Monday, June 16, 2008

HARGA BARANG AKAN TETAP NAIK,.....HARGA DIRI MANUSIA?

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog ini,



Kali ini saya terpanggil untuk menulis dan menimbulkan persoalan kepada semua pembaca blog berkenaan dengan satu isu yang sering diperdebatkan oleh segolongan kelompok masyarakat tidak kira dari golongan akedemik, pemikir atau penulis bebas, golongan pekerja sama ada swasta atau kerajaan, mahupun suri rumah yang mana turut tidak mahu ketinggalan untuk bercakap tentang perkara ini. Perkara yang saya maksudkan di sini ialah gejala sosial yang semakin meruncing.


Jika merujuk kepada gejala sosial ini, saya yakin dan percaya bahawa akan terpacul dalam pemikiran kita semua bermacam-macam jenis salah laku yang muncul dalam masyarakat. Baik dari sekecil-kecil perkara hinggalah kesebesar-besar perkara. Soal halal haram tidak lagi menjadi agenda peribadi bahkan ianya dianggap sebagai satu perkara yang tidak berguna bagi masyarakat khususnya remaja pada hari ini. Masyarakat hari ini didapati sibuk dengan menjaga tepi kain diri-sendiri semata-mata tanpa melihat individu lain yang berada dalam persekitaran tersebut.


Mengapa perkara ini terjadi? Di manakah kesedaran Mahasiswa? Apakah mahasiswa dewasa ini tidak berisi dengan kerohanian dan sahsiah yang terpuji? Di mana silapnya? Kepada semua pembaca, baru-baru ini saya dijemput untuk menjadi panelis dalam Forum Bicara Siswa RTM 1, yang mana forum kali ini bertajuk "Gejala Sosial dan Peranan Mahasiswa". Cukup menarik untuk mengupas isu ini. Antara rakan Panel yang dijemput untuk sama-sama mengupas isu ini ialah saudara Mohd Farid bin Din (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Universiti Sains Islam Malaysia atau USIM), dan saudara Rashidi (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor atau KUIS) yang dipengerusikan oleh En. Suhaimi(pengacara TV1).


Dalam forum ini, saya cukup tertarik dengan persoalan yang dilontarkan kepada ketiga-tiga orang ahli panel, iaitu apakah skala yang boleh diletakkan dalam isu sosial pada hari ini? Rata-rata semua ahli panel menyatakan bahawa ia berada di tahap serius.


Ini bermakna perkara ini amat membimbangkan kita. Terkini didapati dalam akhbar METRO yang bertarikh 1 Jun 2008 di muka surat hadapan yang bertajuk "Amal Hidup Bebas", yang mana wanita yang masih berpakaian sekolah hanya menawarkan RM5 untuk perkhidmatan seks!! Di mana letaknya maruah diri pelajar ini? Apakah didikan agama dan moral masih kurang diterapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa wanita itu sendiri sehingga sanggup menggadaikan maruah demi wang ringgit. Di mana peranan kerajaan pula dalam menangani isu seperti ini!!?


Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, era teknologi memainkan peranan, telefon mudah alih yang mana boleh dikatakan bahawa semua orang memilikinya menjadi satu trend baru golongan belia melanggan perkhidmatan seks ini. Dalam perkara ini, pelbagai pihak mendakwa satu kaedah baru diperlukan untuk menangani perkara ini dari terus merebak atau menular ke dalam masyarakat. Bagi saya, soal kaedah baru atau terbaru tidak sepatutnya timbul, daripada forum berkenaan apa yang boleh disimpulkan ialah keadaan diri individu itu sendiri. Ini kerana dalam diri manusia itu ada, tiga komponen utama iaitu akal, hati dan nafsu.


Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga komponen tersebut? Ya, apabila disebutkan dengan ketiga-tiga perkara ini, tidak semua yang tahu dan ingin mengambil berat tentangnya. Mengapa? Tahukah kita bahawa para ulama menyatakan bahawa jika ketiga-tiga komponen itu diberi makan yang betul dan sesuai malah dengan secukupnya, Insya-Allah individu itu dapat membentuk dirinya menjadi insan yang berjiwa bersih dan bersahsia mulia.


Apakah makanan komponen tersebut? Cukup Menarik kupasan yang disampaikan oleh ahli panel yang ketiga, saudara Rashidi, jika akal diberi makan dengan ilmu yang benar, ia dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah, jika hati diberi makan dengan iman, hati itu akan menundukkan orang itu kepada pencipta, manakala nafsu pula, jika diberi makan dengan mengekangnya daripada menurutinya, akan lahir sifar yang sabar dan lebih berhati-hati.


Walau bagaimanapun, apa yang berlaku dewasa ini ialah ketiga-tiga komponen ini tidak dijaga dan dititikberatkan, bahasa yang paling mudah di sini ialah konsep kembali kepada Pencipta tidak menjadi agenda masyarakat, individu mahupun negara.


Segala pengaruh dari budaya kuning semakin menjadi-jadi, soal dosa pahala, halal haram dipandang sebagai musuh masyarakat, jika ini berterusan maka akan lahirlah satu golongan yang hanya memuaskan hawa nasfsu semata-mata seperti mana yang pernah dikatakan oleh Ibnu Khaldun iaitu jika ingin melihat sesebuah negara itu, lihatlah pemudanya di masa kini. Jika pemuda-pemudinya pada hari ini mempuyai sifat yang terpuji dan sahsiah yang mulia akan lahir satu masyarakat yang memakmurkan negara.


Tetapi sebaliknya, jika pemuda dan pemudi pada hari ini mempunyai sifat-sifat yang keji, maka akan lahirlah satu masyarakat yang akan meruntuhkan negara itu.

Ketika saya sedang menulis semua ini, saya tiba-tiba teringat kes yang berlaku di Universiti Malaya di mana surau diconteng, kebakaran di Bangunan Peperiksaan dan yang paling menyedihkan lagi ialah sehari selepas Bangunan Peperiksaan dibakar, pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya pula yang menjadi mangsa. Di manakah nilai kemanusian dalam diri indvidu yang melakukan perkara tersebut?(rujuk gambar-YDP MPP se-Malaysia turut sama melihat kesan kebakaran tersebut.)


Sebagai mahasiswa yang bakal menerajui negara ini, kita perlukan individu yang mempunyai sahsiah yang mulia dan mempunyai pemikiran yang bersifat analitik dalam semua segi agar negara kita mampu bersaing dan mampu untuk berusaha memacu masyarakat dan seterusnya negara ke arah kegemilagan dan kecemerlangan.(gambar sebelah-kesan Sekretariat MPP di bakar.)


