malaysia di London. Seterusnya kami dibawa ke Dewan Malaysia yang terletak di tengah-tengah kota London. Di situlah tempat kami menginap.
Tidak perlu rasanya saya menceritakan bagaimana kami makan atau tidur, tetapi apa yang ingin saya kongsikan kepada semua sedang pembaca yang budiman ialah mengenai keadaan, perwatakan, dan perbezaan budaya yang saya lihat sepanjang berada di sana jika dibandingkan dengan Negara Malaysia tanah air tercinta. Bukan niatku untuk merendah-rendahkan negara tetapi sebagai perkongsian yang boleh kita renung dan fikirkan bersama.

Di sana dapat saya perhatikan bagaimana dalam keadaan suasana kota yang sibuk dengan kerenah dunia dan masyarakat, namun satu perlakuan yang pelik bagi diri saya yang merantau ini yang mana jarang berlaku atau diamalkan di Negara kita, iaitu budaya membaca ada di mana-mana sahaja di tempat yang kami lawati. Sepanjang berkunjung di tempat-tempat seperti di kota London sendiri, Bandar Manchester, dan Bandar Oxford, budaya membaca menjadi suatu kelaziman di sini, tidak mengira usia tua atau muda, besar atau kecil, lelaki mahupun perempuan, baik diperhentian bas, tempat-tempat awam, di bangku-bangku rehat, semuanya penuh dengan manusia yang menjadikan buku sebagai penghibur atau teman mereka. Wajarlah “negara atas angin” ini dapat mencipta berbagai-bagai ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi ini.

Jika ditinjau dari aspek yang lain, saya juga merasa pelik dan kagum dengan pembangunan dan peradaban di Negara yang terkenal sebagai negara yang terawal mencapai satu kepesatan dalam bidang pembuatan pada suatu masa dahulu (Revolusi Perindustrian pada abad ke-19)। Ini kerana selain daripada budaya membaca, apa yang membuatkan saya kagum íalah dengan pembinaan bangunan yang berorentasikan bangunan pada masa silam. Apa yang menakjubkan saya di sini, kerajaan di sini sangat menjaga stuktur binaan dan corak dalam menguruskan pembangunan.
Walaupun dikatakan sebagai negara yang paling maju dengan sains dan teknologi dan sibuk di kalangan negara di Eropah, keunikan dari segi pembinaan bangunan yang bersifat klasik dan unik tetap dipelihara. Saya juga melihat banyak bangunan yang berusia sekitar lebih daripada 200 tahun bahkan lebih daripada itu masih lagi diperlihara dan dipulihara, yang mana sehingga kini masih lagi digunakan sebagai muzium, pusat-pusat keagamaan, dewan orang ramai dan lain-lain lagi. Banyak bangunan yang unik yang tak mungkin untuk saya nyatakan kesemuanya. Adalah lebih menarik untuk kita melihat sendiri seterusnya direkodkan dalam ingatan ataupun merakamnya dengan alat perakam untuk dijadikan sebagai memori atau rujukan, antaranya ialah bangunan Parlimen, “Big Band”, tugu-tugu peringatan, istana-istana zaman Klasik dan lain-lain lagi.

Apabila menyebut tentang peradaban pula, yang tertarik dan membuat saya terpikat di sini ialah peradaban masyarakatnya yang penuh dengan etika. Tidak dinafikan, walaupun negara Barat atau Eropah ini dikatakan banyak membawa budaya songsang atau “budaya kuning”, seperti mengamalkan seks bebas (sama gender atau tidak), perkahwinan sesama jenis dan lain-lain, tetapi bagi sudut pandangan saya, lebih banyak yang baik jika peradaban ini dilihat dari perspektif yang luas atau diperhalusi. Usahlah kita hanya kerana negara ini terkenal dengan membawa budaya kuning, peradabannya dilupakan atau tidak mahu dikaji dengan lebih mendalam. Sikap yang beretika menjadi teras dalam pembangunan peradaban ini.
Nilai-nilai seperti menepati masa, bersiplin (sikap berebut atau memotong tidak dapat dilihat apabila menaiki bas atau membayar makanan), menghormati dan berbudi bahasa contohnya, ucapan-ucapan seperti hello, I am sorry, nice to meet you, can I help you” dan bermacam-macam lagi ucapan yang sedap telinga mendengarnya sering kedengaran. Peradaban seperti ini, sangat sesuai jika kita menjadi salah satu daripada budaya kita di Malaysia, apataha lagi negara kita memang terkenal dengan nilai ketimuran yang mana terkenal dengan sopan santun dan berpekerti mulia.
Bagi saya, sifat-sifat mulia ini adalah dianjurkan oleh semua agama di dunia ini. Saya selalu mengimpikan agar keadaan seperti ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Semoga budaya fitnah-memfitnah tidak berlaku lagi, semoga tiada budaya caci-mencaci lagi, dan semoga mahasiswa di negara ini menjadi bertambah matang dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga semua ini akan menjadi suatu yang realiti....

Sunday, May 18, 2008

MINGGU HALUAN SISWA 2008/2009 SEMAKIN HAMPIR

SALAM HARMONI KEPADA SEMUA PEMBACA

Saya masih teringat pada Minggu Haluan siswa (MHS) sesi 2007/08 ketika saya membelek-belek akhbar Utusan Malaysia di tepi rak surat khabar di rumah saya. Pada ruangan Forum, satu tajuk telah menarik perhatian saya iaitu“Bapa kesal Minggu suai kenal UM keterlaluan”, pada muka surat 12 yang bertarikh pada 5 julai 2007. Bagi saya apa yang dilemparkan oleh bapa tersebut haruslah dikaji dengan teliti.

Ini kerana suai kenal atau Minggu Haluan Siswa (MHS) yang berlangsung pada 1-7 Julai itu masih lagi belum selesai, yang mana tidak sesuai dikomen dalam jangka masa yang terlalu awal. Masih segar lagi dalam ingatan saya di mana kenyataan ini terbit setelah baru 4 hari MHS berlangsung. Pada ketika itu saya adalah sebagai "Penghulu Pembantu Mahasiswa (PM)" dan juga merangkap Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi lepas cukup tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Bapa Mithali, daripada Changloon, Kedah yang menyatakan bahawa, Universiti Malaya mendidik anak-anak buahnya dengan aktiviti yang dianggap biadap terhadap budaya kita. Di sini aktiviti yang dimaksudkan bapa tersebut ialah cheer ataupun sorakan. Menurut anaknya yang menghantar sms kepada beliau, mereka diarahkan menari yang dikenali cheer yang melampau.
Untuk pengetahuan semua pembaca, cheer atau sorakan yang diajar kepada pelajar baru ini ada sebab dan tujuan yang tertentu। Antaranya ialah untuk memupuk sifat perpaduan di kalangan warga kolej, membina semangat berpasukan, belajar untuk mematuhi arahan dan menghormati rakan-rakan yang lain। Mungkin akan nampak keterlaluan jika ia melampaui batas dalam perkara yang tidak dibenarkan। Jadi, apa yang dikatakan oleh bapa yang berkenaan adalah tidak berasas sama sekali। Saya percaya bahawa tidak semua orang suka jadi bisu dan senyap jika sedang menyaksikan sahabat mereka beraksi di pentas-pentas debat, di gelanggang-gelanggang sukan dan sebagainya tanpa memberi sokongan seperti sorakan untuk meniupkan semangat sahabat mereka yang sedang mewakili kolej kediaman mereka Tidak ada istilah ”tari-menari” di institusi yang terulung ini. Tidak wajar untuk menyatakan bahawa cheer atau sorak yang dibuat oleh pelajar baru untuk memberi sokongan kepada rakan dan kolej kediaman mereka disalah ertikan sebagai hiburan yang melampau. Sorakan atau cheer ini adalah seperti biasa yang terdapat pada pasukan-pasukan sorakan bagi memberi semangat kepada pasukannya sendiri (kolej itu sendiri), terutamanya dalam acara sukan, debat, kesenian dan kebudayaan, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua pihak, banyak lagi perkara yang dilakukan oleh semua pelajar baru seperti menguruskan pendaftaran mereka dengan menguruskan dokumen-dokumen penting bagi memudahkan proses pendaftaran pada keesokan harinya। Jika merujuk aturcara Minggu Haluan Siswa (MHS), antara objektif MHS ialah memberi bimbingan kepada pelajar baru mengenai pemilihan kursus, sistem pembelajaran dan pelbagai aspek akademik dalam suasana mesra pelajar. Selain itu, turut membantu pelajar baru menyesuaikan diri dari segi emosi dan sosial. Antara objektif sesi MHS juga ialah menggalakkan pelajar baru mengamalkan hidup bermasyarakat berasaskan persefahaman, kerjasama dan perpaduan untuk melahirkan masyarakat kampus yang bersatu padu. Manakala objektif terakhir MHS ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan kepekaan pelajar baru terhadap
dasar-dasar kerajaan, untuk pembinaan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seterusnya, mengenai masalah yang dikatakan bahawa fasilatator tidak menitikberatkan soal ibadah solat adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana solat secara berjemaah adalah diberi perhatian yang serius di universiti perdana ini kecuali apabila terhadap program-program tertentu yang melibatkan pergerakan pelajar seperti ke fakulti-fakulti, di mana terpaksa memecahkan mereka ke fakulti masing-masing dan ini menjadi tanggungjawab pelajar baru ini mengambil inisiatif sendiri untuk pergi mengerjakan solat secara sendiri atau secara berjemaah sesama mereka di fakulti masing-masing. Untuk makluman semua pihak, di setiap fakulti di dalam UM telah disediakan surau. Selain itu, bukan penekanan mengenai solat sahaja difokuskan, tetapi bagi pelajar yang bukan agama Islam, mereka mempunyai slot moral yang diuruskan oleh pembantu-pembantu mahasiswa ataupun fasilitator ini.

