Sunday, July 11, 2010

"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam"(Anak Yahudi!)

Post Source: www.saifulislam.com

"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam"(Anak Yahudi!)

Post yg sy ambil dr blog ustaz hasrizal...

“Kau dah siap ke? Jom la ke kelas”Saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas. Sebaik sahajakami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.Pagi itu,Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TVPendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuahnursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringisebuah piano, menyanyikan lagu berikut:


"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam…"

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanaksemuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.




Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalamingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkandi mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan nasyid mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwaitu berlaku (1996).Sesungguhnya gambar-gambar di atas adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar 'mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpalmereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi inimengucapkan ’salam’ kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin.Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan dikawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kitasetuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.


Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arabdan Islam!Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.


Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.


Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?


Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.


Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.


Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Cheras, 14 Ogos 2006

Post Source: www.saifulislam.com

Tuesday, June 1, 2010

Ya Allah Selamatkanlah Konvoi Kemanusian Ke Palestin


Ya Allah Bantulah kami..
Kepada Engkaulah kami sembah...
Kepada Engkaulah kami pohon pertolongan...

Wahai Tuhan Pemilik Sekelian Alam...
Perkenankanlah Ya Allah...

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

(sumber sajak: http://abuwafi98.wordpress.com/2009/02/10/sajak-palestin-yang-meruntun-jiwa/)

Friday, May 14, 2010

KECEWA DENGAN PEMERINTAH YANG MELULUSKAN PERJUDIAN!!!

Salam sejahtera buat semua sahabat...

Tiada perkataan yang boleh saya ungkapkan, terasa sangat kecewa apabila usul meluluskan perjudian angkara piala dunia ini diputuskan!

Walaupun teguran demi teguran diberikan kepada pihak pemerintah, namun apabila hukum Allah diletakkan /dicampakkan belakang beginilah jadinya.


Terasa hiba apa yang akan terjadi kepada ummat Islam pada generasi kini dan akan datang, gejala sosial dan kemungkaran semakin bertambah..

Ya Allah kejutkan lah pemimpin kami, kejutkanlah para ulama kami yang masih terlena dari tidur!!! kejutkan lah mereka Ya Allah agar mereka Bangkit berjuang menegakkan HukumMU agar kami semua terpelihara daripada azab-MU..

Bangkitkan juga Ya Allah kesedaran dalam hati kami semua ini agar sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian agama-MU..

Ya Allah...bantulah kami...
amin ya rabbal alamin..

Saturday, January 2, 2010

EPILOG SILAM


AKU...

Dalam mengenang kisah hidup silam...
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Wahai Tuhanku...
Perkenankan doaku...
Ameen...

Wednesday, March 18, 2009

Isu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris : Ambil peluang , bukan sia-siakan.

Salam sejahtera....
1) Menyentuh isu ini saya amat sedih dan pilu kerana tidak tahan melihat satu bangsa yang bertelingkah dalam mencari jalan penyelesaian. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang tersendiri dalam menyurakan isu ini. Apa yang terjadi sebenarnya? Benarkah Bahasa Melayu ( Bahasa Kebangsaan) yang menjadi bahasa umat Malaysia akan hancur? Benarkah dakwaan sesetengah bahawa dengan menjalankan kaedah PPSMI ini akan menggugat bahasa dan bangsa Melayu? Benarkah dengan kaedah ini kelangsungan bangsa tidak dapat diteruskan? Benarkah ini agenda untuk mencelakakan anak bangsa? Benarkah ini semua menipu anak bangsa? Sejauh mana benarnya semuanya ini?

2) Terdetik hati saya untuk mencoretkan semua ini kerana tidak mahu bangsaku dijajah lagi. Tidak mahu bangsaku dihina lagi. Tidak mahu bangsaku layu terkulai bagaikan dipukul taufan. Bukankah sejarah telah menjadi pengajaran dan panduan buat kita semua? Sesuatu bangsa itu hebat apabila bangsa itu hebat dari segi keilmuanya. Bukankah sesuatu bangsa itu hebat apabila bangsa itu mampu melahirkan ramai para cendekiawan terbilang? Bukankah sesuatu bangsa itu hebat jika bangsa itu mampu menjadi ikutan oleh bangsa-bangsa yang lain? Bukankah sesuatu bangsa itu hebat apabila mampu menjadi pencipta dan pengeluar selain daripada pengguna? Hari ini berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu hakikat ini semua?

3) Saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan dengan sejarah keilmuan di dunia ini, tahukah kita zaman kegemilangan ilmu pengetahuan suatu ketika dahulu bagaimana ilmu itu berkembangan dari suatu bangsa ke suatu bangsa yang lain?

4) Ya, jika kita menelusuri sejarahnya kita akan dapati ilmu itu akan dikuasai oleh susuatu bangsa yang ahli dalam bahasa ilmu itu. Saya ingin membawa para pembaca melihat dan untuk merenung perkara ini. Suatu ketika dahulu zaman kegemilangan Islam telah berkembang dengan pelbagai disiplin Keilmuan dalam pelbagai bidang dan aspek. Pada zaman ini, lahir golongan cerdik pandai matematik, sains dan teknologi, kedoktoran, kimia, fizik, astronomi, geologi, dan bermacam-macam lagi bidang yang tak tertulis di sini. Mungkin kita pernah mendengar nama-nama tokoh ini. Antara tokoh ilmuan yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.

5) Selain itu, Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents. Dalam bidang perubatan pula, siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat, yang mana merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

6) Bagi bidang kimia pula Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Sumbangan terbesar beliau adalah beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang kimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia.

7) Semua contoh-contoh yang saya nyatakan di atas bukan untuk kita sebut dan untuk dibanggakan semata-mata tetapi untuk kita renungkan apa impaknya pada dunia selepas itu. Sejarah telah membuktikan ramai tokoh-tokoh barat dan Eropah serta serata dunia datang berbondong-bondong untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Mereka sanggup meredah lautan untuk datang ke Andalusia, Mesir, Baghdad, dan Parsi untuk mempelajari bidang-bidang ilmu tersebut. Apa yang mereka buat dan lakukan untuk mempelajari kesemua ilmu ini? Ya mereka mempelajari bahasa ilmu itu. Jika ilmu itu ditemukan oleh bangsa Arab yang menuturkan bahasa Arab, mereka yang ingin mempelajari ilmu ini akan berusaha untuk mempelajari bahasa arab sebagai bahasa ilmu ketika itu.
8) Tidak hairan golongan cendikiawan pada ketika itu boleh bertutur bukan sahaja dalam bahasa sendiri tetapi juga dalam bahasa lain kerana mereka mengetahui bahawa untuk mereka menguasai ilmu itu, mereka haruslah menguasai bahasa ilmu itu terlebih dahulu.

9) Kemudian setelah golongan cendikiawan daripada Barat dan Eropah ini telah benar-benar menguasai ilmu yang mereka pelajari daripada orang-orang Islam, mereka mula memperbaharui ilmu dengan mengubahsuai dan menambahbaik disiplin ilmu yang mereka perolehi. Seterusnya demi perasaan cinta pada bangsa dan negara mereka menterjemahkan apa yang dipelajari kedalam bahasa mereka sendiri. Lihat sahaja German di Eropah yang mana telah berlaku berjuta-juta cetakan bahan ilmiah yang mana karya-karya dalam bahasa Arab dan Parsi diterjemahkan dalam bahasa German. Akhirnya di Eropah telah muncul sebagai zaman pembaharuan yang terkenal dengan jolokan “Renaissance”.

10) Mengapa kita tidak mahu mempelajari hakikat daripada sejarah? Sejarah telah membuktikannya. Mengapa kita tidak mahu mengambil peluang daripada PPSMI ini, mengapa kita tidak mahu mengusai bahasa ilmu ini? Adakah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris kini merupakan bahasa pada zaman ini sama seperti bahasa Arab yang pernah menjadi bahasa ilmu yang terkemuka pada suatu ketika dahulu.

11) Mengapa Eropah dan Barat boleh lakukan? Adakah kerana kita ini tidak berambut putih? Adakah kerana kita ini tidak mempunyai iklim empat musim? Adakah kerana jatuhnya maruah kita jika kita mempelajari bahasa ini? Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa “Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu itu dengan beberapa darjat.” Surah Al-mujadalah ayat 11.

12) Bukahkah ilmu itu luas, jika kita orang mukmin, bukankah semua ilmu itu daripada Allah, tidak kiralah apa-apa bahasa sekalipun ilmu itu.