Apabila melihat keadaan yang seolah-olah menunjukkan mahasiswa ini tidak matang, ini amat merisaukan semua pihak. Masyarakat dan negara bukan sahaja terpaksa untuk berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak dan makanan, tetapi juga dengan masalah akhlak dan sosial yang berlaku dalam masyarakat yang dikatakan akan mewarisi bumi Malaysia ini.


Saya masih teringat akan cerita atau kisah di zaman para Nabi dan sahabat, inilah yang paling dirisaukan berlaku di akhir zaman. Dalam konteks ini, masyarakat bukan sahaja menjadi golongan yang rugi dalam semua segi dan bidang, bahkan terpaksa menjadi pelakon yang membawa watak-watak antagonis seperti yang pernah Nabi kita ucapkan dalam hadith-hadith Baginda.

Saya melihat ramai orang terutamanya dalam masyarakat di Malaysia ini sibuk dan kecoh bila harga material naik!!! tidak kitalah kerajaan atau pembangkang, semuanya kecoh dan sibuk bagaimana cara untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang ini. Tapi berapa ramai dalam kalangan kita ini sibuk memikirkan betapa teruknya penurunan harga Nilai Diri Manusia itu sendiri.

Hari ini, nilai diri manusia itu boleh dianggarkan dengan wang ringgit. Untuk mendapatkan top up RM10, sanggup menggadai maruah diri. Di mana pejuang-pejuang untuk meningkatkan harga diri manusia ini baik dari dalam kerajaan mahupun bukan kerajaan?? Di mana?? Adakah cukup dengan berpeluk tubuh dan menanti pipih datang melayang dan bulat datang bergolek dalam mengatasi masalah ini?

Marilah semua, kita tingkatkan harga nilai diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Kita mesti menjadi satu bangsa yang dirujuk jika inginkan satu perubahan yang baik dalam masyarakat dan negara kita. Ingatlah bahawa untuk mencapai kearah tersebut sudah tentu banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi.

Janganlah jadikan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini sebagai kelemahan kita, bahkan jadikanlah sebagai satu cabaran dan kekuatan untuk terus bersama-sama dan bersatu tidak kita apa pegangan kita samada bangsa Melayu, Cina, India, Rungus, Kadazan, Murut dan lain-lain lagi.

Apa yang paling penting matlamat kita untuk melahirkan satu ummah yang berjaya dalam semua perkara ukhrawi dan duniawi perlulah dijadikan agenda yang utama oleh semua pihak. Semoga Malaysia yang tercinta ini akan terus mekar dalam meniti gelombang dunia yang semakin meruncing dan semoga akan lahir rakyat Malaysia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membangunkan negara yang tercinta ini sesuai dengan ajaran dan panduan yang Maha Esa.

Marilah semua rakan-rakan mahasiswaku kita mengorak langkah bersama-sama.

11 comments:

johnsoncn005 said...

Kepada saudara Afandy yang dikasihi,

Cukup menarik hujahan saudara Afandy terhadap harga diri manusia. Pada dasarnya, saya bersetuju dengan apa yang saudara Afandy telah kemukakan. Aspek pembangunan negara yang langsung mengabaikan kerohanian telah cukup memusnahkan pegangan yang telah kita pegangi selama ini, dan salah siapa dalam masalah ini? Adalah sangat awal dan tidak sesuai bagi kita untuk menuding jari kepada sesiapapun. Gejala sosial ini sebenarnya adalah tanggungjawab semanusia, tidak kira bangsa dan agama.

Kepercayaan saya beritahu saya bahawa semua manusia, tidak kira tua ataupun muda, lelaki mahupun perempuan, adalah berdosa sifatnya. Gejala-gejala sosial telah membuktikannya. Tiada manusia sekalipun mempunyai sifat suci pada dasarnya. Kalaulah sifat sebenar manusia itu adalah suci, gejala-gejala ini tidak patut mengambil tempatnya dalam masyarakat manusia. Bagi menangani masalah gejala ini, kita perlulah berusaha, dan usaha itu bukanlah semulajadi.

Itulah sebab dalam Kristian, manusia adalah dicakapkan mempunyai dosa warisan, yang mana tidak bermaksud dosa yang sebenar, tetapi bermaksud sifat yang lebih cenderung kepada dosa. Secara logiknya, dosa tidak diwarisi, tetapi sifat itu boleh diwarisi. Kajian menunjukkan bahawa apa yang didapati dalam nenek-moyang kita boleh diwarisi kita melalui kaedah genetik dan sosial.

Kembali kepada persoalan saya tadi, salah siapakah dalam gejala sosial ini? Bagi saya, saya berpendapat bahawa inilah kesalahan kesemua orang, termasuk saudara dan saya. Pernyataan ini kelihatan berat, tetapi ianya kenyataan yang benar sekali.

Pihak kerajaan perlulah bertanggungjawab dalam kejadian-kejadian gejala sosial ini. Adalah suatu persetujuan oleh rakyat (termasuk saya) bahawa kerajaan kita hanya tahu menggubal undang-undang tetapi tidak pernah menguatkuasanya. Terdapat kajian perundangan ke atas sistem perundangan negara kita mengatakan bahawa undang-undang yang negara kita miliki adalah sebenarnya satu daripada paling maju dan paling baik di seluruh dunia, cukup untuk membanteras kesemua jenayah, termasuk kejadian keganasan. Namun, apa terjadi kepada undang-undang ini? Saya percaya bahawa kebanyakan undang-undang ini masih disimpan di dalam fail, tidak dikuatkuasakan walaupun sudah diwartakan. Ketegasan kerajaan dalam menangani masalah ini telah merosot, terutamanya sejak perlantikan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri!

Keduanya, institusi kekeluargaan di negara kita perlulah bertanggungjawab terhadap masalah ini. Kebanyakan keluarga (tidak kira kaum dan agama) didapati gagal mengimplikasikan ajaran kekeluargaan (tidak kira dalam bentuk kebudayaan, tradisi ataupun keagamaan) yang sepatutnya dapat membentuk aspek yang baik dalam diri anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa atau penjaga keluarga terlalu sibuk mengejar kekayaan dan telah mengabaikan pembangunan jati diri anak-anak mereka.

Dan paling akhirnya, kesemua anak-anak muda, termasuk golongan yang kononnya mengenali diri mereka sebagai mahasiswa-mahasiswi (iaitu termasuklah saudara dan saya). Kepada mereka yang melakukan gejala-gejala tersebut, adalah pilihan mereka untuk melakukan apa yang terjadi secara berleluasa. Tidak pasti apakah motif mereka, tetapi sebagai manusia yang berfikiran rasional, mereka tidak patutlah melakukan apa yang mereka lakukan dan menuding jari kepada orang lain apabila dihukum. Bagi mereka yang tidak melakukannya, seperti saudara dan saya, adalah pilihan kita juga untuk memperdebatkan perkara ini secara online dan tidak melakukan apa-apa untuk bantu menyelesaikan masalah ini. Sesungguhpun saya gagal untuk menangani masalah ini, namun saya mempunyai kepercayaan dan keazaman untuk menjadi salah satu cara penyelesaian bagi membendung masalah ini. Itulah sebab saya melibatkan diri saya secara aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja yang mengutamakan pembangunan kerohanian sosial.