Akhir sekali, seharusnya perkara ini perlulah dilihat daripada pelbagai aspek agar tidak timbul salah faham kepada semua masyarakat, tentang apa yang berlaku di UM. Kita tidak mahu imej UM terjejas ekoran daripada salah faham yang ditimbulkan rentetan tidak memahami secara jelas mengenai aktiviti MHS secara keseluruhan. Untuk pengetahuan para pembaca, MHS pada sesi 2008/2009 ini ada menggunakan pendekatan baru di mana setiap kolej akan terdapat sesi bersama alumi. Pada sesi ini, semua kolej kediaman telah bersetuju sebulat suara dalam Meting pengurusan HEP berkenaan MHS pada bulan April 2008 yang lalu untuk mencari "figure" atau alumni kolej masing-masing yang telah berjaya dalam lapangan mereka untuk sesi bersama pelajar di kolej masing-masing. Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, MHS yang bakal menjelang ialah pada 29 Jun 2008 hingga 6 Julai 2008. Marilah kita sama-sama berdoa agar siswa siswi yang bakal tiba ini menjadi satu golongan yang sama-sama memahami prinsip keilmuan di universiti Perdana ini dan meneruskan kesinambungan dalam melahirkan tokoh dalam pelbagai bidang sesuai dengan moto univrsiti Malaya, iaitu "Producing Leaders Since 1905" .sekian.

AUKU Oh....AUKU

Salam kepada semua pembaca..

Ingin saya berkongsi dengan para pembaca berkenaan dengan AUKU, iaitu merupakan tajuk yang paling kontoversi dalam kalangan mahasiswa seluruhnya, cerita ini bermula ketika saya sedang menghadiri meting untuk menyelesaikan masalah penginapan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dalam proses renovation di Kolej Kediaman Ketujuh di Pejabat TNC. Kepada rakan-rakan OKU insyaAllah renovation untuk menambahbaik prasarana untuk anda adalah dalam proses dan dijangkan siap pada semester akan datang pada 1 Jualai 2008 nanti. Berbalik kepada tajuk AUKU tadi, saya telah dihubungi oleh seorang editor Dewan Masyarakat yang ingin meminta pandangan berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi yang baru iaitu Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan dengan beberapa bahagian yang akan dipinda di dalam AUKU. Beliau meminta agar saya dapat memberikan pandangan berkenaan dengan akta tersebut.

Menelusuri perkembangan dunia yang semakin hebat ini, bagi pendapat saya mahasiswa juga tidak dapat lari daripada perubahan yang mendatang, melihat keadaan siswa/I yang dikatakan kurang daya saing dari segi kepimoinan amat dipandang serius oleh semua pihak termasuk mahasiswa. Sebagai seorang pimpinan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya ini, isu pindaan beberapa akta ini adalah amat dinantikan oleh semua pihak, terutamanya pihak-pihak tertentu yang semata-mata yang menggunakan isu pindaan akta ini sebagai satu perkara yang besar dan yang perlu diutamakan. Apabila menteri Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menyebut tentang pindaan akan dibuat, banyak pihak terutamanya golongan pelajar dan akademik menyambut perkara ini dengan tangan dan minda yang terbuka. Bagi saya ada baiknya dipinda akta ini, jika kebebasan pelajar samada kreativiti pelajar atau keterampilan pelajar itu betul-betul terbukti menyusahkan dan mengekang pensyarah dan pelajar. Namun, sejauh mana dengan pindaan ini ia mempu melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi seperti pelajar di peringkat antarabangsa yang mana didakwa mempunyai karisma yang lebih berbanding pelajar di Malaysia.

Apakah benar akta yang sedia ada sekarang banyak menyekat kebebasan pihak universiti dan pelajar? Saya tidak berpendapat bahawa akta yang sedia ada banyak menyekat kebebasan pelajar. Saya bagi misalan, jika kita berada dijalan raya, kita kena patuhi undang-undang jalan raya. Begitu juga dengan universiti, selagi kita berada di dalam universiti, kita kena patuhi undang-undang yang terdapat dalam universiti. Apakah matlamat universiti sebenarnya? Adakah untuk melahirkan tokoh-tokoh politik semata-mata? Kita kena sedar dan memahami peranan dan matlamat universiti yang sebenar iaitu untuk melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan intelektual di mana ini sangat-sangat diperlukan oleh negara kita Malaysia dewasa ini bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang lebih kompetatif dalam semua bidang di era dunia. Berapa ramai cendikiawan kita menjadi pakar rujuk di peringkat antarabangsa? Berapa ramai cerdik pandai kita mempu mencipta pelbagai teori dan sesuatu yang membanggakan? Jika pepatah Melayu ada berkata "Tepuk dada tanya selera", di sini saya ingin berkata, "tepuk dada tanyalah minda". Saya dapat rasakan bahawa untuk melahirkan cendikiawan ini tidak ada kena mengena seratus peratus dengan AUKU semata-mata. Cuma yang menjadi isu AUKU di sini ialah dari segi penglibatan pelajar untuk memasuki pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) yang lebih kepada bersifat kepartisan, dan saya meliat isu AUKU yang diperjuagkan oleh mahasiswa adalah bertumpu dengan politik semata-mata.

Dalam menjawab persoalan AUKU ini juga saya ditanya adakah peruntukan dalam akta tersebut menyekat kebebasan pelajar dan pihak universiti? Untuk menjawab persoalan ini, semua pihak kebanyakannya sedia maklum iaitu isu yang berkaitan dengan seksyen 15 yang mana seksyen tersebut mnyatakan bahawa:

SEKSYEN 15: PELAJAR ATAU PERTUBUHAN, BADAN ATAU
KUMPULAN PELAJAR DILARANG BERSEKUTU
DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN, DSB.
KECUALI SEBAGAIMANA DIPERUNTUKKAN DI
BAWAH PERLEMBAGAAN, ATAU DILULUSKAN
OLEH NAIB CANSELOR

(1)Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti,
boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara
bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan
sekerja atau apa-apa juga lain pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam Universiti
atau di luar Universiti, dan sama ada ianya adalah di dalam
Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana
diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali
sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib
Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut
Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan,
persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana
persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain
pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak
ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama
ada ianya adalah di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan
sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia,
kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah
Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih
dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti,
boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan
sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan
terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau
sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut
Perlembagaan atau mana-mana lain pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat
sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan,
simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau
kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau
simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang haram.