13) Saya juga ingin memberi pendapat bagi orang yang sering menyatakan kenapa Jepun dan Korea tak perlu belajar bahasa Inggeris tetapi boleh berjaya dan menjadi negara maju. Untuk pengetahuan semua, negara tersebut pun sekarang ini telah menyeru rakyatnya untuk belajar dan menguasai bahasa Inggeris kerana menyedari kepentingannya. Tidak rugi untuk mempelajarinya, kita pun untung kerana mengetahui bahasa orang lain.

14) Kita kena belajar daripada sejarah yang silam, sekarang ini buangkanlah politik picisan yang tidak sihat yang masih bersarang di benak kita. Kita ambil yang positif untuk perkasakan rakyat Malaysia demi mencapai suatu bangsa yang disegani bukan sahaja pada dunia Islam bahkan kepada seluruh dunia.
15) Dengan menerima hakikat bahawa bahasa ilmu kini ialah bahasa Inggeris. Untuk itu, kita cabarlah diri kita dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Insya-Allah jika kita menguasai bahasa ini, sudah tentu kita mampu untuk menambahbaik ilmu tersebut seperti mana yang pernah dilakukan oleh bangsa Eropah terhadap dunia Islam di zaman kegemilangan ilmu pada zaman silam. Kita kena sedari bahawa ilmu itu mudah difahami jika kita menguasai bahasa ilmu di mana ilmu itu lahir atau diciptakan, orang yang memahami bahasa di mana ilmu itu dilahirkan ia mudah untuk menokoktambah, memperbaiki, memperhalusi dan mendalami ilmu itu dan tidak mustahil mampu menguasai dunia.

16) Kesimpulannya, bukan bahasa Inggeris sahaja yang menjadi keutamaan, bahasa-bahasa lain seperti mandarin, perancis, bahasa Arab juga sangat penting untuk kita pelajari. Semakin tinggi penguasaan kita terhadap bahasa-bahasa ilmu ini, insya-Allah kita mampu mengangkat martabat rakyat dan negara kita ke persada dunia seiring dengan negara-negara maju yang lain.
17) Tidak terungkai bangsa kita jika kita mempelajari dan memperkasakan anak bangsa kita dengan bahasa ini, berilah mereka peluang. Orang yang kaya atau berada sudah tentu tidak ada masalah untuk menghantar anak mereka belajar ke luar negeri, maklum sajalah kebanyakan anak-anak bangsawan ini sudah tentu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah atau institusi yang beraliran Inggeris.
18) Apa salahnya penguatkuasaan PPSMI ini diteruskan kerana bukan sahaja anak-anak bangsawan berpeluang menguasai bahasa ini, bahkan anak-anak kampung, anak-anak petani, anak-anak nelayan pun dapat mempelajarinya secara lebih efektif dan menguasainya. Siapa yang untung?? Adakah orang lain?? Sudah tentu untungnya kembali kepada bangsa, negara dan diri kita sendiri.

AFANDY TANJUNG
Sayang bangsa.

Sunday, February 8, 2009

MEMANUSIAKAN MANUSIA...

Asslamualaikum dan salam sejahtera..

"Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti, agar kamu tak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu"...surah al-hujerat ayat 6.......

1) Sekali lagi kita bertemu. Alhamdulillah.

2) Sudah Hampir 2 bulan saya berada di Melaka menjalankan praktikum di sini, banyak cabaran dan dugaan. Sebagai seorang kaunselor pelatih berhadapan dengan manusia seharian mengajar saya banyak untuk mengenal manusia, dan mengajar erti sebuah kehidupan.

3) Ya..memang benar kata-kata orang ilmuan yang mana cabaran yang paling besar sekali dalam berhadapan dengan ummat akhir zaman ini ialah " cabaran dalam memanusiakan manusia".

4) Bila menyebut tentang manusia, kita semua kadang-kadang tidak sedar dan lupa bahawa cabaran yang paling besar bagi tiap-tiap orang ialah bagaimana membawa ahli masyarakat ke suatu lembah yang diterima oleh semua masyarakat, apatah lagi dari segi syaraknya.

5) Jika hari ini kita hanya memandang politik sebagai suatu makanan yang wajib untuk di makan, jika hari ini kita melihat hasad dan dengki sebagai minuman seharian, dan jika hari ini kita menjadikan fitnah sebagai pencuci mulutnya. Berubahlah!!

6) Hari ini, orang tidak menjadikan agama sebagai pegangannya, tetapi menjadikannya sebagai warisan keluarga tidak ubah seperti seorang ayah mewariskan rumahnya kepada anaknya, yang mana ibarat " retak menanti belah".

7) Hari ini, budaya dan nilai-nilai murni hanya menjadi slogan disetiap bibir orang yang mengucapkannya. Tahukah kita, ramai masyarakat kita diluar sana yang sebenarnya menunggu kita dalam menyampaikan dakwah dan ilmu tentang nilai-nilai kemanusiaan kepada ?mereka?

8) Semasa saya berjumpa dengan masyarakat dalam saya berpraktikal ini, pernah saya bertanya kepada individu muslim, terutamanya kepada remaja dan mahasiswa tentang Nabi dan sahabat-sahabatnya. Malang sekali, mereka tidak kenal siapa itu Abu Bakar yang terkenal dengan dengan sifat As-siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Affan, dan Ali bin Abi Talib. cukup menyedihkan...pilu hati saya mengetahui ini semua.

9) Tidak cukup dengan itu, kita dikejutkan lagi dengan berbagai-bagai berita seperti seks bebas dikalangan remaja, hubungan seks sesama jenis gay dan lesbian, pengkid dan macam-macam lagi yang tumbuh subur bagai cendawan di luar ini.

10) Nah, inilah masanya untuk kita yang benar-benar memahami untuk turun secara berjemaah atau berpasukan untuk turun di segenap ceruk-ceruk kota mahupun desa-desa untuk bertemu dengan manusia-manusia yang amat memerlukan siraman nurani bagi menerangi hati mereka.

11) Ya hidayah itu daripada Allah, namun kita tidak boleh berputus asa, cukup-cukuplah bersengketa di universiti yang hanya kerana politik yang saya lihat hanya satu bangsa saja yang bergaduh sesama sendiri. Bukan niat saya untuk mempecilkan sesiapa. Dalam buku yang ditulis oleh Yusof Al-Qardawi (judul bukunya "Fikh Al Awlawiliyat) dslam bahasa Melayunya " Fikh Keutamaan" ada menyatakan umat hari ini sibuk begaduh sesama sendiri sedangkan musuh sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan. Bukankah Afghanistan, Iraq, Iran dan Palestin telah menjadi contoh buat kita?

12) Hidup di luar ini penuh dengan cabaran, apatah lagi sebgai seorang kaunselor yang memang akan berhadapan dengan manusia yang datang daripada pelbagai latar belakang. Ya cabaran untuk memanusiakan manusia ini bukan mudah.

13) Saya percaya, dalam kalangan pelajar di universiti pun masih juga berlaku perkara-perkara seperti yang saya sebutkan tadi. Ya untuk memimpin, apatah lagi yang menjadi pemimpin pada skala yang besar, memang amat mencabar.

14) Dalam kita sibuk menuntut ilmu di menara gading yang kita sayangi, jangan lah kita lupa adik-adik kita, sahabat-sahabat kita, saudara-mara kita, masyarakat kita dan ummat Malaysia kita seluruhnya, mereka sedang menanti-nantikan kita dalam menjadi lilin yang memberi sedikit sinaran. Walaupun sedikit, mudah-mudahan ia dapat membantu untuk mencari jalan keluar bagi mereka yang mahukannya.

15) Kemaslahatan dalam masyarakat ini adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah segera berganding bahu, tamatkan segalah persengketaan dan kita mulakan hidup baru bagi memenuhi tuntutan Illahi, supaya hidup diberkati, insya-Allah..

Sekian sahaja daripada saya.

Semoga kita semua saling mendoakan.

Doaku agar kita semuanya berjaya di dunia dan akhirat.

Thursday, January 22, 2009

ASPIRASI KALAH??? BANGAU OH BANGAU.......

Salam semua warga um..


1) Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam ruangan ini. Aspirasi kalah? Ops... bukan aspirasi, tetapi GERAK, memang dari awal telah diduga perkara ini. Apa yang berlaku sebenarnya? Mengapa ini berlaku?

2) Sekarang ini dalam jentera aspirasi sibuk menjadi " bangau oh bangau.... bangau oh bangau...kenapa engkau kurus? maka jawab bangau pula, aku jadi kurus sebab ikan tidak mahu timbul...ikan oh ikan....kenapa tak mahu timbul? ikan pun jawab, macam mana aku tak timbul rumput panjang sangat...