Di sinilah persoalan saya kepada saudara dan adalah diharapkan bahawa sebagai "PEMIMPIN MAHASISWA", saudara dapat memikirkan cara penyelesaian yang boleh bantu menyahaktifkan gejala-gejala sosial ini.

Kalaulah kamu tidak boleh menjadi cara penyelesaian, maka kamu adalah punca masalah itu. (If you cannot be the solution, you are the source of problem)

Dengan berkatan dan keikhlasan dalam nama Yesus Kristus yang suci dan kudus,

Lim Chong Ngee @ Johnson

Anonymous said...

salam, bagi nabila perkara ini harus dipandang berat oleh semua org, yang paling penting, kita harus ingat seseorang itu dapat dibentuk dari kecil lagi tapi dengan ajaran dan didikan yg baik daripada keluarga.untuk hapuskan 100% masalah yang kita hadapi ini dalam masa 10 tahun, jawapannya tidak mungkin.tapi Insyaallah, nabila yakin, kita sama2 dapat kurangkannya dengan satu syarat, mesti bersama2 membantu. Tak payah nak berfikir jauh, mungking kita sama2 dapat kurangkan dengan memberi perhatian lebih kepada ahli keluarga atau sahabat2.Sekiranya mereka terjebak, jangan sesekali memaksa mereka berubah atau menambahkan lagi kekeliruan mereka, apa yg blh kita buat jadi lah SAHABAT mereka.Sekiranya mereka semakin jauh dari kita, jangan kita cuba sisihkan mereka lagi. Kadang2 hanya dengan berbual dan berkongsi minat boleh menjernihkan kembali keadaan. Mungkin ini salah satu cara yang kita boleh sama2 fikirkan.

Anonymous said...

melihat kepada masalah sosial yang berlaku hari ini merupakan perkara biasa. ini diaktakan penyakit sebagai penyakit tamadun dan pasti berlaku apabila sesebuah negara itu cuba untuk mencapai kemuncak. tidak terhad hanya berlaku kepada dunia ISlam tetapi turut berlaku kepada dunia Eropah. petanda ini menunjukkan bahawa kedatangan kiamat terlalu hampir dan kerosakan banyak berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia. kegagalam fungsi manusia untuk menerapkan peraturan Allah dalam sistem kehidupan mereka menjadi batu loncatan kepada gejala sosial yang berlaku. gejala sosial sentiasa menjadi polemik dan perbahasan dikalangan kita semua sedangkan jalan penyelesaian sudah pun tersedia tetapi mengapa jalan penyelesaian yang ada itu tidak mampu diaplikasi oleh manusia sendiri walaupun mereka itu sendiri adalah orang ISlam. memang benar bahawa apabila manusia itu jauh dari Allah bermula daripada golongan pemimpin hinggalah ke masyarakat bawahan maka akan terjadilah kepincangan dalam sistem masyarakat. kebebasan mutlak ingin dicapai oleh nafsu manusia, peraturan yang bergantung kepada pemikiran semata2 pula digunakan untuk menggantikan wahyu,kejahilan moden sering menjadi ikutan dan kedangkalan akal dalam menuntut ilmu berleluasa. kesannya runtuhlah suatu peradaban yang dibina.apa yang berlaku hari ini dipanggil kitaran kewangsaan seperti yang diutarakan oleh Ssu Ma Chien.

Rosmalina said...

rosmalina from kosmo here. =)

johnsoncn005 said...

Kegagalan manusia untuk mengimplikasikan nilai-nilai murni, sama ada diwahyukan ataupun dibuat oleh manusia, telah membuktikan bahawa manusia adalah tidak sempurna, dan memerlukan keesaan Tuhan untuk disempurnakan. Hanya kepercayaan dalam Tuhan yang sejati dapat memudarkan kejahilan hati manusia dan dikembalikan imej Tuhan yang asalnya diletakkan oleh Tuhan dalam kita.

Inilah persoalan saya kepada Saudara Afandy dan pembaca-pembaca blog ini. Apakah tahap perhubungan antara kamu dengan Tuhan (tidak kira apa agama yang dianuti, Tuhan hanya satu sahaja)? Adakah kepercayaan kamu kepada Tuhan membolehkan kamu menjauhi kejahilan dan memeluki kebaikan? Adakah cinta kamu kepada Tuhan begitu kuat, sehinggakan Syaitan tidak dapat mempengaruhi kamu?

Anonymous said...

sebenarnya dalam konsep ketuhanan, diakui bahawa tuhan itu banyak tetapi dalam Islam kami menerima bahawa tuhan yang berhak disembah ialah Allah yang satu. Hal ini kerana setiap sistem kepercayaan yang wujud didunia ini mempunyai tuhan masing-masing. di dalam ISlam kami menolak tuhan yang diberikan sifat kemanusiaan, haiwan, tumbuhan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kejadian alam. tuhan dalam Islam adalah Allah yang melampaui segala sifat kejadian yang diketahui oleh manusia kerana Allah itu tidak boleh digambarkan oleh penglihatan mata, pendengaran dan pemikiran.
Bagi golongan yang beriman, kami tidak mempunyai jaminan supaya tidak digoda oleh syaitan sebab itu janji syaitan kepada Allah untuk sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran. mereka yang beriman dengan Allah sahaja akan sentiasa diuji termasuklah godaan syaitan. jika mereka ini dapat menahan diri daripada godaan, nescaya Allah akan memberi ganjaran pahala. manakala mereka yang tidak beriman kepada Allah tidak digoda langsung oleh syaitan. kami orang Islam yang bukan maksum memang akan sentiasa digoda. Hanya para nabi dan rasul sahaja yang mempunyai sifat maksum dan syaitan tidak mampu menggoda mereka kerana dipelihara oleh Allah. adalah benar jika seseorang manusia itu jika berpegang kepada wahyu Allah akan sentiasa cuba mengelakkan diri daripada melakukan keburukan tetapi ini bergantung kepada diri seseorang. manakala seseorang itu tidak boleh menilai sendiri keimanan yang ada pada diri orang lain termasuklah dirinya melainkan perkara itu diserahkan kepada pengetahuan Allah SWT yang MAha Mengetahui tahap keimanan seseorang. yang penting bagi kami adalah untuk sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang beriman dan mendapat redha dari Allah.

johnsoncn005 said...