(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukanperuntukan
seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah
atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya
SEKSYEN 15(A): PELAJAR ATAU PERTUBUHAN, BADAN ATAU
KUMPULAN PELAJAR DILARANG MEMUNGUT
WANG

(1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di
luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau
cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan
apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan
atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu
rayuan itu untuk, apa-apa wang atau lain-lain harta daripada
sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir
genap masanya diperolehi di bawah atau menurut mana-mana
undang-undang bertulis, kontrak atau lain-lain kewajipan di sisi
undang-undang.
(2) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukanperuntukan
seksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu keduaduanya.
(3) Menteri boleh, dalam sesuatu kes tertentu, menurut budibicara
mutlaknya, memberi pengecualian kepada sesiapa jua daripada
kuatkuasa peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1), tertakluk
kepada apa-apa had dan syarat dan bagi apa-apa tempoh
sebagaimana yang difikirkannya patut menurut budibicara
mutlaknya.
(4) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undangundang
bertulis yang lain berhubung dengan pewakilan kuasakuasa,
Menteri boleh, melalui pemberitahu dalam Warta,
mewakilkan penjalanan kuasa-kuasanya di bawah seksyen-kecil
(3) kepada Naib Canselor mengenai pemungutan wang dalam
Kampus daripada orang-orang dalam Kampus, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam
pemberitahu itu.

Jadi, apa yang hendak saya katakan di sini ialah jelas bahawa kegiatan berpesatuan pelajar untuk menceburkan diri dalam persatuan atas nama atau badan-badan NGO adalah dilarang sama sekali, yang mana tidak semua pihak termasuk pelajar menyokong perkara ini. Memandangkan bahawa pelajar yang berada di peringkat universiti dikatakan sudah agak matang untuk menjadi sebahagian dalam identiti masyarakat, jadi perkara 15 ini setiasa menjadi perdebatan antara mahasiswa dengan mahasiswa dan mahasiswa dengan pihak pemerintah.

Saya juga turut ditanya apakah benar akta tersebut juga banyak memberi impak kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti terutama daripada segi kepimpinan? Saya tidak fikir sedemikian, tetapi tidak dapat juga dinafikan. Bagi saya ini melihat bagaimana kreatifnya mahasiswa itu bertindak walaupun AUKU ini didakwa sebagai satu sekatan terhadap pelajar itu sendiri, kita kena memikirkan secara kritikal mengapa undang-undang dibuat. Apa yang menjadi punca utama ata ini khususnya seksyen 15 digubal? Bagi sesetengah pihak atau mahasiswa yang prihatin, mereka tahu apa yang terkandung dalam AUKU sebenarnya. Unutk pengetahuan semua, AUKU itu tidak hanya menyentuh soal pelajar semata-mata, di dalam AUKU juga terdapat susun galur pentadbiran universiti, proses pelantikan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pelantikan dekan-dekan, larangan terhadap plagerisme(menciplak hasil karya orang lain), berkenaan dengan Lembaga Pengurusan Universiti(LPU) dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Dalam pengamatan saya setelah hamper dua penggal menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) (2006-2008), saya melihat terutamanya siswa/I Melayu terlalu taksub dengan politik kepartian di luar. Bukannya mahasiswa tidak boleh untuk ambil tahu tentang politik, tetapi mereka harus sedar, bahawa masyarakat memerlukan mahasiswa dalam pelbagai corak bidang ilmu yang diperlukan bagi mencorak negara ini, bukannya politik semata-mata. Mengapa mahasiswa tidak memikirkan keadaan ini? Saya tidak melihat dengan memihak kepada kepartian ini boleh menjamin kejayaan masa depan siswa itu sendiri. Apabila keputusan peperiksaan gagal, sedangkan ia berpotensi dalam bidang akedemik yang diceburi, bahkan bukan sahaja boleh memimpin, bahkan lebih daripada itu. Malangnya, apabila terlalu mengikut darah muda yang sentiasa inginkan sesuatu sesuatu kemasyhuran yang seketika, mahasiswa sanggup menghabiskan masa dengan agenda politik luar sehingga menggadaikan harapan masyarakat yang lebih besar iaitu menjadi seorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat bila keluar daripada universiti nanti.

Saya melihat ramai tokoh-tokoh negara yang terdiri daripada orang-orang yang hidup di zaman AUKU, tak perlulah saya coretkan, kajilah dengan hati yang terbuka. Mengapa mereka berjaya? Ya, di universiti memang perlu suara mahasiswa, itu tidak dapat dinafikan. Tetapi suara yang bagaimana? Adakah dengan memaki hamun pihak tertentu, berdemonstrasi secara besar-besaran? dan menimbulkan kekacauandan ketakutan dalam masyarakat. Apakah kita lupa bahawa kita diperhatikan oleh musuh-musuh kita di luar sana yang sentiasa tidak pernah lupa dalam mengambil peluang bagi memusnahkan bangsa Malaysia kita yang terdiri daripada pelbagai kaum ini? Cukuplah sejarah mengajar kita. Mengapa tidak mahu belajar melalui sejarah? Ingatlah, mahasiswa yang terpelajar dan berpendidikan sahaja yang mampu mentadbir negara. Jika pemimpin masa kini dianggap tidak telus, banyak penyelewengan, korupsi dan seumpama dengannya, siapa yang patut mengubah perkara tersebut jika bukan golongan terpelajar(yang mempunyai ilmu pengetahuan) dan berpendidikan(yang memahami konsep ilmu yang dipegang, iaitu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita) kerana tidak ramai orang terpelajar mempunyai pendidikan. Apa guna terpelajar tetapi menjadi pendengki, korupsi, penyelewengan dan menipu rakyat ketika menjadi pemimpin. Kitalah yang kena memahami.

Kita kena sedari bahawa masyarakat hari ini akan menentukan masyarakat yang akan datang. Jika hari ini mahasiswa dapat melihat pelbagai kesilapan pemimpin. Maka belajarlah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama, dengan mempraktikkan dahulu di alam gedung menimba ilmu ini, saya percaya jika kita mendahulukan yang mana lebih dulu atau utama, kita mampu memimpin dunia. Seperti kata Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Fikh Al-aulawiyat a.k.a Fikh Keutamaan. “Adalah amat malang bagi pemuda-pemuda yang telah ikutkan perasaan dan perangai-perangai silam tanpa melihat perubahan trend dunia sekarang ini.” Mengapa beliau berkata sedemikian. Ini kerana dunia hari ini berbeza dengan yang dahulu. Jika dahulu peperangan(siapa yang kuat dialah yang menjadi pemerintah), tetapi kini siapa yang cerdik dan bijak pandai dialah yang memimpin. Inilah yang sepatutnya difahami oleh semua mahasiswa tidak kira bangsa dan agama. Kenapa Amarika Syarikat berjaya menguasai dunia pada hari ini? Adakah semata-mata kekuatan ketenteraan? Sudah tentu tidak, tetapi kerana negara tersebut negara yang berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang termasuklah kepimpinan. walaupun negara ini sering menjadi kutukan atas dasarnya yang dikatakan "double standard", namun negara Amerika masih lagi menjadi tempat rujukan dalam semua bidang di dunia ini. Persoalannya di sini, mengapa??

Soal adakah akta AUKU memberi impak yang besar terhadap melahirkan pelajar yang berkualiti? Saya tidak berfikiran begitu, kerana yang hanya ditekankan oleh AUKU ialah soal politik, walau bagaimanapun ada sedikit sebanyak yang mengongkong kebebasan seperti tidak boleh menyertai organisasi NGO dan sebagainya, tetapi ia tidaklah dominan kerana kita kena sedar di era globalisasi, terdapat pelbagai NGO yang mana bukan saja muncul dari dalam negara kita Malaysia, tetapi pelbagai NGO yang berpusat di luar negara juga turut datang di sini yang mana tidak dapat kita ketahui apakah agenda-agenda mereka. Tidak dapat dinafikan mahasiswa boleh diperalatkan dan sebagainya atas sebab-sebab tertentu seperi hak dan kebebasan.