3) Inilah yang berlaku dalam aspirasi sekarang ini...ops....silap bukan aspirasi tetapi PENGGERAK (mana mereka dapat nama ini ya???? mungkin dapat inspirasi daripada GERAK dibawah pimpinan saudara Mohd Nazri Yunus (mantan YDP PMIUM yang kini menjadi pengerusi GERAK.)


4) Maklumlah saya tak pernah dipanggil dalam meting pembentukkan nama baru ni..bukan saya tak mahu hadir , tetapi memang dirancang agar saya tidak hadir rasanya, maklumlah dalam meting ada yang sebut pemilihan MPM KALI NI TAK ADA KAITAN DENGAN AFANDY TANJUNG DAN ORANG-ORANGNYA...(siapa ya insan yang menyatakan ini? cukuplah...saya pun taknak tahu siapa...nanti kata fitnah pula...cukuplah sakit rasanya bila difitnah...)


5) Apa yang berlaku dalam PENGGERAK or GERAK ni, bila sampai kalah macam ni duk sibuk menyalahkan pimpinan yang lepas (pimpinan aspirasi yang akhirnya di convertkan menjadi GERAK)...
Di mana rasa malu insan-insan ini, sejak kebelakangan ini saya memerhatikan gerak langkah insan-insan ini.


6) Macam-macam info yang dengari, dalam meting GERAK tak habis-habis nak mengata orang, menyalahkan orang, dan ada pula tu yang tak cukup POINTER,,,TAK CUKUP POINTER NAK BERTANDING!!! sudah la tak cukup pointer..dan paling menyedihkan asyik sibuk nak mengatur dan mengarah orang lain. Cukup menyedihkan...


7) Saya nak bertanya,,, Di mana ORANG BESAR GERAK ketika pengumuman keputusan pilihan raya diumumkan???? Dimana??? orang-orang besar inilah yang LARI DULU sebelum keputusan diumumkan. Maklumlah dah tahu keputusan awal rasanya.


8) Kesian dengan MPM GERAK terkontang-kanting sendirian...saya dapat panggilan yang mana seorang calon yang tak tahu keputasan sebenar ditinggal pergi kerana ORANG-ORANG BESAR GERAK DAN TAHU KEPUTUSANNYA...MALU NAK TERIMA HAKIKAT KEPUTUSAN YANG BAKAL DI TAYANGKAN...segala janji manis untuk menjaga calon ini hanya tinggal kenangan....SAYA MENUMPANG SIMPATI...


9) Dalam jentera aspirasi memang terdapat puak dan yang mana nampak Islamik sedikit macam-macam suara yang timbul.... dalam aspirasi atau GERAK ni, dah pasang macam-macam andaian...YANG PALING MENGGELIKAN ADA SUARA YANG MENYATAKAN JIKA MPM DI BAWAH GERAK MENANG, PRESIDEN KOLEJ ADALAH YANG TERTINGGI, YANG MANA LEBIH TINGGI DARIPADA MPMUM...KELAKAR BILA SAYA DENGAR CERITA INI...


10) APA YANG AKAN TERJADI JIKA PERSATUAN TERTINGGI PELAJAR (MPMUM) DIBUAT SEBEGITU RUPA JIKA MPM DI BAWAH GERAK INI MENANG...? ADAKAH KERANA YANG TAK CUKUP POINTER TU RASA TERCABAR KERANA TAK CUKUP POINTER UNTUK BERTANDING MPM....???? DIMANA LETAKNYA RASA KESEDARAN INSAN INI YA...


11) Hinggakan apa yang menyedihkan ialah dalam menyuarat jentera ada yang menyatakan bahawa " MPM kali ini kita tak nak ada kaitan dengan Afandy Tanjung dan Orang-orangnya"..INGAT SAYA PUN NAK TURUT SAMA JIKA AWAL-AWAL LAGI DAH NAMPAK DI MANA PENYIMPANGANNYA??


12) Mungkin fikrah saya dan segelintir rakan perjuagan yang sama aliran dengan pemikiran saya ditentang kerana tidak menuruti kehendak mereka(SEGELINTIR aspirasi yang tak suka dari mula saya naik kerana MAKLUMLAH SAYA INI PENGERUSI BALAI ISLAM KOLEJ KEDIAMAN KETIGA).


13) Ketika kami berjuang untuk memastikan hak mahasiswa dari semua kolej dijaga, KAMI orang pertama dan segelintir rakan sealiran yang mendapat tentangan daripada orang-orang kuat aspirasi yang mana kini ada yang dah JOIN GERAK..sehinggakan saya pun dah naik fed up dengan semua orang yang bermuka-muka ini?


14) Hari ini sibuk nak mengajar, nak mempimpin dan nak mengarah orang lain, tapidiri sendiri entah ke mana.... saya melihat semuanya mengerjarkan kuasa, mengejar nama, tak segan-segan menfitnah, mengeji dan mengata orang lain.


15) HARI INI GERAK SIBUK MENJADI BANGAU..TERUTAMANYA DI KOLEJ KEDIAMAN KETIGA YANG MANA ORANG-ORANG GERAK SEDANG SIBUK MERACUN MINDA PELAJAR-PELAJAR DI KOLEJ KETIGA DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KEKALAHAN DIBAWAH PIMPINAN YANG MEREKA CATURKAN...CUKUP SEDIH....SUDAH TIDAK ADA MODAL LAIN KAH??


16) Kita sibuk bertanya "apa yang orang itu sumbangkan?" tapi pernahkan kita bertanya pada diri kita sendiri apa yang pernah kita sumbangkan pada Uni Perdana ini???


17) Sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan,,,jika dari awal lagi sudah ada niat kotor, ada agenda peribadi, ada kepentingan sendiri, kesannya akan kembali kepada kita dan juga organisasi yang kita sayangi.


18) JADIKAN INI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, INI KERANA SUDAH TENTU ADA HIKMAHNYA.....


19) APA GUNA KITA MENYALAHKAN ORANG LAIN, SEDANGKAN KITA SENDIRI TIDAK MAHU MENGAKU KESILAPAN KITA...


20) INGATLAH WAHAI RAKAN-RAKAN SEPERJUANGANKU...
HIDUP INI TAK SEMUDAH YANG KITA JANJIKAN...

21) KEPADA SAHABAT-SAHABAT PERJUANGAN YANG SETIA DI BELAKANGKU YANG BERJUANGAN DENGAN SEPENUH KEIKHLASAN DEMI MAHASISWA...TERIMA KASIH KERANA SANGGUP MENJADI BAHAN KRITIKAN HANYA KERANA ANDA BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA...INI SEMUA AMAT SAYA HARGAI..


22) SAYA PERCAYA PERJUANGAN KITA YANG BERPAKSIKAN MATLAMAT KEPADA TUHAN YANG ESA AKAN MENDAPAT RAHMAT DI SISINYA...INSYAALLAH.....
SEMOGA KITA SALING MENDOAKAN....


23) INGATLAH..
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

24) Sediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, politik kampus ini bukan titik akhir perjuangan, kita semua masih belajar...ya banyak yang kita pelajari atas semua yang berlaku ini..

25) Kepada yang memenangi pilihan raya di Uni Perdana ini, ya,, saya akui, uni perdana kita ini cukup panas bila tiba musim Pilihan Raya Kampus.(PRK) Macam-macam terjadi, dari cerita kepala babi di Masjid Akedemik Pengajian Islam (API), isu rasuah, sehinggalah isu nak pecahkan Berhala di Batu Cave, inilah adegan-adegan drama yang berlaku ketika tiba musim PRK.

26) INGATLAH, jika di sini kita sudah belajar menabur fitnah, jika di sini kita belajar untuk memecahkan UMMAH, macam mana jika anda ini berada diperingkat kepimpinan tertinggi negara jika anda semua ditakdirkan menjadi pemimpin nanti???

27) Jalankanlah amanah dengan baik dan sempurna, satukanlah mahasiswa seluruhnya...mungkin saya dan pimpinan sebelum ini tidak kesampaian untuk melakukannya, ini peluang anda semua tidak kiralah GERAK atau PRO M

28) INGATALAH juga, yang mana sesungguhnya saya dan anda semua yang memimpin ini sudah pasti menjadi orang pertama yang menerima azab Allah nanti jika kita gagal menjalankan amanah ini dengan baik..


sama-sama renungkan....

sekian wasalam...

Tuesday, December 23, 2008

RESPON KAD DISKAUN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA...


Alhamdulillah, bersua lagi dalam ruangan ini. Saya ingin sampaikan kepada Mahasiswa semua bahawa Kad Diskaun yang pernah diperjuangkan oleh MPP Malaysia adalah masih dalam proses untuk direalisasikan.