Kepada saudara anonymous yang terbaru komennya disertakan. Pertama sekali, terima kasih kerana memberi perhatian kepada penyertaan komen saya yang terbaru. Saya amat menghargai kesudian saudara untuk membaca komen saya yang panjang lebar.

Berkenaan dengan penyertaan komen saudara, saya amat bersyukur kerana saudara dengan jujur dan ikhlasnya, membalas komen saya. Maka, izinkan saya di sini menyampaikan apa yang terkandung di dalam hati saya, berkenaan dengan apa yang saudara utarakan.

Bagi saya, kerohanian merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Bagi saya, Tuhan cuma satu sahaja, dan konsep keagamaan adalah suatu halangan bagi perhubungan Tuhan-manusia untuk terus terjalin. Itulah sebab saya jarang gunakan istilah keagamaan dalam hujahan saya berkenaan dengan isu keagamaan. Namun, oleh sebab kepercayaan dalam Yesus Kristus, saya pun mengakui saya sebagai pengikut Kristus (Follower of Christ). Akan tetapi saya jarang melihat saya sendiri sebagai penganut agama Kristian, kerana kepercayaan saya berada di atas Tuhan yang Maha Esa, bukannya agama Kristian yang kita tahui sekarang.

Saya berpendapat bahawa sifat sebenar manusia adalah jahil, selepas Kejatuhan Adam dan Hawa, yang memilih cara hidup yang membelakangi Tuhan. Sejak pada masa itu, adalah sukar bagi kita menangani apa yang telah berlaku di dunia kita, dengan apa jua cara yang kita gunakan yang berdasarkan idea dan kreativiti manusia (seperti undang-undang dan pengajaran pendidikan moral serta pendidikan sivik).

Sebelum saya teruskan hujahan saya, apakah sebab saya membincangkan isu kerohanian manusia, padahal Saudara Afandy menulis tentang harga diri manusia? Adakah itu tidak relevan dengan apa yang kita ingin bincangkan?

Sila izinkan saya berhujah falsafah terlebih dahulu. Apakah sebabnya keruntuhan akhlas moral di kalangan masyarakat kita? Adakah itu isu kebendaan? Ataupun isu tahap pendidikan? Bukan, pada pendapat saya, sifat manusia yang jahil itu menyebabkan kesemua masalah-masalah yang wujud pada hari ini. Ketamakan, kecemburuan, ketidakpuasan dengan apa yang ada, ketidaksyukuran... Kesemua itu sifat manusia yang jahil. Walaupun manusia dapat melakukan kebaikan, tetapi kecenderungan manusia untuk terjerumus dalam kejahilan itu adalah lebih tinggi. Bah kata pepatah Cina, "Anda perlukan tiga tahun untuk belajar budi, tetapi hanya perlukan tiga hari untuk belajar kejahatan." (学好三年,学坏三天)

Sifat ini berkenaan dengan isu kerohanian, iaitu aspek perhubungan dengan Pencipta kita. Tuhan adalah segala definisi bagi kebaikan (God is the entire definition of good), dan adalah masuk akal bagi mengimplimentasikan apa yang Tuhan ajarkan kepada umat manusia. Dalam kes saya, saya percaya bahawa Kitab Bible merupakan kata-kata yang diwahyukan kepada umat manusia, melalui nabi-nabi Israel, Yesus Kristus dan rasul-rasul Kristus selama beberapa ribu tahun.

Ingat atau tidak persoalan saya, bahawa "Apakah tahap perhubungan antara kamu dengan Tuhan?" dan saya tanyakan soalan itu tanpa merujuk kepada sebarang agama? Manusia hanya dapat mengenang harga diri, apabila terjalinnya perhubungan dengan Tuhan, kerana Tuhan adalah Pihak yang meletakkan harga itu di dalam diri setiap manusia.

Bayangkan seorang lelaki yang cintakan kekasih perempuannya... Jika cintanya kepada kekasih itu adalah cukup dalam, maka lelaki itu akan mengelakkan segala yang menyinggung perasaan perempuan itu. Begitu juga perhubungan manusia dengan Tuhan yang sepatutnya, bagaikan kekasih. Jika cinta kita kepada Tuhan cukup dalam, maka kita akan mengelakkan diri daripada segala dosa yang dibenci oleh Tuhan, kan?

Kesimpulan saya adalah, masalah keruntuhan akhlak manusia sebenarnya berpunca daripada masalah kerohanian yang berhubung dengan pengenalan terhadap Tuhan. Tanpa mengenali Tuhan yang sebenar, manusia tidak mungkin dapat mengetahui harga diri yang sebenar. Bagi saya, adalah cukup penting bagi kita mengenali Tuhan sebelum kita menangani masalah manusia sejagat. Maka dengan itulah, izinkan saya sekali lagi untuk mencabar setiap pembaca blog ini, untuk memikirkan tahap manakah sebenarnya perhubungan kalian dengan Tuhan.

Sekian, terima kasih.

**Saya bukannya seorang penganut yang serius, saya cuma cintakan Yesus. (I am not religious, I just love Jesus.)

Anonymous said...

Hi Afandy,

Do you mind to explain the actions that are being taken by MPP to help the students with the ban on cars and motorcylces in campus..

Help meaning to lessen the burden of the students in moving around the campus.

Best if you can post some explainantion regarding the Vehicle Ban in campus.

Rgrds,
ChowKV

Anonymous said...

Hi Brother John,

Agree with your call that we really need to understand the characteristic of God. It's really good to see person that is committed in seeking for the reason of life in this temporary world. Bravo my friend, for having such a good heart & intention.

Answering to your call, i wish to share with you on the attributes of God:
1. Existence: God exists and that there is no doubt in His Existence. He exists without a place. Time does not lapse on God.
2. Oneness: God is One without any partners. He is One in His Self, His Attributes, and His Actions.
3. Eternity: God is Eternal; there is no beginning to His Existence. He has existed since before the creation. (Gen 1:1)
4. Everlastingness: God is Everlasting; His existence does not come to an end. He does not perish.
5. Non-neediness of others: God does not need any of His creations and they are all in need of Him.
6. Power: God has Power over everything. (God is Almighthy, ofcourse..)
7. Will: Everything that occurs in this world is by the Will of God.
8. Knowledge: God knows about all things before they occur. God knows what happened, what is currently happening and what is going to happen in the future.
9. Hearing: God hears all what is hearable, without an ear or any other organ.
10. Sight: God sees all what is seeable, without a pupil or any other organ.
11. Life: God is alive without a soul, skin, or heart. His Life is not similar to ours. He is alive and does not die.
12. Speech: God's Speech is without a tongue or lip. His Speech is not in a language, English or anything else. His Speech does not resemble the speech of the humans.
13. Non-resemblance to the creations: God does not resemble His creations. (God is perfect, His creations aren't. Resembling His creations is a sign of weakness and that is definetely not the attribute of Almighty God)

Hope this helps. If you have further query, msn me at kimvui04@hotmail.com.