Selain itu, apabila saya ditanya berkenaan pandangan saya tentang usaha kerajaan untuk memberikan kuasa autonomi kepada pihak pengurusan universiti, bagi saya, 200% saya setuju jika kuasa autonomi yang dibuka kepada Naib Canselor. Selama ini, Kementerian Pengajian Tinggi yang banyak mendominasikan segala bentuk program universiti. Dan seolah-olah pihak pensyarah terpaksa jadi lembu dicucuck hidung, berikutan mereka tidak bebas bercakap sebagai seorang akademik, ekoran takut diapa-apakan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ada juga pihak berangganggapan bahawa pelajar universiti hari ini lebih mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata dan gagal untuk bersaing sebagi sahaja keluar kerana tidak terdedah kepada persoalan semasa. Dalam erti kata lain pelajar tidak peka dengan permasalahan di sekeliling mereka berbanding pelajar-pelajar universiti terutama generasi lalu? Ya, saya sangat setuju dengan pernyataan bahawa siswa siswi pada hari ini, kebanyakannya tidak mengetahui tentang isu-isu semasa dan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Kebanyakannya hanya memberi tumpuan akademik. Nak kata tumpuan kepada akedemik sepenuhnya tidaklah juga. Siswa/I kini lebih kepada kebendaan dan mementingkan diri semdiri. Soal akedemik pun kadang-kala tak diambil peduli apatah lagi soal perkembagan isu-isu semasa yang berlaku. Mereka tidak peka dalam mengambil tahu masalah di tempat mereka, jauh sekali deperingkat nasional atau global. Pemikiran kebudak-budakan masih menebal dalam diri, kadang-kadang saya cemburu dengan kohort terdahulu yang begitu asertif dan “caring” dengan permasalah persekitaran mereka. Hari ini siswa/I hanya tertumpu dihadapan komputer, bermain “game”, melihat vedio lucah, “chatting”, bahkan ada yang sanggup membuat lakonan lucah sendiri dan ditayangkan di laman web tertentu.


Soal menaikkan martabat agama, bangsa, apatah lagi negara seolah-olah mimpi disiang hari. Dahulu golongan pelajar universiti merupakan satu golongan yang dianggap "icon" oleh masyarakat, kerana golongan yang dapat memasuki universiti ini biasanya golongan yang benar-benar ingin memajukan diri dan membawa kebaikan kepada masyarakat. Tetapi kini, pelajar yang dapat memasuki universiti adalah semata-mata memenuhi impian keluarga tanpa memahami perjungan sebenar di universiti.

Terakhir sekali, bila saya ditanya tentang harapan saya daripada pihak kerajaan dan kementerian dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdaya saing, sebagai pemimpin pelajar, apa yang diharapkan daripada kerajaan dan kementerian ialah dapat melihat apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan pelajar kini dikatakan tidak mempunyai daya saing setanding dengan pelajar di persada antarabangsa. Jangan hanya tertumpu pada AUKU semata-mata kerana banyak lagi penyebab utama yang mendorong mahasiswa tidak menyerlah. Diharapkan segala plan strategi pengajian tinggi yang dilancarkan pada kabinet lepas dapat terus dikaji bagi menambahbaik untuk membentuk suatu budaya yang cintakan ilmu dan seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia yang mampu menjadi pesaing kepada dunia-dunia maju yang lain. Saya juga berharap agar menteri selalu turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kerana kita kena terima hakikat bahawa dunia hari ini tidak lagi menerima konsep yang dibawa oleh Darwin(penteori evolusi yang sampai kini masih tidak dapat membuktikan kebenaran teorinya) iaitu“siapa kuat
dialah menang’, tetapi dunia kini memandang “siapa yang berilmu, dialah yang dapat menguasai dunia.

Itulah sedikit sebanyak perkongsianku tentang AUKU yang kontroversi ini, diharap kita sama-sama menilai dengan minda yang bebas daripada sebarang prejudis.

Friday, May 16, 2008

FITNAH

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam hormat buat semua rakan pembaca। Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia daripada Allah akhirnya saya diberi peluang untuk memberi beberapa nukilan blog ini. Apabila saya melihat dan berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tomahan di kampus Universiti Malaya ini, ia sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir dan termenung sejenak, kadang-kadang benak pemikiran diri ni bertanya selalu, mengapakah terjadi angin-angin tomahan dan fitnah dikala suasana nan permai senantiasa diharap-harapkan. Mengapa timbul hujan-hujan kutukan dan letupan-letupan makian tanpa usul periksa॥ Ya benar katamu ya Rasullullah bahawa tanda-tanda akhir zaman ini akan penuh dengan fitnah. Dalam saya memikirkan apa yang terjadi dewasa ini, budaya fitnah menfitnah semakin berkembang bukan sahaja di dunia-dunia politik yang tidak matang diluar sana, bahkan budaya ini juga semakin menular di gedung-gedung ilmu. sifat dengki dan demi kepentingan politik peribadi yang tidak kekal ini, mahasiswa terutamanya sanggup menuduh, membuat pernyataan palsu dan menyebar fitnah seolah-olah mengiktiraf perbuatan nicollo michivelli atau lebih dikenali dengan falsafah mechevellian. Di mana mahasiswa yang mempunyai maruah dan jati diri? adakah dengan menabur fitnah dan tomahan itu dapat memuaskan hati? Inikah kualiti mahasiswa yang hendak dilahirkan sehingga universiti sendiri sanggup di bakar dan surau diconteng? inikah mahasiswa yang ingin menjadi pembela kepada agama, bangsa dan negara. Bagi saya, mahasiswa seperti ini, sanggup membunuh bangsanya sendiri demi kepentingan diri, apatah lagi mencemarkan nilai-nilai mulia agama dan pegangan diri.

Kadang-kadang saya sedih apabila mengenangkan mahasiswa yang tidak serius menuntut ilmu di kampus, terutamanya golongan bangsa Melayu yang begitu fanatik dalam segala tindakan tanpa mengambil peduli sensitiviti masyarakat sekeliling. Saya pernah di tanya oleh seorang rakan mahasiswa yang berketurunan bangsa Rungus, salah satu etnik di Sabah, "afandy, kenapa orang Melayu yang beragama Islam ini saling maki hamun, bersifat kasar dan saling bermusuhan sesama mereka?" saya hanya terkedu mendengar persoalan yang diajukan kepada diri ni..Namun apa yang saya boleh sampaikan pada mahasiswa yang bertanya tersebut ialah kerana ideologi politik kampus yang dipegang. Itu sahaja. Kerana taksub dengan pendirian sendiri walaupun satu agama. Bagi saya semua ini hanya merugikan orang Melayu Islam itu sendiri. Bagaiamana orang Melayu nak menunjukkan persefahaman dan perpaduan jika sesama mereka pun tidak berpadu? Apa nak jadi dengan orang Melayu yang beragama Islam ini bila diseru untuk bersatu malah disalah anggap dengan menuduh saya ini rasict dan cauvisme sehingga sanggup mengeluarkan perutusan palsu dengan menggunakan tandatangan saya yang palsu dan disebarkan seluruh kampus, di mana nilai-nilai intelek yang sepatutnya ada pada mahasiswa. Bagaimana hendak menjadi pemimpin yang akan bercakap tentang perpaduan kaum di hari muka jika sesama sendiri masih lagi bertelagah. Ya Allah bimbinglah kami ini dijalanmu dan jauhkan lah kami semua daripada mengikut hawa nafsu yang sering membawa kepada kebatilan.