Respon yang diberikan oleh KPT dalam membantu pelajar dalam mewujudkan "Kad Diskaun" yang pernah dilontarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Se-Malaysia semasa Konvensyen MPP di ESSET, Bangi pada 27 Julai 2008 masih dalam kajian untuk malaksanakannya walaupun tindakan yang diambil nampaknya agak lambat.


Seperti yang pernah saya katakan, tujuan Kad Diskaun ini diadakan adalah untuk memberikan kemudahan kepada semua mahasiswa di Malaysia. Bagi kebajikan mahasiswa secara keseluruhannya di Malaysia ini, rentetan daripada kenaikan harga minyak dan makanan, pihak mahasiswa berharap agar Kad Diskaun yang pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bersama Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mempengerusikan mesyuarat tersebut pada 29 Mei 2008 dapat diimplementasikan secepat mungkin.


Di akhir mesyuarat tersebut, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri meneliti dan menerima usul mahasiswa untuk membuat kad Diskaun yang memberi banyak kemudahan kepada seluruh pelajar atau mahasiswa di Malaysia(rujuk Berita Harian 30 Mei 2008, muka surat 2).


Pada 9 Jun 2008 Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Idris Harun dalam kenyataan beliau di TV3 ada menyebut sekali lagi tentang Kad Diskaun ini. Untuk Pengetahuan rakan-rakan mahasiswa surat gesaan untuk membuat dan mengimplementasikan Kad Diskaun ini telah kepada pejabat Menteri dan Timbalan KPT sendiri.



Diharapkan dengan Kad Diskaun ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar, ini kerana dengan Kad Diskaun ini, pelajar boleh menggunakan dalam pelbagai fungsi terutamanya untuk membeli keperluan harian pelajar. Di sini kita juga berharap agar Kad Diskaun ini dapat juga digunakan di stesen-stesen minyak, walaupun kita dapati harga minyak telah turun, tetapi persoalannya kita tidak tahu sampai bila harga minyak ini dapat bertahan pada harga murah dalam keadaan dunia yang dilanda krisis ekonomi.


Kita juga berharap agar Kad Diskaun ini dapat direalisasikan secepat mungkin.


sekian.

Saturday, December 20, 2008

TAHNIAH MPP MALAYSIA!!! PINDAAN AUKU KEJAYAAN SISWA!!!


SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA DAN RAKAN SEPERJUANGAN..

1) Alhamdulillah..AUKU DIPINDA jua. Syukur akhirnya.... tidak sia-sia perjuangan rakan-rakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SeMalaysia sesi 2007/2008 dan 2008/2009. Ya saya masih teringat pada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang berlangsung di hotel Mariott, Putrajaya yang mana dipengerusikan sendiri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri. Satu Resolusi yang telah diberikan kepada YAB TPM dan YB Menteri Pengajian Tinggi membuktikan kesungguhan perjuangan mahasiswa Malaysia dalam hal ini.


2) Semua pimpinan Mahasiswa ingin AUKU dikaji semuala bagi memberi "sedikit nafas dan ruang" kepada mahasiswa. Sebelum ini, kebanyakan pergerakan mahasiswa dalam mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa sukar diterjemahkan dalam kepimpinan mahasiswa Universiti. Kebanyakannya bersifat "underground."


3) Ada segelintir mahasiswa yang bertanya kepada saya berkenaan mengapa kita tidak sahaja menghapuskan AUKU. Jawapan saya mudah sahaja, "hidup perlu ada peraturan, jika manusia itu hidup dengan kepala sendiri, apa-apa buat pun tak jadi". Walau bagaimanapun, peraturan itu mestilah adil dan semua yang tertakluk dibawah undang-undang tersebut mendapat manfaat darinya.


4) Saya suka bertanya kepada orang yang bertanya tentang AUKU kepada saya, "adakah kamu tahu apa itu AUKU dan apa yang terkandung dalam AUKU? Ternyata kebanyakan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam AUKU itu sendiri. Jika ada dikalangan rakan yang ingin mengetahui tentang AUKU, saya telah nyatakan pada posting sebelum ini. bolehlah rujuk.


5) Ya, kita akui bahawa undang-undang ciptaan manusia itu tidak sempurna, disebabkan itulah jika kita melihat kelemahan undang-undang baru yang kita cipta, cepat-cepatlah kita perbaiki supaya generasi seterusnya tidak tersesat dan teraniaya dengan undang-undang ciptaan kita.


6) Saya teringat dengan hadis yang Baginda sabdakan, "kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu." Adapun setiap pembaharuan dalam urusan duniawi adalah dinamakan bidaah, berdasarkan satu dalil dinamakan seorang sahabat bertanya Nabi s.a.w tentang urusan penanaman anggur dan Nabi menjawab kamu lebih tahu urusan dunia kamu.


7) Saya percaya jika suatu masa nanti telah sampai satu tahap kematangan pada diri mahasiswa itu, AUKU untuk mahasiswa tidak diperlukan lagi. Mahasiswa itu penentu dalam menjamin perkara ini direalisasikan.


8) Ingatlah, sekadar angan-angan Mat Jenin, berteriak di sana-sini tanpa melakukan sesuatu, dan menjadi hamba politik yang boleh menghancurkan prinsip diri, serta tiada pendiriaan dan jati diri, ia tidak membuahkan apa-apa2 hasil.


9) Justeru, berusahalah kita dalam mengharmonikan masyarakat kita, di samping kita berdoa dan bertawakal kepadaNYa.
Salam sejahtera.




Wednesday, July 30, 2008

KONVESNSYEN MPP SEMALAYSIA 2008 (MAHASISWA PEWARIS NEGARA)

BANGI 27 Julai- Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah menyerahkan 5 resolusi bersama kepada Datuk Mohd Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I dan disaksikan oleh seluruh YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 di Esset Bangi. Lima resolusi tersebut telah menyentuh mengenai isu ekonomi dan Infrastruktur, Pentadbiran dan Masa depan negara, Isu Komuniti, Keluarga dan Gender di Malaysia, Perubahan Iklim, kestabilan dan isu penduduk luar bandar, serta Isu Kesihatan dan Kreativiti Masyarakat Malaysia.


Isu Ekonomi dan Infrastruktur menyentuh mengenai ekonomi Malaysia, merangkumi pendidikan, kemahiran, latihan, sains dan inovasi sebagai sebahagian daripada agenda kebangsaan. Pada isu infrastruktur pula membahaskan tentang infrastruktur ekonomi dan masa depan negara.


Resolusi yang kedua pula, berkaitan dengan pentadbiran dan masa depan negara di mana membincangkan tentang memperbaharui demokrasi, struktur kerajaan persekutuan serta hak dan tanggungjawab masyarakat. Selain itu ia turut membincangkan tentang cadangan masa hadapan berkaitan isu keselamatan negara dalam dunia yang makin mencabar.


Resolusi yang ketiga, Isu Komuniti, keluarga dan kesaksamaan merupakan resolusi ketiga yang dihantar oleh MPP Malaysia kepada pihak kerajaan. Majlis yang dihadiri oleh pimpinan mahasiswa seramai 400 orang itu juga menyentuh mengenai kekuatan masyarakat seperti sokongan kekeluargaan, sosial dan juga senario kesaksamaan jantina di Malaysia.


Isu perubahan iklim dan luar bandar turut dijadikan resolusi bagi konvensyen tersebut. Ia berkisar tentang populasi masyarakat, perubahan iklim serta sumber asas seperti air dan tenaga elektrik. Isu luar bandar pula berkaitan halatuju industri masyarakat desa dan golongan berpendapatan rendah.


Selain daripada itu resolusi yang terakhir daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mencadangkan satu plan jangka panjang strategi kesihatan nasional termasuk cabaran pencegahan penyakit, plan tenaga kerja dan juga ke arah melahirkan masyarakat yang kreatif dalam bidang kemahiran serta pengurusan.


Diharapkan kelima-lima resolusi yang telah dibentuk oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi demi untuk kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa dan rakyat di Malaysia.

Thursday, July 17, 2008

DEBAT!! BAGAIMANA DENGAN MAHASISWA??


Salam pertemuan sekali lagi kepada pembaca blog semua...

Isu minyak, satu isu yang sungguh hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira apa bangsa sekalipun samada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, semuanya bercakap tentang bahan fosil ini yang mana kita akan dijangkan kehabisannya beberapa tahun sahaja lagi.

Yang menjadi kemuncaknya, apabila forum berkenaan minyak ini diperdebatkan secara terbuka kepada masyarakat oleh dua orang tokoh yang saya rasa kedua-duanya hebat-hebat belaka, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAi), apa yang membuatkan saya lebih berbangga ialah kedua-duanya adalah bekas graduan Universiti Malaya.