Cheers!
kimvui

Anonymous said...

kepada Johnson Lim.
sebenarnya saya tidak dapat berhujah panjang dalam keadaan yang amat terbatas ni. tetapi untuk mendapatkan kepuasan nanti saya akan cadangkan beberapa bacaan yang sesuai tentang konsep hubungan manusia dengan tuhan. tetapi bacaan yang akan saya cadangkan nanti lebih berbentuk konsep keagamaan dan ketuhanan dalam Islam. di sini antara buku permulaan yang saya cadangkan, Tajuk: Apakah erti saya menganut Islam, penulis: fathi yakan, penerbit: Dewan Pustaka Fajar. tetapi secara ringkasnya dalam kita berhubung dengan Allah, kami disuruh melakukan ibadat dengan perasaan kerohanian yang tinggi dimana dalam ibadat ini kami meletakkan kerendahan diri kami sebagai makhluk Allah. perasaan kerohanian ini akan semakin kuat jika kami betul2 menumpukan ibadat kami untuk yakin kepada Allah.

Anonymous said...

SALAM..
NICE BLOG ABG..NWAY PASNI KENE BUAT SHOUT BOX LA..
BRU ORG BAGI KOMEN..
TPI KENE TAHAN LA CKIT..NNTI ORG BGI KRITIKAN XPUN KUTUKAN...BIASA JE KAN...

LOKASI PENGUNJUNG

AKU BUKAN MUSUH HARTA

AKU BUKAN MUSUH HARTA
DARIPADA DR ASRI ZAINAL ABIDIN

SETUJUKAH ANDA UNTUK RESTORAN ATAU KAFE BERFRANCAIS DIWUJUDKAN DI DALAM UNIVERSTI? (jika boleh apa2 jawapan anda sila beri komen di blog ini.)

Rukun Negara yang ke-2 "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Karpal Singh telah menghina Sultan? Bagaimana status Karpal Singh sebagai warganegara? Kewarganegaraan dilucutkan?

SETUJUKAH ANDA HARGA MINYAK DINAIKAN BUAT MASA INI?

PERINGATAN PENTING!

Salam kepada semua pembaca blog ini, saya memohon agar kita dapat menjaga keperibadian akhlak kita di dalam blog ini dengan tidak menggunakan perkataan yang kesat, perkataan yang berbaur fitnah dan perataan yang tidak sopan,

saya memohon agar kita semua dapat menjaga ketertiban kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat yang konstraktif(membina) daripada pihak pembaca semua.

Segala kerjasama daripada pihak pembaca dan pemberi komen saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

WAKTU

Bilangan Pengunjung sejak April 2008

INFO TERKINI

INFO TERKINI
Kita mahasiswa berharap agar pihak universiti seluruh Malaysia betul-betul memantau segala harga makanan di seluruh kafeteria universiti di Malaysia bagi menjamin tidak berlaku penindasan kepada golongan mahasiswa.

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008
Enam resolusi tersebut telah menyentuh mengenai isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kebajikan mahasiswa, pengaksesan teknologi maklumat, dan juga sentiviti agama.

MASALAH AIR UM

MASALAH AIR UM
ALHAMDULILLAH DAPAT PERHATIAN

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

INFORMASi

Aktiviti MPMUM sepanjang sesi 2006/07 dan 2007/08

(Exco siswi)
1. Bersama BPOP membentuk tribunal anti sexual harassment
2. Membantu pelajar dalam kes seksual harassment
3. Menyelaras Perkampungan Hadhari
4. Pengarah SHE workshop
5. Membawa masalah ke peringkat

Perpustakaan Pergigian:
a) Bilangan buku yang boleh dipinjam ditambah dariapada asalnya 1 buah
Buku ditambah menjadi 2, dan tempoh pinjam maksimum dipanjangkan.
b) Perkhidmatan fotostat percuma di perpustakaan untuk tujuan ilmiah
c) Bilangan buku baru ditambah, buku-buku akan diperoleh sekurang-kurangnya 2 buah untuk mengurangkan kekurangan buku untuk dipinjam
d) Pelajar dibenarkan untuk ‘browse’ didalam kawasan buku teras akademik
e) Buku-buku perpustakaan yang hilang akan diganti

Kemudahan Am Pelajar serta Pesakit:
f) Bilangan ‘water cooler’ ditambah daripada 2 kepada 6
g) Kemudahan menggunakkan telefon fakulti untuk menelefon kepada telefon bimbit untuk tujuan memanggil pesakit
h) Tempat menunggu sekarang dilengkapi dengan penghawa dingin
i) Sistem audio di makmal untuk keselesaan pelajar mendengar lagu sambil membuat kerja

Penjadualan waktu:
a) Permohonan untuk memadatkan peperiksaan 2.1 agar para pelajar
dapat balik kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina

Asia Pacific Dental Student Association (APDSA):
j) Hak penganjuran Kongress APDSA 2009 yang bajetnya bernilai hampir sejuta Ringgit berjaya dirangkul oleh UM. APDSA ini dianggotai oleh pelajar-pelajar pergigian rantau Asia Pasifik, diantaranya adalah Jepun, Korea, Taiwan dan lain-lain. Yakni nama UM akan tersohor di persada antarabangsa.

1. Membantu pelajar mendapat bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kaki
2. Bersama penyelaras untuk membuka kursus-kursus semester khas supaya pelajar-pelajar Ekologi dan Biodiversiti tahun akhir mampu menamatkan pengajian
3. Memohon kepada NC untuk pembukaan waktu perpustakaan utama dilanjutkan kepada 24 jam (sedang dilaksanakan dalam UMISISWEB)
4. Penaik tarafan kemudahan pelajar istimewa terutamanya bilik Seri Jati
5. Membantu menyelesaikan masalah kes khas PTPTN

Kejayaan secara keseluruhan

-Forum Intelek Mahasiswa
-Program Maulidur Rasul
-Memperjuangkan tiket kapal terbang MAS mempunyai harga pelajar
-Memperjuangkan kebajikan pelajar OKU di seluruh IPTA
-Isu bas dalam peringkat terakhir perbincangan
-Pembinaan gazebo berbumbung
-Membantu mangsa banjir di Johor
-Membantu pelajar-pelajar antarabangsa menyesuaikan diri di negara kita
-Membantu pelajar-pelajar anak yatim mendapatkan bantuan kewangan dari tabung kebajikan MPMUM
-Membantu pelajar-pelajar yang kehilangan motor dan kenderaan dengan memberi bantuan kewangan MPMUM
-Kutipan derma untuk pelajar-pelajar mangsa kebakaran, bencana alam dan juga kemalangan
-Berjaya mengesan pergerakan agen penipuan rumah dan juga penipuan wang.
-Membantu pelajar menyelesaikan masalah urusan projek di peringkat HEP dan juga peringkat KPT
-Menyelaras dan menganjurkan FESKUM
______________________________________________
ASPIRASI MAHASISWA 2007/08 TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN ISU-ISU DI BAWAH :