Pada hemat saya, mahasiswa yang membuat angkara ini adalah mempunyai pemikiran yang amat dangkal. Bagi saya apabila saya diuji dengan ujian seperti ini, ia mengingatkan saya dengan kata-kata imam syafie, yang mana kata beliau, "bawalah kepada ku seribu orang yang bijak pandai, insyaAllah aku mampu kalahkan segala hujah-hujah mereka, tetapi jika dibawakan kepadaku seorang gila dan bodoh, nescaya aku menyerah kalah." Di sini kita boleh membezakan antara orang yang bercakap dengan otak tanpa menggunakan akal, ini kerana semua makhluk dikurniakan otak oleh Allah, tapi hanya manusia sahaja yang dikurniakn akal untuk berfikir. Jika manusia itu benar-benar menggunakan akalnya yang waras, saya percaya ia memahami firman yang Allah dalam surah Al-Hujerat ayat 6 yang berbunyi, "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti, agar kamu tak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu". sama-sama kita renungkan...

Bagi rakan-rakan mahasiswaku yang berbangsa cina, india, murut, kadazan dan berbagai-bagai lagi etnik yang saya tidak dapat sebutkan di sini, janganlah mudah terpengaruh dengan sesuatu berita tanpa kita periksa terlebih dahulu, ini kerana jika tidak diperiksa sesuatu berita itu maka akan lahir suasana yang penuh prasangka. Kita tidak mahu keamanan kampus kita ini menjadi hambar hanya semata-mata kerana cerita-cerita palsu yang disebarkan kepada kita oleh orang yang dangkal pemikirannya. Kita seharusnya bersama-sama untuk merialisasikan misi dan visi universiti perdana yang kita sayangi ini. Ingatlah, tiada yang lebih bermakna dalam perkara yang kita lakukan melainkan dengan ditanam dan disemai baja keikhlasan dan tanggungjawab...semoga kita menjadi mahasiswa yang lebih matang dalam menjalani kehidupan ini..insyaAllah
...

Friday, May 9, 2008

PENAFIAN ATAS TUDUHAN MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN DI UNIVERSITI MALAYA


Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan oleh ahli mpmum iaitu Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz (Timbalan Setausaha Dua Mpmum) Dan Saudara Mohammad Hilman Nordin (Exco Luar Kampus) yang menuduh saya meneyebarkan isu perkauman di universiti Malaya. Hal ini berdasarkan kenyataan mereka dalam on-line artikel berita harian pada 9/04/08, iaitu penerbitan bernama

Di sini saya menafikan juga tentang satu perutusan YDP MPMUM iaitu saya yang dikatakan meniup isu perkauman. Hal ini palsu belaka. satu penipuan oleh golongan tertentu telah menyebarkan risalah perutusan yang ditandatangan oleh saya dan disahkan oleh cop hal ehwal pelajar UM.

Saya menegaskan perpaduan mahasiswa um adalah stabil dan berkeadaan baik, kecuali ada pihak lain cuba melaga-lagakannya.

Saya telah disabotaj oleh pihak tertentu dengan pengeluaran artikel berita harian yang bertajuk " Majlis Perwakilan Mahasiswa Um Desak Ydp Letak Jawatan Ekoran Isu Perkauman " dan juga pengeluaran risalah perutusan YDP MPMUM yang dikatakan meniup isu perkauman,"

Dengan tegasnya saya menidakkan perkara ini dan berharap pesalah yang melakukannya diambil tindakan selanjutnya, dan saya ingin menyatan juga dalam kabinet mpmum saya, ada segelintir pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai YDP di UM ini.

Saya ingin memberitahu, penipuan ini akan memecahbelahkan perpaduan UM yang kami bina selama ini, cuma kenyataan saudara Ahmad Syahir Abdul Aziz, dan Mohamad Hilman Nordin sebenarnya tidak benar sama sekali kerana kenyataan mereka itu cubaan untuk menjatuhkan saya sebagai YDP MPMUM.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lembah Pantai dan Balai Polis Brickfield. Diharapkan agar pihak polis menyiasat dalang disebalik permasalahan ini atas perutusan palsu itu, sekali lagi sekeras-kerasnya ingin saya nyatakan bahawa ini merupakan sabotaj bagi menimbulkan suasana tegang dalam universiti.

BANTAHAN PEMINDAHAN UNIVERSITI MALAYA

Menyebut tentang pemindahan Universiti Malaya yang mana merupakan universiti tertua di negara ini, di sini saya daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya yang juga mewakili kepimpinan Pelajar Universiti Malaya merasakan bahawa cadangan untuk memindahkan universiti Perdana ini patut dipertimbangkan sewajarnya memandangkan universiti ini banyak mencipta sejarahnya yang tersendiri, seperti melahirkan ramai cendekiawan negara, tokoh politik, tokoh akademik dan tokoh ekonomi di seluruh tanah air. Sebagai penegasan di sini, kami tidak bermaksud untuk menolak pemodenan atau kemajuan yang ingin dibuat oleh sesetengah pihak, bahkan kami menyokong atas pembangunan yang dirancang bagi memastikan matlamat negara untuk menjadi sebagai sebuah negara maju tercapai. Namun, ini tidak bermakna kemajuan yang hendak dibuat, atau pembangunan yang hendak dilaksanakan harus mengenepikan nilai estetika atau sejarah sesebuah tempat itu, kerana nilai sejarah itu lebih bermakna bagi menjamin kredibiliti Universiti Malaya sebagai institusi pengajian yang tertua di negara ini.

Saya menyokong kuat apa yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Datuk Noordin Abd Razak, di Berita Harian yang bertarikh 15 Jun 2007, yang menyatakan bantahan terhadap sebarang cadangan untuk memindahkan universiti tertua itu semata-mata bagi memberi laluan kepada sebuah syarikat memajukan tapak kampus berkenaan. Sebagai seorang warganegara dan juga penuntut di Universiti Malaya ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak syarikat hartanah, Guocoland (Malaysia) Bhd yang dipegang Tan Sri Quek Leng Chan, untuk sama-sama membantu bagi menambahbaik segala infrastruktur yang terdapat di universiti ini, agar universiti ini dapat menjadi sebuah universiti yang termoden dan tercanggih bukan sahaja di rantau ini, bahkan di persadsa antarabangsa.

Selain itu juga, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya ingin mencadangkan agar jika pihak syarikat hartanah, Guocoland (Malaysia) Bhd untuk membuat pembangunan membangunkan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan institusi tersebut dengan harapan kawasan perumahan dan pusat pendidikan terulung di negara menjadi tumpuan dan setanding dengan unversiti- universiti kelas pertama yang lain di dunia. Mengapa kita tidak menjadikan Universiti terulung dan tertua di tanah air tercinta ini sebagai tempat yang mana bukan sahaja untuk lokasi menimba ilmu, bahkan sebagai salah sebuah lokasi yang menjadi tarikan umun samada dalam atau luar negara seperti Universit Oxford, Havard dan Cambridge? Yang mana universiti-universiti ini bukan sahaja menjadi tempat sarjana yang datang dari pelusuk dunia menceduk pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan universiti dan bandar di sekitarnya juga turut menjadi satu tarikan pelancong untuk datang melihat keunikan yang dimiliki oleh universiti berkenaan serta kemajuan dan kemodenan bandar sekitarnya.

Saya percaya bahawa, jika Universiti Malaya ini dijaga dengan rapi dan kawasan persekitarannya dibangunkan, ini juga akan memberi impak yang sama seperti universiti yang dinyatakan tadi, atau mungkin lebih daripada itu.

LOKASI PENGUNJUNG

AKU BUKAN MUSUH HARTA

AKU BUKAN MUSUH HARTA
DARIPADA DR ASRI ZAINAL ABIDIN

SETUJUKAH ANDA UNTUK RESTORAN ATAU KAFE BERFRANCAIS DIWUJUDKAN DI DALAM UNIVERSTI? (jika boleh apa2 jawapan anda sila beri komen di blog ini.)

Rukun Negara yang ke-2 "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Karpal Singh telah menghina Sultan? Bagaimana status Karpal Singh sebagai warganegara? Kewarganegaraan dilucutkan?

SETUJUKAH ANDA HARGA MINYAK DINAIKAN BUAT MASA INI?

PERINGATAN PENTING!

Salam kepada semua pembaca blog ini, saya memohon agar kita dapat menjaga keperibadian akhlak kita di dalam blog ini dengan tidak menggunakan perkataan yang kesat, perkataan yang berbaur fitnah dan perataan yang tidak sopan,

saya memohon agar kita semua dapat menjaga ketertiban kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat yang konstraktif(membina) daripada pihak pembaca semua.