Bagi saya, apabila debat dijadikan wadah utama dalam mencari jawapan, kemusykilan, pertanyaan yang selama ini dinanti-nantikan atau mencari penyelesaian atau untuk memberi kefahaman, ini merupakan salah satu cara yang sangat terbaik memandangkan selama ini rakyat hanya mencengar satu pihak sahaja.


Kita tidak mahu dalam membincangkan isu rakyat, hanya sebelah pihak sahaja yang bercakap dalam mana-mana forum atau ucapan. "Bila dengar di sini lain" dan "bila dengar di sana lain pula". Jadi apabila kerajaan membuat keputusan untuk menyahut cabaran DSAI, ini sesuatu yang positif yang mana memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan hujah masing-masing dalam membincangkan isu global ini yang mana ada kaitanya dengan kehidupan rakyat.


Dalam menelusuri perdebatan ini, kita telah sama-sama melihatnya. Nah! sekarang terserah kepada masyarakat dan rakyat untuk menilai dan membuat kesimpulan. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah budaya perdebatan ini seharusnya tidak mati hanya selepas debat Minyak ini, dan diharapkan ia terus hidup dan menjadi platform kepada semua peringkat masyarakat samada pelajar sekolah rendah, menengah, universiti awam atau swasta, di jabatan awam atau swasta menjadikan ini sebagai satu tempat percambahan ilmu.


Untuk perkara ini, ia tidaklah memerlukan tempat yang khas seperti debat perdana yang kita saksikan di televisyen, tetapi cukup dengan tempat yang sesuai seperti bilik kuliah, dewan kuliah dan seumpamanya.

Namun, apa yang menyedihkan dalam melihat peralihan 'stamina mahasiswa' pada hari ini, jangan katakan untuk berdebat dalam semua perkara terutamanya dalam perkara yang melibatkan masyarakat, bertanayakan soalan kepada pensyarah di dalam dewan kuliah pun rasa takut. Di mana jati diri dan peranan yang sepatutnya mahasiswa galas?

Adakah kerana AUKU atau ada undang-undang lain yang membuatkan mahasiswa menjadi sebegitu rupa? Hari ini kita masih lagi menunggu isu AUKU ini di Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Difahamkan dalam bulan Ogos ini. Walau bagaimanapun, kita seharusnya tidak menjadikan AUKU ini sebagai satu penghalang utama kepada kepimpinan mahasiswa, bahkan jika dilihat dengan AUKU ini lebih membuatkan Mahasiswa lagi kreatif dan berani dalam mendepani isu semasa dalam masyarakat khususnya dan dunia amnya.

Saya melihat jika budaya perdebatan ini diteruskan. Apa yang diharapkan ialah debat ini dapat dijalankan secara intelektual dan sihat. Saya percaya ia bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang yang berdebat, tetapi juga kepada pendengar debat tersebut.

Di Universiti Malaya ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah membuat perbincangan dengan pihak universiti tiga bulan yang lalu secara lisan dan akan terus follow up dalam usaha MPMUM untuk menghidupkan kembali "Speaker Corner" atau Sudut Pidato yang juga pernah terkenal dengan panggilan Hyde Park Malaysia.

Harapan saya dalam menyatakan perkara ini ialah semoga speaker corner ini dapat dijadikan wadah dalam mahasiswa untuk menyampaikan pendapat, pandangan, mengkritik secara asas dalam sesuatu isu dan tempat untuk memberi latihan secara tidak langsung kepada mahasiswa.
Adalah menjadi satu yang membimbangkan juga apabila sudut pidato ini menjadi tempat untuk menabur fitnah, mengkeji, menghina orang lain dan sebagainya. Benarlah apa yang Nabi pernah sabdakan di mana, akhir zaman ini dunia penuh dengan fitnah.


Di sini juga saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan bahawa akhbar The Star pada 10 Julai 2008, dan The Sun pada 14 Julao 2008 yang bertajuk 'Varsity letter instills fear and hatred' yang ditujukan kepada saya adalah satu isu lama yang dibangkitkan semula, yang mana isu ini adalah FITNAH semata-mata oleh pihak tertentu dalam menjatuhkan kredibility saya dalam kepimpinan. (RUJUK POSTING SAYA YANG BERTAJUK "FITNAH!!! AGAIN??"


Doa saya, agar kita semua sentiasa dibawah perlindunganNya dalam setiap perkara yang kita lakuakan. Ingatlah wahai semua sahabat mahasiswa, perjalanan kita masih jauh, perjuagan kita masih belum selesai. Sematkan lah di dalam diri untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara yang kita lakukan. Apabila kita menjadi yang terbaik, orang akan melihat dan menilai kita.

Pada masa itu, kita tunggulah bahawa kita akan jadi satu bangsa Malaysia yang dirujuk dan dilihat oleh semua masyarakat dunia. Tetapi, jika kita hanya tahu memboikot, atau demonstrasi dijadikan alat menyatakan perasaan semata-mata tanpa membuat perubahan, sedangkan kita masih lagi dikenali sebagai bangsa yang hanya mengguna (consumer), kita adalah tidak akan ke mana-mana.

Dalam kita sibuk memboikot buatan Amerika misalnya, saya cabar semua agar kita boikot betul-betul! kita jangan gunakan komputer, jangan gunakan Microsoft, jangan pergi KFC, Mc Donald dan lain-lain!! Mampukah kita???? Bagi saya boikot bukan cara yang tepat. Kenapa saya berkata sedemikian??? Ini kerana kita ini hanya bangsa Pengguna. Kita hanya bangsa yang meniru teknologi orang lain, kita bangsa yang hanya menumpang ihsan globalisasi.


Bagi seorang pelajar seperti saya dan rakan mahasiswa yang lain, saya percaya kita tentu tak dapat nak hantar assignment atau tugasan yang diberikan oleh pensyarah jika komputer tidak digunakan. Adakah nak menghantar assignment atau tugasan dengan menggunakan pen. Kalau nak diikutkan pun, siapa yang menciptakan pen? kita tahu jawapannya.

Oleh itu, kita kena menjadi yang terbaik, apabila kita mampu dalam semua bidang (bidang perubatan, pemakanan, angkasa, pertanian dan lain-lain), jika kita yang mencipta teknologi baru, kalau kita yang menghasilkan banyak barangan di dunia, kalau kita yang menjadi tempat negara lain bergantung, pada masa itulah jika kita ingin memboikot Amerika Syarikat, Belanda atau mana-mana negara sekalipun. Saya yakin pada masa itu, insya-Allah boikot akan berjaya kerana pada kita ada segala-galanya.


Satu persoalan saya, adakah kita telah sampai ketahap itu dalam suasana masyarakat kita pada hari ini yang hanya sibuk dalam urusan remeh-temeh, budaya rasuah dan fitnah, budaya masyarakat yang masih bergantung pada 'tongkat', dan mahasiswanya yang tidak matang dalam banyak perkara?


sama-sama kita renungkan...

FITNAH!!! AGAIN??

Assalamualaikum and may God bless all of us...

I refer to the letter written by Angeline Lesslar of Subang Jaya, Selangor entitled 'Varsity letter instills fear and hatred' which was published on July 10th, 2008.I wish to clear the air on the 'letter' alleged to be written by me.

I am totally innocent in this matter as the letter was made by my 'political enemies' for the purpose of impeding me from completing my term as the President of the Undergraduates' Representative Council, University of Malaya (URC) for the fiscal year of 2007/2008.

The endorsement stamp from the Students' Affairs Department had been counterfeited, so as my signature and photograph which were digitally manufactured. If I am truly a racist person as contended by Angeline, how on Earth would I hold my current position for two terms consecutively? Peers would not be fond of me and I would have definitely lost in the campus elections way from the beginning itself.

To all the readers, in particular Angeline Lesslar, allow me to enlighten you that this matter has been resolved amicably, about three months ago. I have lodged two police reports in Pantai and Brickfields respectively for that act of smearing my image.

Apart from that, the two initial persons who publicly accused me of writing the letter, Ahmad Shahir b. Abdul Aziz, the Deputy Secretary II of the URC and Mohamad Hilman Nordin, the Welfare EXCO of the URC, had openly apologised to me the following day after the letter was made available to the public.

The apologies were published in 'Harian Metro' and a copy of it can be located in my blog at 'afandytanjung.blogspot.com'.Throughout my tenure as the President of the Undergraduates' Representative Council, the unity stage among the various races has been admirable. There were no untoward incidents or unity mishaps which happened either.

