Salam pertemuan sekali lagi kepada pembaca blog semua...
Isu minyak, satu isu yang sungguh hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira apa bangsa sekalipun samada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, semuanya bercakap tentang bahan fosil ini yang mana kita akan dijangkan kehabisannya beberapa tahun sahaja lagi.
Yang menjadi kemuncaknya, apabila forum berkenaan minyak ini diperdebatkan secara terbuka kepada masyarakat oleh dua orang tokoh yang saya rasa kedua-duanya hebat-hebat belaka, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAi), apa yang membuatkan saya lebih berbangga ialah kedua-duanya adalah bekas graduan Universiti Malaya.
Bagi saya, apabila debat dijadikan wadah utama dalam mencari jawapan, kemusykilan, pertanyaan yang selama ini dinanti-nantikan atau mencari penyelesaian atau untuk memberi kefahaman, ini merupakan salah satu cara yang sangat terbaik memandangkan selama ini rakyat hanya mencengar satu pihak sahaja.
Kita tidak mahu dalam membincangkan isu rakyat, hanya sebelah pihak sahaja yang bercakap dalam mana-mana forum atau ucapan. "Bila dengar di sini lain" dan "bila dengar di sana lain pula". Jadi apabila kerajaan membuat keputusan untuk menyahut cabaran DSAI, ini sesuatu yang positif yang mana memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan hujah masing-masing dalam membincangkan isu global ini yang mana ada kaitanya dengan kehidupan rakyat.
Dalam menelusuri perdebatan ini, kita telah sama-sama melihatnya. Nah! sekarang terserah kepada masyarakat dan rakyat untuk menilai dan membuat kesimpulan. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah budaya perdebatan ini seharusnya tidak mati hanya selepas debat Minyak ini, dan diharapkan ia terus hidup dan menjadi platform kepada semua peringkat masyarakat samada pelajar sekolah rendah, menengah, universiti awam atau swasta, di jabatan awam atau swasta menjadikan ini sebagai satu tempat percambahan ilmu.
Untuk perkara ini, ia tidaklah memerlukan tempat yang khas seperti debat perdana yang kita saksikan di televisyen, tetapi cukup dengan tempat yang sesuai seperti bilik kuliah, dewan kuliah dan seumpamanya.
Namun, apa yang menyedihkan dalam melihat peralihan 'stamina mahasiswa' pada hari ini, jangan katakan untuk berdebat dalam semua perkara terutamanya dalam perkara yang melibatkan masyarakat, bertanayakan soalan kepada pensyarah di dalam dewan kuliah pun rasa takut. Di mana jati diri dan peranan yang sepatutnya mahasiswa galas?
Adakah kerana AUKU atau ada undang-undang lain yang membuatkan mahasiswa menjadi sebegitu rupa? Hari ini kita masih lagi menunggu isu AUKU ini di Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Difahamkan dalam bulan Ogos ini. Walau bagaimanapun, kita seharusnya tidak menjadikan AUKU ini sebagai satu penghalang utama kepada kepimpinan mahasiswa, bahkan jika dilihat dengan AUKU ini lebih membuatkan Mahasiswa lagi kreatif dan berani dalam mendepani isu semasa dalam masyarakat khususnya dan dunia amnya.
Saya melihat jika budaya perdebatan ini diteruskan. Apa yang diharapkan ialah debat ini dapat dijalankan secara intelektual dan sihat. Saya percaya ia bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang yang berdebat, tetapi juga kepada pendengar debat tersebut.
Di Universiti Malaya ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah membuat perbincangan dengan pihak universiti tiga bulan yang lalu secara lisan dan akan terus follow up dalam usaha MPMUM untuk menghidupkan kembali "Speaker Corner" atau Sudut Pidato yang juga pernah terkenal dengan panggilan Hyde Park Malaysia.
Harapan saya dalam menyatakan perkara ini ialah semoga speaker corner ini dapat dijadikan wadah dalam mahasiswa untuk menyampaikan pendapat, pandangan, mengkritik secara asas dalam sesuatu isu dan tempat untuk memberi latihan secara tidak langsung kepada mahasiswa.
Adalah menjadi satu yang membimbangkan juga apabila sudut pidato ini menjadi tempat untuk menabur fitnah, mengkeji, menghina orang lain dan sebagainya. Benarlah apa yang Nabi pernah sabdakan di mana, akhir zaman ini dunia penuh dengan fitnah.
Di sini juga saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan bahawa akhbar The Star pada 10 Julai 2008, dan The Sun pada 14 Julao 2008 yang bertajuk 'Varsity letter instills fear and hatred' yang ditujukan kepada saya adalah satu isu lama yang dibangkitkan semula, yang mana isu ini adalah FITNAH semata-mata oleh pihak tertentu dalam menjatuhkan kredibility saya dalam kepimpinan. (RUJUK POSTING SAYA YANG BERTAJUK "FITNAH!!! AGAIN??"
Doa saya, agar kita semua sentiasa dibawah perlindunganNya dalam setiap perkara yang kita lakuakan. Ingatlah wahai semua sahabat mahasiswa, perjalanan kita masih jauh, perjuagan kita masih belum selesai. Sematkan lah di dalam diri untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara yang kita lakukan. Apabila kita menjadi yang terbaik, orang akan melihat dan menilai kita.
Pada masa itu, kita tunggulah bahawa kita akan jadi satu bangsa Malaysia yang dirujuk dan dilihat oleh semua masyarakat dunia. Tetapi, jika kita hanya tahu memboikot, atau demonstrasi dijadikan alat menyatakan perasaan semata-mata tanpa membuat perubahan, sedangkan kita masih lagi dikenali sebagai bangsa yang hanya mengguna (consumer), kita adalah tidak akan ke mana-mana.
Dalam kita sibuk memboikot buatan Amerika misalnya, saya cabar semua agar kita boikot betul-betul! kita jangan gunakan komputer, jangan gunakan Microsoft, jangan pergi KFC, Mc Donald dan lain-lain!! Mampukah kita???? Bagi saya boikot bukan cara yang tepat. Kenapa saya berkata sedemikian??? Ini kerana kita ini hanya bangsa Pengguna. Kita hanya bangsa yang meniru teknologi orang lain, kita bangsa yang hanya menumpang ihsan globalisasi.
Bagi seorang pelajar seperti saya dan rakan mahasiswa yang lain, saya percaya kita tentu tak dapat nak hantar assignment atau tugasan yang diberikan oleh pensyarah jika komputer tidak digunakan. Adakah nak menghantar assignment atau tugasan dengan menggunakan pen. Kalau nak diikutkan pun, siapa yang menciptakan pen? kita tahu jawapannya.
Oleh itu, kita kena menjadi yang terbaik, apabila kita mampu dalam semua bidang (bidang perubatan, pemakanan, angkasa, pertanian dan lain-lain), jika kita yang mencipta teknologi baru, kalau kita yang menghasilkan banyak barangan di dunia, kalau kita yang menjadi tempat negara lain bergantung, pada masa itulah jika kita ingin memboikot Amerika Syarikat, Belanda atau mana-mana negara sekalipun. Saya yakin pada masa itu, insya-Allah boikot akan berjaya kerana pada kita ada segala-galanya.
Satu persoalan saya, adakah kita telah sampai ketahap itu dalam suasana masyarakat kita pada hari ini yang hanya sibuk dalam urusan remeh-temeh, budaya rasuah dan fitnah, budaya masyarakat yang masih bergantung pada 'tongkat', dan mahasiswanya yang tidak matang dalam banyak perkara?
sama-sama kita renungkan...