Segala kerjasama daripada pihak pembaca dan pemberi komen saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

WAKTU

Bilangan Pengunjung sejak April 2008

INFO TERKINI

INFO TERKINI
Kita mahasiswa berharap agar pihak universiti seluruh Malaysia betul-betul memantau segala harga makanan di seluruh kafeteria universiti di Malaysia bagi menjamin tidak berlaku penindasan kepada golongan mahasiswa.

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008
Enam resolusi tersebut telah menyentuh mengenai isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kebajikan mahasiswa, pengaksesan teknologi maklumat, dan juga sentiviti agama.

MASALAH AIR UM

MASALAH AIR UM
ALHAMDULILLAH DAPAT PERHATIAN

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

INFORMASi

Aktiviti MPMUM sepanjang sesi 2006/07 dan 2007/08

(Exco siswi)
1. Bersama BPOP membentuk tribunal anti sexual harassment
2. Membantu pelajar dalam kes seksual harassment
3. Menyelaras Perkampungan Hadhari
4. Pengarah SHE workshop
5. Membawa masalah ke peringkat

Perpustakaan Pergigian:
a) Bilangan buku yang boleh dipinjam ditambah dariapada asalnya 1 buah
Buku ditambah menjadi 2, dan tempoh pinjam maksimum dipanjangkan.
b) Perkhidmatan fotostat percuma di perpustakaan untuk tujuan ilmiah
c) Bilangan buku baru ditambah, buku-buku akan diperoleh sekurang-kurangnya 2 buah untuk mengurangkan kekurangan buku untuk dipinjam
d) Pelajar dibenarkan untuk ‘browse’ didalam kawasan buku teras akademik
e) Buku-buku perpustakaan yang hilang akan diganti

Kemudahan Am Pelajar serta Pesakit:
f) Bilangan ‘water cooler’ ditambah daripada 2 kepada 6
g) Kemudahan menggunakkan telefon fakulti untuk menelefon kepada telefon bimbit untuk tujuan memanggil pesakit
h) Tempat menunggu sekarang dilengkapi dengan penghawa dingin
i) Sistem audio di makmal untuk keselesaan pelajar mendengar lagu sambil membuat kerja

Penjadualan waktu:
a) Permohonan untuk memadatkan peperiksaan 2.1 agar para pelajar
dapat balik kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina

Asia Pacific Dental Student Association (APDSA):
j) Hak penganjuran Kongress APDSA 2009 yang bajetnya bernilai hampir sejuta Ringgit berjaya dirangkul oleh UM. APDSA ini dianggotai oleh pelajar-pelajar pergigian rantau Asia Pasifik, diantaranya adalah Jepun, Korea, Taiwan dan lain-lain. Yakni nama UM akan tersohor di persada antarabangsa.

1. Membantu pelajar mendapat bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kaki
2. Bersama penyelaras untuk membuka kursus-kursus semester khas supaya pelajar-pelajar Ekologi dan Biodiversiti tahun akhir mampu menamatkan pengajian
3. Memohon kepada NC untuk pembukaan waktu perpustakaan utama dilanjutkan kepada 24 jam (sedang dilaksanakan dalam UMISISWEB)
4. Penaik tarafan kemudahan pelajar istimewa terutamanya bilik Seri Jati
5. Membantu menyelesaikan masalah kes khas PTPTN

Kejayaan secara keseluruhan

-Forum Intelek Mahasiswa
-Program Maulidur Rasul
-Memperjuangkan tiket kapal terbang MAS mempunyai harga pelajar
-Memperjuangkan kebajikan pelajar OKU di seluruh IPTA
-Isu bas dalam peringkat terakhir perbincangan
-Pembinaan gazebo berbumbung
-Membantu mangsa banjir di Johor
-Membantu pelajar-pelajar antarabangsa menyesuaikan diri di negara kita
-Membantu pelajar-pelajar anak yatim mendapatkan bantuan kewangan dari tabung kebajikan MPMUM
-Membantu pelajar-pelajar yang kehilangan motor dan kenderaan dengan memberi bantuan kewangan MPMUM
-Kutipan derma untuk pelajar-pelajar mangsa kebakaran, bencana alam dan juga kemalangan
-Berjaya mengesan pergerakan agen penipuan rumah dan juga penipuan wang.
-Membantu pelajar menyelesaikan masalah urusan projek di peringkat HEP dan juga peringkat KPT
-Menyelaras dan menganjurkan FESKUM
______________________________________________
ASPIRASI MAHASISWA 2007/08 TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN ISU-ISU DI BAWAH :

-ISU AIR – TELAH DIBINCANGKAN DIPERINGKAT KEMENTERIAN (KPTM). SYABAS TELAH MEMBEKALKAN TANGKI UNTUK PLAN JANGKA PENDEK KE SEMUA LOKASI KOLEJ BERMASALAH.
-WIRELESS – SATU SISTEM WIRELESS (DARIPADA USA) TELAH DIKAJI UNTUK DIGUNAKAN OLEH UM HASIL PERBINCANGAN DAN GESAAN MPMUM KEPADA NC.
-KESELAMATAN – BANYAK KES KECURIAN MOTOR DAN KEMALANGAN TELAH DISELESAIKAN OLEH MPMUM.
-FASILITI – HASIL PERBINCANGAN DENGAN JPPHB UM, -SATU STADIUM AKAN DIBINA DAN SIAP PADA HUJUNG 2009.
-SMART CARD – ATAS GESAAN MPMUM, PTM AKAN MEMPERKENALKAN SISTEM SMART CARD DI UM.
-OKU – ISU INI TELAH DIBINCANGKAN DI PERINGKAT PARLIMEN DAN UM MENDAPAT PERUNTUKAN RM760 JUTA BAGI KEMUDAHAN OKU DI UM.
-LAIN-LAIN – PEMUSATAN FASILITI KE KPS SEPERTI KLINIK KESIHATAN DLL.
ASPIRASI MAHASISWA UM

“UM IS ONE”MPMUM SESI 2007/2008

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08
Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM)

KITA MESTI JADI BANGSA YANG DIRUJUK

Saya masih teringat kepada Forum Intelek yang di anjurkan oleh Exco Akedemik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Mahasiswa UM sesi 2007/08. Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM). Jika kita meneliti sejarah, sejarah ibarat “mahaguru” yang paling bermakna dan berkesan sebagai menjadi cermin untuk kita mengenal, mengukur, memahami, menyedari, mengetahui, mencorak, dan mengambil sebagai iktibar, bukan sahaja pada diri bahkan pada kelompok masyarakat dan juga negara. Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa dalam meniti arus dunia yang sentiasa bergerak pantas yang sering kita sebut dengan perkataan “globalisasi”.


Menyentuh perkara ini, benarlah apa yang pernah diucapkan oleh bapa sejarah dunia, Herodotus dengan kata-kata keramatnya, iaitu "phanta rei khei uden menei", yang membawa maksud “dunia ini sentiasa mengalir” (dunia sentiasa berubah). Dapat kita fahami di sini ialah satu keadaan yang mana jarak pada suatu ketika dahulu jauh, kini menjadi dekat, masa yang terlalu lama atau panjang ketika hendak ke sesuatu destinasi, kini menjadi singkat dengan adanya kenderaan moden dan canggih seperti pesawat, dan macam-macam lagi perubahan yang sedang dialami oleh dunia hari ini.