My principle as a student leader is that all conflicts are to be resolved within the organisation. Can you name me any organisation which has no hitches? As conflicts will arise somehow, leaders should constantly know how to handle them well.

Outsiders are encouraged not to interfere unless they know from the head to the tail on the matter concerned. We have to always keep in mind that the 'defamation culture' do exists in campus as well, not just at the national or state levels.

Hence, as a mature and right-thinking member of the society, we should always seek the truth first before we make allegations which can tarnish the reputation of someone and the institution where he belongs to. My question is if you were in the shoes of the person who is being framed for something which he did not commit, how would you feel?

Here, in the University of Malaya, we do have multi-racial student activities such as the Ang-Pow Festival, Lantern Festival, Ponggal Festival, etc. I do receive invitations from my peers to attend the above mentioned events in which I will certainly be present at, and enjoy the glorious events unless there are more essential matters in hand which I have to look into.

It's really pathetic to come across people who chose to spread malicious fabrication of me without verifying the legitimacy of it first. Before I sign off, I hope that all of us would strive to contribute to the development of our beloved nation, without taking into relation the race, religion and background factors.

Thank you...

Tuesday, July 1, 2008

MAHASISWA ? DIPERTARUHKAN ? KONSPIRASI ?


Salam sahabat pembaca blog semua...

Minggu ini saya dikejutkan dengan kes terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga merupakan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dikaitkan dengan seorang bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), iaitu Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan beliau diliwat oleh DSAI. (Gambar di sebelah ialah ketika malam kebudayaan semasa ASEAN STUDENT LEADERS' SUMMIT).


Cukup terkejut kerana Dia pernah bersama-sama dengan saya di Manila ketika menghadiri satu konvensyen "2nd Asian Youth Leaders Summit" di Angeles University Foundation, Angeles City, Phlipine pada tahun lepas (22-26 Januari 2007). Sila rujuk laman web ini http://www.auf.edu.ph/asean/directory.htm


Seramai 8 orang yang pergi ke sana iaitu Afandy Bin Sutrisno Tanjung (Universiti Malaya), Muhaideen Abd Kader Mohd Ikbal (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Mohd Zuaril Akimi Bin Mohd Shaari (Universiti Sains Malaysia), Ismail Bin Jaafar (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Syarifah Nor Salwa Binti Syed Awaly (Universiti Malaysia Perlis), Mohamad Hanif Bin Abdullah (Universiti Darul Iman Malaysia), dan Mohd Norzaid Bin Othman (UNISEL).


Sepanjang perkenalan singkat saya dengan saudara Saiful ini, beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinannya sebagai pelajar IPTS yang mewakili Malaysia di Philipina, dan perkenalan kami terputus setelah kembali di Malaysia. Soal peribadi Saiful tidak saya ketahui, maklumlah hanya berkenalan sewaktu program di Manila, Pilipina.

Dalam program ini Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Dato Azalina Othman turut hadir selama tak sampai setengah hari, iaitu pada hari Sabtu bersamaan 23 Januari 2007 untuk memberikan ucapan dalam plenary 1 yang bertajuk “ASEAN awareness and civic responsibility among youth”(sila klik). Dan setelah itu kami semua delegasi Malaysia bergambar dengan Dato Seri Azalina di luar perkarangan Dewan setelah habis sesi plenary 1 sebelum beliau terbang pulang ke tanah air selepas itu. (gambar ini di ambil dalam akhbar The Star yang bertarikh 1 Julai 2008(lokasi gambar sebenar ialah di perkarangan Dewan seminar di Universiti of Angeles, Phlilipine)


Saya pada mulanya tidak menyangka lelaki yang dikaitkan dengan kes DSAI ini ialah Saiful Bukhari Azlan. Walau bagaimanapun, sebagai pimpinan mahasiswa saya ingin berpesan kepada semua sahabat-sahabat perjuangan mahasiswa, agar menjaga kredibiliti kita sebagai mahasiswa.


Ini kerana kita selaku mahasiswa haruslah terus kekal menjadi agen pengubah masyarakat, menjadi check n balance dalam perubahan arus masyarakat, menjadi contoh atau role model, adalah tidak wajar kita mahasiswa begitu mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak, kerana ini boleh mencemarkan imej kemahasiswaan itu sendiri.

Apa-apa pun kita kena ingat dan kembali kepada Tuhan yang Esa, Dia lah segala Hakim yang akan Menghakimi, pada masa itu kita semua tidak dapat lari daripada sebarang apa yang telah kita lakukan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita agar kita terpelihara daripada kancah yang boleh mendapat kemurkaan Allah.

Kepada Saiful Bukhari, walaupun perkenalan kita hanya 2 minggu (seminggu semasa persiapan sebelum ke Manila, dan seminggu lagi di Manila), berita mengenai awak membuatkan saya betul-betul terkejut, meletup satu Malaysia.


Ingatlah Allah dan Rasul-NYA dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan manusia, kesalahan kepada Allah, Ia Maha Pengampun untuk mengampunkan kita, tetapi kesalahan sesama manusia Allah serahkan kepada manusia itu sendiri, selagi manusia itu tidak maafkan kita, kita faham-faham sahajalah bahawa seksa Allah itu sangat pedih.

Yang benar akan tetap benar, dan yang salah akan tetap salah. Semoga kebenaran akan menjelma. Sama-sama kita berdoa dan nantikan.

Wallahu a'lam...sekian..

Monday, June 16, 2008

HARGA BARANG AKAN TETAP NAIK,.....HARGA DIRI MANUSIA?

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog ini,



Kali ini saya terpanggil untuk menulis dan menimbulkan persoalan kepada semua pembaca blog berkenaan dengan satu isu yang sering diperdebatkan oleh segolongan kelompok masyarakat tidak kira dari golongan akedemik, pemikir atau penulis bebas, golongan pekerja sama ada swasta atau kerajaan, mahupun suri rumah yang mana turut tidak mahu ketinggalan untuk bercakap tentang perkara ini. Perkara yang saya maksudkan di sini ialah gejala sosial yang semakin meruncing.


Jika merujuk kepada gejala sosial ini, saya yakin dan percaya bahawa akan terpacul dalam pemikiran kita semua bermacam-macam jenis salah laku yang muncul dalam masyarakat. Baik dari sekecil-kecil perkara hinggalah kesebesar-besar perkara. Soal halal haram tidak lagi menjadi agenda peribadi bahkan ianya dianggap sebagai satu perkara yang tidak berguna bagi masyarakat khususnya remaja pada hari ini. Masyarakat hari ini didapati sibuk dengan menjaga tepi kain diri-sendiri semata-mata tanpa melihat individu lain yang berada dalam persekitaran tersebut.


Mengapa perkara ini terjadi? Di manakah kesedaran Mahasiswa? Apakah mahasiswa dewasa ini tidak berisi dengan kerohanian dan sahsiah yang terpuji? Di mana silapnya? Kepada semua pembaca, baru-baru ini saya dijemput untuk menjadi panelis dalam Forum Bicara Siswa RTM 1, yang mana forum kali ini bertajuk "Gejala Sosial dan Peranan Mahasiswa". Cukup menarik untuk mengupas isu ini. Antara rakan Panel yang dijemput untuk sama-sama mengupas isu ini ialah saudara Mohd Farid bin Din (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Universiti Sains Islam Malaysia atau USIM), dan saudara Rashidi (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor atau KUIS) yang dipengerusikan oleh En. Suhaimi(pengacara TV1).


Dalam forum ini, saya cukup tertarik dengan persoalan yang dilontarkan kepada ketiga-tiga orang ahli panel, iaitu apakah skala yang boleh diletakkan dalam isu sosial pada hari ini? Rata-rata semua ahli panel menyatakan bahawa ia berada di tahap serius.


Ini bermakna perkara ini amat membimbangkan kita. Terkini didapati dalam akhbar METRO yang bertarikh 1 Jun 2008 di muka surat hadapan yang bertajuk "Amal Hidup Bebas", yang mana wanita yang masih berpakaian sekolah hanya menawarkan RM5 untuk perkhidmatan seks!! Di mana letaknya maruah diri pelajar ini? Apakah didikan agama dan moral masih kurang diterapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa wanita itu sendiri sehingga sanggup menggadaikan maruah demi wang ringgit. Di mana peranan kerajaan pula dalam menangani isu seperti ini!!?


Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, era teknologi memainkan peranan, telefon mudah alih yang mana boleh dikatakan bahawa semua orang memilikinya menjadi satu trend baru golongan belia melanggan perkhidmatan seks ini. Dalam perkara ini, pelbagai pihak mendakwa satu kaedah baru diperlukan untuk menangani perkara ini dari terus merebak atau menular ke dalam masyarakat. Bagi saya, soal kaedah baru atau terbaru tidak sepatutnya timbul, daripada forum berkenaan apa yang boleh disimpulkan ialah keadaan diri individu itu sendiri. Ini kerana dalam diri manusia itu ada, tiga komponen utama iaitu akal, hati dan nafsu.


Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga komponen tersebut? Ya, apabila disebutkan dengan ketiga-tiga perkara ini, tidak semua yang tahu dan ingin mengambil berat tentangnya. Mengapa? Tahukah kita bahawa para ulama menyatakan bahawa jika ketiga-tiga komponen itu diberi makan yang betul dan sesuai malah dengan secukupnya, Insya-Allah individu itu dapat membentuk dirinya menjadi insan yang berjiwa bersih dan bersahsia mulia.


Apakah makanan komponen tersebut? Cukup Menarik kupasan yang disampaikan oleh ahli panel yang ketiga, saudara Rashidi, jika akal diberi makan dengan ilmu yang benar, ia dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah, jika hati diberi makan dengan iman, hati itu akan menundukkan orang itu kepada pencipta, manakala nafsu pula, jika diberi makan dengan mengekangnya daripada menurutinya, akan lahir sifar yang sabar dan lebih berhati-hati.


Walau bagaimanapun, apa yang berlaku dewasa ini ialah ketiga-tiga komponen ini tidak dijaga dan dititikberatkan, bahasa yang paling mudah di sini ialah konsep kembali kepada Pencipta tidak menjadi agenda masyarakat, individu mahupun negara.


Segala pengaruh dari budaya kuning semakin menjadi-jadi, soal dosa pahala, halal haram dipandang sebagai musuh masyarakat, jika ini berterusan maka akan lahirlah satu golongan yang hanya memuaskan hawa nasfsu semata-mata seperti mana yang pernah dikatakan oleh Ibnu Khaldun iaitu jika ingin melihat sesebuah negara itu, lihatlah pemudanya di masa kini. Jika pemuda-pemudinya pada hari ini mempuyai sifat yang terpuji dan sahsiah yang mulia akan lahir satu masyarakat yang memakmurkan negara.


Tetapi sebaliknya, jika pemuda dan pemudi pada hari ini mempunyai sifat-sifat yang keji, maka akan lahirlah satu masyarakat yang akan meruntuhkan negara itu.

Ketika saya sedang menulis semua ini, saya tiba-tiba teringat kes yang berlaku di Universiti Malaya di mana surau diconteng, kebakaran di Bangunan Peperiksaan dan yang paling menyedihkan lagi ialah sehari selepas Bangunan Peperiksaan dibakar, pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya pula yang menjadi mangsa. Di manakah nilai kemanusian dalam diri indvidu yang melakukan perkara tersebut?(rujuk gambar-YDP MPP se-Malaysia turut sama melihat kesan kebakaran tersebut.)


Sebagai mahasiswa yang bakal menerajui negara ini, kita perlukan individu yang mempunyai sahsiah yang mulia dan mempunyai pemikiran yang bersifat analitik dalam semua segi agar negara kita mampu bersaing dan mampu untuk berusaha memacu masyarakat dan seterusnya negara ke arah kegemilagan dan kecemerlangan.(gambar sebelah-kesan Sekretariat MPP di bakar.)


Apabila melihat keadaan yang seolah-olah menunjukkan mahasiswa ini tidak matang, ini amat merisaukan semua pihak. Masyarakat dan negara bukan sahaja terpaksa untuk berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak dan makanan, tetapi juga dengan masalah akhlak dan sosial yang berlaku dalam masyarakat yang dikatakan akan mewarisi bumi Malaysia ini.


Saya masih teringat akan cerita atau kisah di zaman para Nabi dan sahabat, inilah yang paling dirisaukan berlaku di akhir zaman. Dalam konteks ini, masyarakat bukan sahaja menjadi golongan yang rugi dalam semua segi dan bidang, bahkan terpaksa menjadi pelakon yang membawa watak-watak antagonis seperti yang pernah Nabi kita ucapkan dalam hadith-hadith Baginda.

Saya melihat ramai orang terutamanya dalam masyarakat di Malaysia ini sibuk dan kecoh bila harga material naik!!! tidak kitalah kerajaan atau pembangkang, semuanya kecoh dan sibuk bagaimana cara untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang ini. Tapi berapa ramai dalam kalangan kita ini sibuk memikirkan betapa teruknya penurunan harga Nilai Diri Manusia itu sendiri.

Hari ini, nilai diri manusia itu boleh dianggarkan dengan wang ringgit. Untuk mendapatkan top up RM10, sanggup menggadai maruah diri. Di mana pejuang-pejuang untuk meningkatkan harga diri manusia ini baik dari dalam kerajaan mahupun bukan kerajaan?? Di mana?? Adakah cukup dengan berpeluk tubuh dan menanti pipih datang melayang dan bulat datang bergolek dalam mengatasi masalah ini?

Marilah semua, kita tingkatkan harga nilai diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Kita mesti menjadi satu bangsa yang dirujuk jika inginkan satu perubahan yang baik dalam masyarakat dan negara kita. Ingatlah bahawa untuk mencapai kearah tersebut sudah tentu banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi.

Janganlah jadikan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini sebagai kelemahan kita, bahkan jadikanlah sebagai satu cabaran dan kekuatan untuk terus bersama-sama dan bersatu tidak kita apa pegangan kita samada bangsa Melayu, Cina, India, Rungus, Kadazan, Murut dan lain-lain lagi.

Apa yang paling penting matlamat kita untuk melahirkan satu ummah yang berjaya dalam semua perkara ukhrawi dan duniawi perlulah dijadikan agenda yang utama oleh semua pihak. Semoga Malaysia yang tercinta ini akan terus mekar dalam meniti gelombang dunia yang semakin meruncing dan semoga akan lahir rakyat Malaysia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membangunkan negara yang tercinta ini sesuai dengan ajaran dan panduan yang Maha Esa.

Marilah semua rakan-rakan mahasiswaku kita mengorak langkah bersama-sama.

Tuesday, June 10, 2008

PENGUMUMAN PENTING!!!!!

SALAM SEMUA SAHABAT MAHASISWA..

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN UNTUK MAHASISWA..

SAYA DI SINI INGIN MEMOHON KEPADA SEMUA MAHASISWA UNTUK BERKONGSI IDEA ATAU PANDANGAN MENGENAI "KAD DISKAUN"..

MEMANDANGKAN MASA YANG AGAK SINGKAT, JIKA TERDAPAT SEBARANG CADANGAN UNTUK DITULIS DALAM KERTAS KERJA NANTI BERKENAAN KAD DISKAUN INI..SILA EMAILKAN CADANGAN ATAU PANDANGAN SAHABAT SEMUA DI : afandy_002@yahoo.com SEGALA KERJASAMA SEMUA SAHABAT SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH..

PERJUANGAN DEMI MAHASISWA.

Monday, June 9, 2008

ISU TERKINI: KAD DISKAUN

Salam sejahtera buat teman seperjuangan semua....


Bagi kebajikan mahasiswa secara keseluruhannya di Malaysia ini, rentetan daripada kenaikan harga minyak dan makanan, pihak mahasiswa berharap agar Kad Diskaun yang pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bersama Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mempengerusikan mesyuarat tersebut pada 29 Mei 2008 baru-baru ini dapat diimplementasikan secepat mungkin.


Di akhir mesyuarat tersebut, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri meneliti dan menerima usul mahasiswa untuk membuat kad Diskaun yang memberi banyak kemudahan kepada seluruh pelajar atau mahasiswa di Malaysia(rujuk Berita Harian 30 Mei 2008, muka surat 2). Semalam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Idris Harun dalam kenyataan beliau di TV3 semalam(9 Jun 2008) ada menyebut sekali lagi tentang Kad Diskaun ini. Untuk Pengetahuan rakan-rakan mahasiswa Kertas Kerja Berkenaan dengan Kad Diskaun ini akan dihantar kepada Menteri yang berkenaan hujung minggu ini oleh Wakil Mahasiswa.

Diharapkan dengan Kad Diskaun ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar, ini kerana dengan Kad Diskaun ini, pelajar boleh menggunakan dalam pelbagai fungsi terutamanya untuk membeli keperluan harian pelajar. Di sini kami pihak mahasiswa sangat-sangat berharap agar Kad Diskaun ini dapat juga diguna di stesen-stesen minyak bagi mahasiswa yang ingin mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Akhir sekali, mahasiswa berharap agar segala keputusan berkenaan dengan isu AUKU dan riba PTPTN dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Thursday, June 5, 2008

MINYAK NAIK LAGI!!!!