-ISU AIR – TELAH DIBINCANGKAN DIPERINGKAT KEMENTERIAN (KPTM). SYABAS TELAH MEMBEKALKAN TANGKI UNTUK PLAN JANGKA PENDEK KE SEMUA LOKASI KOLEJ BERMASALAH.
-WIRELESS – SATU SISTEM WIRELESS (DARIPADA USA) TELAH DIKAJI UNTUK DIGUNAKAN OLEH UM HASIL PERBINCANGAN DAN GESAAN MPMUM KEPADA NC.
-KESELAMATAN – BANYAK KES KECURIAN MOTOR DAN KEMALANGAN TELAH DISELESAIKAN OLEH MPMUM.
-FASILITI – HASIL PERBINCANGAN DENGAN JPPHB UM, -SATU STADIUM AKAN DIBINA DAN SIAP PADA HUJUNG 2009.
-SMART CARD – ATAS GESAAN MPMUM, PTM AKAN MEMPERKENALKAN SISTEM SMART CARD DI UM.
-OKU – ISU INI TELAH DIBINCANGKAN DI PERINGKAT PARLIMEN DAN UM MENDAPAT PERUNTUKAN RM760 JUTA BAGI KEMUDAHAN OKU DI UM.
-LAIN-LAIN – PEMUSATAN FASILITI KE KPS SEPERTI KLINIK KESIHATAN DLL.
ASPIRASI MAHASISWA UM

“UM IS ONE”MPMUM SESI 2007/2008

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08
Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM)

KITA MESTI JADI BANGSA YANG DIRUJUK

Saya masih teringat kepada Forum Intelek yang di anjurkan oleh Exco Akedemik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Mahasiswa UM sesi 2007/08. Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM). Jika kita meneliti sejarah, sejarah ibarat “mahaguru” yang paling bermakna dan berkesan sebagai menjadi cermin untuk kita mengenal, mengukur, memahami, menyedari, mengetahui, mencorak, dan mengambil sebagai iktibar, bukan sahaja pada diri bahkan pada kelompok masyarakat dan juga negara. Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa dalam meniti arus dunia yang sentiasa bergerak pantas yang sering kita sebut dengan perkataan “globalisasi”.


Menyentuh perkara ini, benarlah apa yang pernah diucapkan oleh bapa sejarah dunia, Herodotus dengan kata-kata keramatnya, iaitu "phanta rei khei uden menei", yang membawa maksud “dunia ini sentiasa mengalir” (dunia sentiasa berubah). Dapat kita fahami di sini ialah satu keadaan yang mana jarak pada suatu ketika dahulu jauh, kini menjadi dekat, masa yang terlalu lama atau panjang ketika hendak ke sesuatu destinasi, kini menjadi singkat dengan adanya kenderaan moden dan canggih seperti pesawat, dan macam-macam lagi perubahan yang sedang dialami oleh dunia hari ini.


Dahulu, mengikut teori Darwin yang terkenal dengan teori evolusinya, iaitu siapa yang kuat, dialah yang menjadi pemenangnya, tapi kini banyak teori yang menjadi pencetus kepada perubahan arus dunia, antaranya teori Edward De Bono. Teori menjadi tempat dalam menentukan corak arus globalisasi. Teorinya yang berteraskan pemikiran lateral (Lateral Thinking)iaitu, yang bertunjangkan pemikiran yang kreatif dan kritis menyumbang kearah kemajuan dalam sesebuah ketamadunan masyarakat. Saya menyentuh isu ini kerana di mana kesedaran kita sebagai warganegara Malaysia yang mendakwa sebagai rakyat kepada negara ini? Tetapi membuat acuh tak acuh tentang isu-isu semasa yang melibatkan negara kita dengan negara lain, yang mana isu-isu tersebut memberi impak yang besar kepada negara. Contohnya, isu batu putih yang melibatkan negara Singapura dengan negara Malaysia. Walaupun isu ini sudah lama diperdebatkan, berapa ramai diantara kita mahasiswa yang mengetahui perkara ini? Bagi mereka yang mengambil tahu perkara ini, sudah tentu akan menyedari bahawa isu ini berkaitan dengan maruah dan jati diri sesebuah negara.


Sepatutnya dengan informasi seperti ini sepatutnya akan memberikan satu suntikan kesedaran kepada kita bahawa kita akan dipijak dan diinjak oleh negara lain jika kita masih lalai dan berada di takuk yang lama. Jika kita masih lagi menjadi bangsa yang tidak menjadikan ilmu sebagai teras utama, kita akan mengalami satu zaman yang boleh saya katakan sebagai satu zaman gelap yang mana mungkin lebih teruk daripada zaman gelap yang berlaku di Eropah.


Jika di Eropah, zaman gelapnya hampir 1000 tahun berdasarkan penyelewengan yang dibuat oleh gereja, yang mana golongan gereja menyekat perubahan yang dibawa oleh golongan cendikiawan pada masa itu untuk membangunkan negara, yang mana kebanyakan mereka dibunuh, tetapi zaman gelap yang saya maksudkan di sini ialah masyarakat kita akan menjadi satu bangsa yang hanya mengikut rentak negara yang kuat semata-mata, bak kata orang ”kalau suruh lompat, dia lompat, suruh diam, dia diam dan suruh mati, dia bunuh diri.” inilah bangsa yang mindanya kelas keempat, bahkan mungking lebih teruk lagi!

Bangsa seperti inilah yang kita tidak mahu berlaku pada masa akan datang, yang mana jati diri, dan semangat untuk membela agama, bangsa dan negara luntur dalam diri warganegara Malaysia. Terpanggil saya untuk menyatakan semua ini adalah kerana sedih melihat masyarakat pada hari ini yang tidak peka dengan isu-isu semasa yang boleh menggugat jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidakkah kita sedar apa yang akan terjadi pada negara yang kita akui sebagai negara yang kita sayangi ini jika negara kita menjadi porak-peranda disebabkan timbulnya konflik antara kita dengan dunia luar disebabkan kelemahan kita sendiri?


Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang ini dengan terus berusaha tanpa jemu dan alpa dengan kemewahan yang ada pada negara kita. Sebagai mahasiswa, kita kena menyedari bahawa kita mesti mencapai sebuah negara yang maju agar jati diri setiap warganegara Malaysia terus terpelihara dan dihormati oleh semua negara di seluruh dunia. Maksud saya maju dan bagus dalam akhlak dan pembangunan kebendaan iaitu duniawi dan ukhrawi. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi WAWASAN 2020 di mana tinggal 12 tahun saja dari sekarang yang mana wawasan ini merupakan satu agenda kita untuk menjadi sebuah bangsa yang maju dan berjaya setanding dengan negara barat dan Eropah? Adakah kita rela pada tanggal 31 Disember 2019, di mana Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu mengumumkan bahawa kita telah gagal menjadi sebuah negara maju yang kita inginkan menjelang 1 Januari 2020?


Apakah perasaan kita semua pada ketika itu? Adakah pada ketika itu kita mahu saling salah-menyalahkan, tuduh-menuduh antara kita atas kesalahan kita sendiri kerana gagal mencapai misi wawasan kita?


Sedarlah wahai semua mahasiswa! Jarak masa untuk menuju wawasan 2020 yang kita tunggu-tunggu ialah tinggal 12 tahun sahaja lagi, 12 tahun sahaja lagi. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadikan wawasan itu menjadi satu realiti. Apa yang penting sekarang ini ialah kita mesti menjadi bangsa kita sebagai suatu bangsa Malaysia yang dikenali, suatu bangsa Malaysia yang dikagumi, dan suatu bangsa Malaysia yang dihormati oleh seluruh dunia.


Tidak lain, tak bukan ialah kita mesti menjadi suatu ”bangsa yang dirujuk" atau atau refered sosiety”. Apabila kita menjadi bangsa yang dirujuk, kita akan menjadi satu bangsa yang dipandang mulia dan dihormati. Misalnya, lihat sahaja Tamadun Islam yang Menguasai dunia hampir 700 tahun sudah memadai untuk kita sedari betapa pentingnya untuk menjadi negara bangsa yang dirujuk. Tamadun-tamadun dunia yang lain pun mengiktirafnya.

Pada ketika mana tamadun Islam pernah menjadi peneraju kepada halatuju dunia, tamadun ini menjadi tumpuan dalam segala aspek kehidupan. Katakan kepada saya bidang apakah yang tidak mereka ketahui? semuanya mereka tahu! Masyarakat yang hidup dalam tamadun ini bukan sahaja menghafaz Al-Quran dan hadith, bahkan mereka turut menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang mana hasil ilmuan mereka diguanapakai lebih ratusan tahun lamanya. Bidang-bidang ilmuan ini termasuklah bidang perubatan, ekonomi, kimia, biologi, fizik, astronomi, matematik, dan berbagai-bagai lagi yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana terlalu banyak.

Antara tokoh ilmuan yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Selain itu, Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents. Dalam bidang perubatan pula, siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat, yang mana merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.


Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Bagi bidang kimia pula Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Sumbangan terbesar beliau adalah beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang kimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia.


Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.


Masyarakat seperti inilah yang kita inginkan untuk mewarnai negara kita, agar negara kita dapat menjadi sebuah negara yang menjadi tumpuan atau kiblat kepada negara-negara yang lain. Siapa yang sepatutnya menjadi pencetus kepada semua ini? Adakah kita ingin mengharapkan ada orang dari negara lain yang menjadi penggerak kepada usaha ini?


Juteru, saya menyeru kepada semua mahasiswa, agar kita semua bekerjasama dan berganding bahu bagi merialisasikan agenda untuk memartabatkan negara yang kita sayangi ini, dan seterusnya membawa bangsa dan maruah negara ini agar suatu hari nanti kita mampu menjadi sebuah negara yang dirujuk oleh semua bangsa di dunia ini. Demi perjuangan kita yang masih belum selesai, marilah kita sama-sama berusaha tanpa jemu dan tidak lupa juga untuk berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa agar cita-cita dan apa yang kita inginkan akan tercapai. Insaya-Allah.

ISI KANDUNGAN RESOLUSI MPPK 2008 KEPADA TPM


DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



Muka Surat
Maklumat Penting 1

Penyerahan Dokumen dan YDP-YDP MPP Malaysia 2

Latar Belakang 7

Isu dan Resolusi 8

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL
(PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3%
KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA
PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar
pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan
menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak
berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama)
kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga
memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah
Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN
HARGA BARANG 9

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan
polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500
bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan
kenaikan harga barang.

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI
KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN. 10
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan
masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada
pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2),
16B(3), 16C DAN 51(1) AUKU 1971 11

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak
Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah
bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang
semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi
mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal
insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian
ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia
sebelum 1hb Julai 2008.

ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA
BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR 12

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah
mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran
secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia
semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009.
Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab
pada 13hb Julai 2008.

ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN
HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN
KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA
KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA
DI LUAR. 13

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan/barang di kampus.

ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN
TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR
BANDAR. 14

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar Pelajar yang Tinggal di luar kampus dapat diberikan perkhidmatan broadband
dengan harga yang berpatutan.
ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. 15 Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS diMalaysia.

Syor 16













DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


LATAR BELAKANG

Mesyuarat YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 terdiri daripada semua YDP di universiti awam dan swasta di negara ini. Perlantikan YDP ini dijalankan melalui sistem pilihan raya kampus. YDP telah dilantik atas dasar kepercayaan Pihak Universiti untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Universiti yang termaktub dalam AUKU 1971 perkara 52 (10) tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh Malaysia seperti berikut :

(10)(a) Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar universiti.
(10)(b) Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan-kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan bekalan makanan dan minuman;
(10)(c) Untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar Universiti;
(10)(d) Untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pelajar universiti; dan
(10)(e) untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Selain itu, MPP yang di wakili oleh YDP untuk membuat representasi dan juga merupakan penyalur maklumat atau informasi kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang berkaitan dengan permasalahan pelajar atau kebajikan pelajar disamping membantu Kementerian Pengajian Tinggi melaksanankan polisi-polisi tertentu yang berkaitan dengan pelajar.

YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 juga yakin dan percaya pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius segala isu yang dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 demi meningkatkan kebajikan dan kualiti pembelajaran di Universiti untuk menghasilkan mahasiswa yang berfikiran kelas pertama.

DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3% KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama) kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

FALSAFAH

Mesyuarat YDP-YDP Malaysia sesi 2007/2008 mewakili seluruh pelajar Institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana telah menjadi badan yang membantu pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan pinjaman yang telah diberikan.

Walaubagaimanapun, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia merasakan PTPTN telah menetapkan kadar faedah yang tinggi iaitu 3 % yang sewajarnya difikirkan semula kerana ia telah menimbulkan isu yang lain.