Dahulu, mengikut teori Darwin yang terkenal dengan teori evolusinya, iaitu siapa yang kuat, dialah yang menjadi pemenangnya, tapi kini banyak teori yang menjadi pencetus kepada perubahan arus dunia, antaranya teori Edward De Bono. Teori menjadi tempat dalam menentukan corak arus globalisasi. Teorinya yang berteraskan pemikiran lateral (Lateral Thinking)iaitu, yang bertunjangkan pemikiran yang kreatif dan kritis menyumbang kearah kemajuan dalam sesebuah ketamadunan masyarakat. Saya menyentuh isu ini kerana di mana kesedaran kita sebagai warganegara Malaysia yang mendakwa sebagai rakyat kepada negara ini? Tetapi membuat acuh tak acuh tentang isu-isu semasa yang melibatkan negara kita dengan negara lain, yang mana isu-isu tersebut memberi impak yang besar kepada negara. Contohnya, isu batu putih yang melibatkan negara Singapura dengan negara Malaysia. Walaupun isu ini sudah lama diperdebatkan, berapa ramai diantara kita mahasiswa yang mengetahui perkara ini? Bagi mereka yang mengambil tahu perkara ini, sudah tentu akan menyedari bahawa isu ini berkaitan dengan maruah dan jati diri sesebuah negara.


Sepatutnya dengan informasi seperti ini sepatutnya akan memberikan satu suntikan kesedaran kepada kita bahawa kita akan dipijak dan diinjak oleh negara lain jika kita masih lalai dan berada di takuk yang lama. Jika kita masih lagi menjadi bangsa yang tidak menjadikan ilmu sebagai teras utama, kita akan mengalami satu zaman yang boleh saya katakan sebagai satu zaman gelap yang mana mungkin lebih teruk daripada zaman gelap yang berlaku di Eropah.


Jika di Eropah, zaman gelapnya hampir 1000 tahun berdasarkan penyelewengan yang dibuat oleh gereja, yang mana golongan gereja menyekat perubahan yang dibawa oleh golongan cendikiawan pada masa itu untuk membangunkan negara, yang mana kebanyakan mereka dibunuh, tetapi zaman gelap yang saya maksudkan di sini ialah masyarakat kita akan menjadi satu bangsa yang hanya mengikut rentak negara yang kuat semata-mata, bak kata orang ”kalau suruh lompat, dia lompat, suruh diam, dia diam dan suruh mati, dia bunuh diri.” inilah bangsa yang mindanya kelas keempat, bahkan mungking lebih teruk lagi!

Bangsa seperti inilah yang kita tidak mahu berlaku pada masa akan datang, yang mana jati diri, dan semangat untuk membela agama, bangsa dan negara luntur dalam diri warganegara Malaysia. Terpanggil saya untuk menyatakan semua ini adalah kerana sedih melihat masyarakat pada hari ini yang tidak peka dengan isu-isu semasa yang boleh menggugat jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidakkah kita sedar apa yang akan terjadi pada negara yang kita akui sebagai negara yang kita sayangi ini jika negara kita menjadi porak-peranda disebabkan timbulnya konflik antara kita dengan dunia luar disebabkan kelemahan kita sendiri?


Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang ini dengan terus berusaha tanpa jemu dan alpa dengan kemewahan yang ada pada negara kita. Sebagai mahasiswa, kita kena menyedari bahawa kita mesti mencapai sebuah negara yang maju agar jati diri setiap warganegara Malaysia terus terpelihara dan dihormati oleh semua negara di seluruh dunia. Maksud saya maju dan bagus dalam akhlak dan pembangunan kebendaan iaitu duniawi dan ukhrawi. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi WAWASAN 2020 di mana tinggal 12 tahun saja dari sekarang yang mana wawasan ini merupakan satu agenda kita untuk menjadi sebuah bangsa yang maju dan berjaya setanding dengan negara barat dan Eropah? Adakah kita rela pada tanggal 31 Disember 2019, di mana Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu mengumumkan bahawa kita telah gagal menjadi sebuah negara maju yang kita inginkan menjelang 1 Januari 2020?


Apakah perasaan kita semua pada ketika itu? Adakah pada ketika itu kita mahu saling salah-menyalahkan, tuduh-menuduh antara kita atas kesalahan kita sendiri kerana gagal mencapai misi wawasan kita?


Sedarlah wahai semua mahasiswa! Jarak masa untuk menuju wawasan 2020 yang kita tunggu-tunggu ialah tinggal 12 tahun sahaja lagi, 12 tahun sahaja lagi. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadikan wawasan itu menjadi satu realiti. Apa yang penting sekarang ini ialah kita mesti menjadi bangsa kita sebagai suatu bangsa Malaysia yang dikenali, suatu bangsa Malaysia yang dikagumi, dan suatu bangsa Malaysia yang dihormati oleh seluruh dunia.


Tidak lain, tak bukan ialah kita mesti menjadi suatu ”bangsa yang dirujuk" atau atau refered sosiety”. Apabila kita menjadi bangsa yang dirujuk, kita akan menjadi satu bangsa yang dipandang mulia dan dihormati. Misalnya, lihat sahaja Tamadun Islam yang Menguasai dunia hampir 700 tahun sudah memadai untuk kita sedari betapa pentingnya untuk menjadi negara bangsa yang dirujuk. Tamadun-tamadun dunia yang lain pun mengiktirafnya.

Pada ketika mana tamadun Islam pernah menjadi peneraju kepada halatuju dunia, tamadun ini menjadi tumpuan dalam segala aspek kehidupan. Katakan kepada saya bidang apakah yang tidak mereka ketahui? semuanya mereka tahu! Masyarakat yang hidup dalam tamadun ini bukan sahaja menghafaz Al-Quran dan hadith, bahkan mereka turut menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang mana hasil ilmuan mereka diguanapakai lebih ratusan tahun lamanya. Bidang-bidang ilmuan ini termasuklah bidang perubatan, ekonomi, kimia, biologi, fizik, astronomi, matematik, dan berbagai-bagai lagi yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana terlalu banyak.

Antara tokoh ilmuan yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Selain itu, Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents. Dalam bidang perubatan pula, siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat, yang mana merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.


Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Bagi bidang kimia pula Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Sumbangan terbesar beliau adalah beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang kimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia.


Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.


Masyarakat seperti inilah yang kita inginkan untuk mewarnai negara kita, agar negara kita dapat menjadi sebuah negara yang menjadi tumpuan atau kiblat kepada negara-negara yang lain. Siapa yang sepatutnya menjadi pencetus kepada semua ini? Adakah kita ingin mengharapkan ada orang dari negara lain yang menjadi penggerak kepada usaha ini?


Juteru, saya menyeru kepada semua mahasiswa, agar kita semua bekerjasama dan berganding bahu bagi merialisasikan agenda untuk memartabatkan negara yang kita sayangi ini, dan seterusnya membawa bangsa dan maruah negara ini agar suatu hari nanti kita mampu menjadi sebuah negara yang dirujuk oleh semua bangsa di dunia ini. Demi perjuangan kita yang masih belum selesai, marilah kita sama-sama berusaha tanpa jemu dan tidak lupa juga untuk berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa agar cita-cita dan apa yang kita inginkan akan tercapai. Insaya-Allah.

ISI KANDUNGAN RESOLUSI MPPK 2008 KEPADA TPM


DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



Muka Surat
Maklumat Penting 1

Penyerahan Dokumen dan YDP-YDP MPP Malaysia 2

Latar Belakang 7

Isu dan Resolusi 8

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL
(PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3%
KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA
PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar
pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan
menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak
berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama)
kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga
memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah
Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN
HARGA BARANG 9

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan
polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500
bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan
kenaikan harga barang.

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI
KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN. 10
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan
masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada
pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2),
16B(3), 16C DAN 51(1) AUKU 1971 11

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak
Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah
bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang
semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi
mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal
insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian
ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia
sebelum 1hb Julai 2008.

ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA
BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR 12

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah
mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran
secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia
semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009.
Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab
pada 13hb Julai 2008.

ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN
HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN
KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA
KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA
DI LUAR. 13

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan/barang di kampus.

ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN
TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR
BANDAR. 14

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar Pelajar yang Tinggal di luar kampus dapat diberikan perkhidmatan broadband
dengan harga yang berpatutan.
ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. 15 Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS diMalaysia.