RASIONAL

Kadar faedah yang agak tinggi yang telah ditetapkan oleh PTPTN menjadi persoalan dan pertanyaan adakah kadar faedah tersebut tergolong dalam riba atau tidak. Hal ini menjadi persoalan kerana jumlah tersebut terlalu tinggi untuk pelajar membayar balik.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500 bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan kenaikan harga barang.

FALSAFAH

Kenaikan harga barang umum, secara tidak lansung telah menyebabkan pelajar turut menerima impaks di atas kenaikan tersebut. Taraf hidup yang semakin tinggi dan tidak diseimbangkan dengan jumlah pinjaman daripada PTPTN telah membebankan pelajar dari segi kewangan terutama pelajar yang belajar di kawasan bandar utama.

RASIONAL

Jumlah pinjaman yang tidak berubah dengan harga barang dan minyak yang naik sejak kebelakangan ini menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan. Pinjaman PTPTN hendaklah diselaraskan dengan kenaikan harga barang pada masa kini.












DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

FALSAFAH

Pusat PTPTN yang hanya terletak di semenanjung Malaysia telah menyukarkan interaksi dan pengurusan yang berkaitan dengan PTPTN terutama untuk negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini telah menjadi masalah kepada pelajar kerana terpaksa menunggu proses pengurusan kelulusan pinjaman yang lama disamping kekurangan maklumat atau tenaga yang mahir mengenai PTPTN untuk membantu masalah pelajar yang berkaitan.

RASIONAL

PTPTN yang hanya berpusatkan di Semenanjung Malaysia dan tidak mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pelajar Sabah dan Sarawak mengalami masalah pengurusan untuk urusan pinjaman. Hal ini telah melambatkan proses pinjaman dan pendaftaran pelajar.










DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2), 16B(3), 16C
DAN 51(1) AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008.

FALSAFAH

AUKU hanya perlu disemak semula dan diberi nafas baru dari segi, isi kandungan, falsafah, dan realiti kewujudannya agar ia lebih relevan, segar dan bersifat global memandangkan visi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melonjakkan istitusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

RASIONAL

Mengimbas pelaksanaan AUKU sejak 37 tahun lalu, AUKU mempunyai banyak kekangan dan halangan disamping sekatan yang ada dalam AUKU yang hanya releven pada zaman 80-an dan 90-an dan perlu dipinda untuk menambahbaik kerana kepesatan dunia teknologi tanpa sempadan kini memaksa untuk bersaing di gelanggang sendiri. Kekangan dan halangan ini telah membantutkan pembentukan modal insan.

Melihat segala bentuk kekangan, halangan dan sekatan yang ada di dalam AUKU, menjadikan ia semakin ketinggalan zaman ketika mahasiswa hari ini sudah jauh ke hadapan dengan kecanggihan, fleksibel dan perubahan yang begitu cepat terhadap teknologi pendidikan.

Oleh yang demikian, beberapa seksyen perlu di perhalusi agar ia seiring dengan peredaran masa.
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIASESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009. Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab pada 13hb Julai 2008.

FALSAFAH

Dalam perspektif pemerkasaan modal insan melalui aktiviti sosial seperti penyertaan Universiti dalam program sukarela dan khidmat masyarakat mampu di jadikan agenda utama dalam memperkukuhkan budaya berbudi, bertoleransi dan penyayang untuk pembangunan modal insan sebagi gerakan strategik untuk mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat.

RASIONAL

Apabila memperkatakan tentang fungsi dan peranan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 terhadap masyarakat di negara kita mahupun dunia, maka ia menuntut kepada satu pendekatan yang lebih kreatif , inovatif dan holistik. Tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 bukan setakat memastikan kelansungan dalam membina kecemerlangan bahkan juga hendaklah sentiasa meningkatkan tanggungjawab sosial yang mampu melahirkan komuniti yang mempunyai hati dan jiwa yang luhur membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA DI LUAR.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan / barang di kampus.

FALSAFAH

Kenaikan harga minyak dan barang telah menyebabkan banyak vendor makanan dan barangan runcit dalam kampus menaikkan harga makanan tanpa kawalan. Memburukkan lagi keadaan apabila tiada garis panduan tentang harga makanan yang ditetapkan oleh kerajaan mahupun universiti dalam menangani isu ini.


RASIONAL

Kebanyakkan vendor di dalam kampus telah mengambil kesempatan ke atas kenaikan harga barang dan minyak untuk menaikkan harga makanan. Peluang ini telah diambil oleh vendor sebaik mungkin sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa membayar harga makanan yang tinggi dengan kuantiti yang sama banyak dengan harga asal. Namun demikian, harga makanan pula tidak dinaikkan begitu tinggi di kafeteria luar kampus berbanding di dalam kampus.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR BANDAR. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon kemudahan broadband secara percuma dengan kelajuan yang tinggi di semua IPTA. FALSAFAH Teknologi maklumat semakin penting terutama pada zaman dunia tanpa sempadan ini. Segala maklumat perlu dikuasai dihujung jari agar tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kemudahan teknologi perlu diterokai untuk mengakses maklumat terkini dan mengetahui perkembangan dunia luar tanpa sempadan. RASIONAL Kekurangan kemudahan internet telah menjadi penghalang kemaraan pelajar untuk mencapai dan menyumbang ke arah universiti bertaraf dunia. Cabaran ini perlu ditempuhi untuk memastikan hasrat kerajaan mencapai wawasan 2020 dan kemajuan dari segi teknologi.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian (surat) terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS di Malaysia. FALSAFAH

Agama Islam telah dijadikan mainan politik pemimpin barat. Akibat perasaan iri hati dengan komitmen umat islam terhadap ajaran Islam serta sikap prejudis golongan orientalis barat yang gagal berdepan secara ilmiah dalam mencari kebenaran, maka mereka telah bertindak mempersendakan agama islam seperti yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders melalui penerbitan filem Fitna.

RASIONAL

Memang sudah menjadi dasar golongan anti-Islam untuk terus berusaha dengan pelbagai cara melabelkan Islam sebagai agama keganasan. Dalam memperkatakan soal ini, peranan golongan orientalis cukup jelas. Berikutan itu, umat Islam perlu tegas. Suatu keputusan yang lebih rasional perlu dilakukan bukan sekadar untuk mengajar bahkan memberi kefahaman kepada setiap golongan anti-Islam.









DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



SYOR

Diharapkan agar kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dapat memberi maklum balas sebelum 1 Julai 2008 kepada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 kerana isu ini akan di bawa ke mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia untuk dibentangkan kepada seluruh pelajar IPTA. Keprihatinan dan kerjasama daripada kerajaan dalam menangani isu kebajikan pelajar kami dahului dengan ucapan terima kasih.

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

Cermin Diri Kita...


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepadakesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


WAKTU DUNIA