Syor 16













DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


LATAR BELAKANG

Mesyuarat YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 terdiri daripada semua YDP di universiti awam dan swasta di negara ini. Perlantikan YDP ini dijalankan melalui sistem pilihan raya kampus. YDP telah dilantik atas dasar kepercayaan Pihak Universiti untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Universiti yang termaktub dalam AUKU 1971 perkara 52 (10) tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh Malaysia seperti berikut :

(10)(a) Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar universiti.
(10)(b) Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan-kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan bekalan makanan dan minuman;
(10)(c) Untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar Universiti;
(10)(d) Untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pelajar universiti; dan
(10)(e) untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Selain itu, MPP yang di wakili oleh YDP untuk membuat representasi dan juga merupakan penyalur maklumat atau informasi kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang berkaitan dengan permasalahan pelajar atau kebajikan pelajar disamping membantu Kementerian Pengajian Tinggi melaksanankan polisi-polisi tertentu yang berkaitan dengan pelajar.

YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 juga yakin dan percaya pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius segala isu yang dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 demi meningkatkan kebajikan dan kualiti pembelajaran di Universiti untuk menghasilkan mahasiswa yang berfikiran kelas pertama.

DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3% KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama) kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

FALSAFAH

Mesyuarat YDP-YDP Malaysia sesi 2007/2008 mewakili seluruh pelajar Institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana telah menjadi badan yang membantu pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan pinjaman yang telah diberikan.

Walaubagaimanapun, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia merasakan PTPTN telah menetapkan kadar faedah yang tinggi iaitu 3 % yang sewajarnya difikirkan semula kerana ia telah menimbulkan isu yang lain.


RASIONAL

Kadar faedah yang agak tinggi yang telah ditetapkan oleh PTPTN menjadi persoalan dan pertanyaan adakah kadar faedah tersebut tergolong dalam riba atau tidak. Hal ini menjadi persoalan kerana jumlah tersebut terlalu tinggi untuk pelajar membayar balik.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500 bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan kenaikan harga barang.

FALSAFAH

Kenaikan harga barang umum, secara tidak lansung telah menyebabkan pelajar turut menerima impaks di atas kenaikan tersebut. Taraf hidup yang semakin tinggi dan tidak diseimbangkan dengan jumlah pinjaman daripada PTPTN telah membebankan pelajar dari segi kewangan terutama pelajar yang belajar di kawasan bandar utama.

RASIONAL

Jumlah pinjaman yang tidak berubah dengan harga barang dan minyak yang naik sejak kebelakangan ini menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan. Pinjaman PTPTN hendaklah diselaraskan dengan kenaikan harga barang pada masa kini.












DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

FALSAFAH

Pusat PTPTN yang hanya terletak di semenanjung Malaysia telah menyukarkan interaksi dan pengurusan yang berkaitan dengan PTPTN terutama untuk negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini telah menjadi masalah kepada pelajar kerana terpaksa menunggu proses pengurusan kelulusan pinjaman yang lama disamping kekurangan maklumat atau tenaga yang mahir mengenai PTPTN untuk membantu masalah pelajar yang berkaitan.

RASIONAL

PTPTN yang hanya berpusatkan di Semenanjung Malaysia dan tidak mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pelajar Sabah dan Sarawak mengalami masalah pengurusan untuk urusan pinjaman. Hal ini telah melambatkan proses pinjaman dan pendaftaran pelajar.










DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2), 16B(3), 16C
DAN 51(1) AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008.

FALSAFAH

AUKU hanya perlu disemak semula dan diberi nafas baru dari segi, isi kandungan, falsafah, dan realiti kewujudannya agar ia lebih relevan, segar dan bersifat global memandangkan visi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melonjakkan istitusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

RASIONAL

Mengimbas pelaksanaan AUKU sejak 37 tahun lalu, AUKU mempunyai banyak kekangan dan halangan disamping sekatan yang ada dalam AUKU yang hanya releven pada zaman 80-an dan 90-an dan perlu dipinda untuk menambahbaik kerana kepesatan dunia teknologi tanpa sempadan kini memaksa untuk bersaing di gelanggang sendiri. Kekangan dan halangan ini telah membantutkan pembentukan modal insan.

Melihat segala bentuk kekangan, halangan dan sekatan yang ada di dalam AUKU, menjadikan ia semakin ketinggalan zaman ketika mahasiswa hari ini sudah jauh ke hadapan dengan kecanggihan, fleksibel dan perubahan yang begitu cepat terhadap teknologi pendidikan.

Oleh yang demikian, beberapa seksyen perlu di perhalusi agar ia seiring dengan peredaran masa.
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIASESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009. Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab pada 13hb Julai 2008.

FALSAFAH

Dalam perspektif pemerkasaan modal insan melalui aktiviti sosial seperti penyertaan Universiti dalam program sukarela dan khidmat masyarakat mampu di jadikan agenda utama dalam memperkukuhkan budaya berbudi, bertoleransi dan penyayang untuk pembangunan modal insan sebagi gerakan strategik untuk mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat.

RASIONAL

Apabila memperkatakan tentang fungsi dan peranan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 terhadap masyarakat di negara kita mahupun dunia, maka ia menuntut kepada satu pendekatan yang lebih kreatif , inovatif dan holistik. Tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 bukan setakat memastikan kelansungan dalam membina kecemerlangan bahkan juga hendaklah sentiasa meningkatkan tanggungjawab sosial yang mampu melahirkan komuniti yang mempunyai hati dan jiwa yang luhur membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA DI LUAR.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan / barang di kampus.

FALSAFAH

Kenaikan harga minyak dan barang telah menyebabkan banyak vendor makanan dan barangan runcit dalam kampus menaikkan harga makanan tanpa kawalan. Memburukkan lagi keadaan apabila tiada garis panduan tentang harga makanan yang ditetapkan oleh kerajaan mahupun universiti dalam menangani isu ini.


RASIONAL

Kebanyakkan vendor di dalam kampus telah mengambil kesempatan ke atas kenaikan harga barang dan minyak untuk menaikkan harga makanan. Peluang ini telah diambil oleh vendor sebaik mungkin sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa membayar harga makanan yang tinggi dengan kuantiti yang sama banyak dengan harga asal. Namun demikian, harga makanan pula tidak dinaikkan begitu tinggi di kafeteria luar kampus berbanding di dalam kampus.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR BANDAR. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon kemudahan broadband secara percuma dengan kelajuan yang tinggi di semua IPTA. FALSAFAH Teknologi maklumat semakin penting terutama pada zaman dunia tanpa sempadan ini. Segala maklumat perlu dikuasai dihujung jari agar tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kemudahan teknologi perlu diterokai untuk mengakses maklumat terkini dan mengetahui perkembangan dunia luar tanpa sempadan. RASIONAL Kekurangan kemudahan internet telah menjadi penghalang kemaraan pelajar untuk mencapai dan menyumbang ke arah universiti bertaraf dunia. Cabaran ini perlu ditempuhi untuk memastikan hasrat kerajaan mencapai wawasan 2020 dan kemajuan dari segi teknologi.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian (surat) terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS di Malaysia. FALSAFAH

Agama Islam telah dijadikan mainan politik pemimpin barat. Akibat perasaan iri hati dengan komitmen umat islam terhadap ajaran Islam serta sikap prejudis golongan orientalis barat yang gagal berdepan secara ilmiah dalam mencari kebenaran, maka mereka telah bertindak mempersendakan agama islam seperti yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders melalui penerbitan filem Fitna.

RASIONAL

Memang sudah menjadi dasar golongan anti-Islam untuk terus berusaha dengan pelbagai cara melabelkan Islam sebagai agama keganasan. Dalam memperkatakan soal ini, peranan golongan orientalis cukup jelas. Berikutan itu, umat Islam perlu tegas. Suatu keputusan yang lebih rasional perlu dilakukan bukan sekadar untuk mengajar bahkan memberi kefahaman kepada setiap golongan anti-Islam.









DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



SYOR

Diharapkan agar kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dapat memberi maklum balas sebelum 1 Julai 2008 kepada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 kerana isu ini akan di bawa ke mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia untuk dibentangkan kepada seluruh pelajar IPTA. Keprihatinan dan kerjasama daripada kerajaan dalam menangani isu kebajikan pelajar kami dahului dengan ucapan terima kasih.

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

Cermin Diri Kita...


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepadakesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


WAKTU DUNIA