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog...

Saya percaya diwaktu ini pelbagai spekulasi yang akan keluar di mulut-mulut orang ramai mahupun di dada akhbar tentang isu minyak. Ya agak mengejutkan juga bila diketahui semalam bahawa harga minyak dinaikkan sebanyak RM0.78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Dipihak mahasiswa kenaikan harga yang cukup drastik ini amat mengejutkan!! Mengapa terlalu tinggi??!! Mengapa terlalu drastik??!!


Mungkin terdapat pelbagai justifikasi yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat. Pemberian subsidi secara tunai umpamanya. Namun, pokoknya di sini sejauh mana penerimaan justifikasi itu terhadap masyarakat??? Ya, kita tidak dapat nafikan bahawa harga minyak dunia kini mencecah U$130 setong, tetapi kenaikan yang drastik dan cukup tinggi ini amat membebankan masyarakat terutamanya golongan mahasiswa yang hanya bergantung kepada pinjaman semata-mata.


Terus terang saya katakan di sini, sebagai mahasiswa, saya tidak melihat isu kenaikan minyak ini hanya bertumpu kepada mahasiswa semata-mata, ia juga turut melibatkan masyarakat di seluruh negara secara umumnya. Kita dapati golongan yang berada pun turut merasa impaknya, apatah lagi golongan yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi khususnya golongan yang hidupnya boleh dikategoriakan sebagai sederhana dan miskin.


Apakah kerajaan ini tidak memikirkan perkara ini? Hari ini dalam pelbagai surat khabar banyak "pakar-pakar ekonomi" dalam negara ini menyatakan bahawa tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak ini adalah tepat pada masanya, dan tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa ini suatu yang akan membawa perkembangan pada ekonomi negara.


Adakah perkara atau tindakan ini betul dan tepat dikala harga makanan seperti beras yang sedang meningkat? Kenaikan mendadak harga minyak ini akan menambahkan lagi beban pengguna yang sedang berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan. Bagi saya kenaikan harga minyak dikala ini amat meruncingkan rakyat di mana kenaikan harga makanan masih belum dapat diselesaikan , sekarang rakyat terpaksa berhadapan dengan beban yang lebih berat!! Dan jiki kita menelusuri lebih dalam lagi masalah inflasi pula terpaksa kita hadapi.


Dari segi rebat yang diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat, perkara ini seolah-olah untuk "bermain-main dengan perasaan" rakyat terutamanya golongan yang tidak berada dan mempunyai sosioekonomi yang rendah. Adakah kerajaan tidak tahu bahawa di dalam negara kita ini rata-rata pendapat rakyat adalah masih rendah??


Pada hemat saya, kenaikan secara beransur dan berkala adalah lebih wajar, misalnya pada tahap awal mungkin dinaikkan sebanyak 30sen, kemudian pada beberapa bulan yang seterusnya boleh ditambah lagi bergantung dengan penambahan sosioekonomi rakyat. Bukan seperti ini yang mana naik mendadak sebanyak 40 peratus bagi petrol dan 63 peratus bagi diesel di mana ini amat-amat membebankan rakyat.

Justeru, di sini pendirian dipihak mahasiswa ialah mendesak agar pihak Kerajaan meneliti semula perkara ini supaya dapat memastikan kebajikan masyarakat yang rata-ratanya kenaikan ini amat-amat membebankan semua.


LOKASI PENGUNJUNG

AKU BUKAN MUSUH HARTA

AKU BUKAN MUSUH HARTA
DARIPADA DR ASRI ZAINAL ABIDIN

SETUJUKAH ANDA UNTUK RESTORAN ATAU KAFE BERFRANCAIS DIWUJUDKAN DI DALAM UNIVERSTI? (jika boleh apa2 jawapan anda sila beri komen di blog ini.)

Rukun Negara yang ke-2 "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Karpal Singh telah menghina Sultan? Bagaimana status Karpal Singh sebagai warganegara? Kewarganegaraan dilucutkan?

SETUJUKAH ANDA HARGA MINYAK DINAIKAN BUAT MASA INI?

PERINGATAN PENTING!

Salam kepada semua pembaca blog ini, saya memohon agar kita dapat menjaga keperibadian akhlak kita di dalam blog ini dengan tidak menggunakan perkataan yang kesat, perkataan yang berbaur fitnah dan perataan yang tidak sopan,

saya memohon agar kita semua dapat menjaga ketertiban kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat yang konstraktif(membina) daripada pihak pembaca semua.

Segala kerjasama daripada pihak pembaca dan pemberi komen saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

WAKTU

Bilangan Pengunjung sejak April 2008

INFO TERKINI

INFO TERKINI
Kita mahasiswa berharap agar pihak universiti seluruh Malaysia betul-betul memantau segala harga makanan di seluruh kafeteria universiti di Malaysia bagi menjamin tidak berlaku penindasan kepada golongan mahasiswa.

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008

MPP MALAYSIA MENYERAHKAN RESOLUSI KEPADA TPM SEMASA MPPK 2008
Enam resolusi tersebut telah menyentuh mengenai isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kebajikan mahasiswa, pengaksesan teknologi maklumat, dan juga sentiviti agama.

MASALAH AIR UM

MASALAH AIR UM
ALHAMDULILLAH DAPAT PERHATIAN

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

JAWAPAN SYABAS ATAS ISU AIR UM

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

MAHASISWA INGINKAN PEMBANGUNAN ILMU

INFORMASi

Aktiviti MPMUM sepanjang sesi 2006/07 dan 2007/08

(Exco siswi)
1. Bersama BPOP membentuk tribunal anti sexual harassment
2. Membantu pelajar dalam kes seksual harassment
3. Menyelaras Perkampungan Hadhari
4. Pengarah SHE workshop
5. Membawa masalah ke peringkat

Perpustakaan Pergigian:
a) Bilangan buku yang boleh dipinjam ditambah dariapada asalnya 1 buah
Buku ditambah menjadi 2, dan tempoh pinjam maksimum dipanjangkan.
b) Perkhidmatan fotostat percuma di perpustakaan untuk tujuan ilmiah
c) Bilangan buku baru ditambah, buku-buku akan diperoleh sekurang-kurangnya 2 buah untuk mengurangkan kekurangan buku untuk dipinjam
d) Pelajar dibenarkan untuk ‘browse’ didalam kawasan buku teras akademik
e) Buku-buku perpustakaan yang hilang akan diganti

Kemudahan Am Pelajar serta Pesakit:
f) Bilangan ‘water cooler’ ditambah daripada 2 kepada 6
g) Kemudahan menggunakkan telefon fakulti untuk menelefon kepada telefon bimbit untuk tujuan memanggil pesakit
h) Tempat menunggu sekarang dilengkapi dengan penghawa dingin
i) Sistem audio di makmal untuk keselesaan pelajar mendengar lagu sambil membuat kerja

Penjadualan waktu:
a) Permohonan untuk memadatkan peperiksaan 2.1 agar para pelajar
dapat balik kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina

Asia Pacific Dental Student Association (APDSA):
j) Hak penganjuran Kongress APDSA 2009 yang bajetnya bernilai hampir sejuta Ringgit berjaya dirangkul oleh UM. APDSA ini dianggotai oleh pelajar-pelajar pergigian rantau Asia Pasifik, diantaranya adalah Jepun, Korea, Taiwan dan lain-lain. Yakni nama UM akan tersohor di persada antarabangsa.

1. Membantu pelajar mendapat bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kaki
2. Bersama penyelaras untuk membuka kursus-kursus semester khas supaya pelajar-pelajar Ekologi dan Biodiversiti tahun akhir mampu menamatkan pengajian
3. Memohon kepada NC untuk pembukaan waktu perpustakaan utama dilanjutkan kepada 24 jam (sedang dilaksanakan dalam UMISISWEB)
4. Penaik tarafan kemudahan pelajar istimewa terutamanya bilik Seri Jati
5. Membantu menyelesaikan masalah kes khas PTPTN

Kejayaan secara keseluruhan

-Forum Intelek Mahasiswa
-Program Maulidur Rasul
-Memperjuangkan tiket kapal terbang MAS mempunyai harga pelajar
-Memperjuangkan kebajikan pelajar OKU di seluruh IPTA
-Isu bas dalam peringkat terakhir perbincangan
-Pembinaan gazebo berbumbung
-Membantu mangsa banjir di Johor
-Membantu pelajar-pelajar antarabangsa menyesuaikan diri di negara kita
-Membantu pelajar-pelajar anak yatim mendapatkan bantuan kewangan dari tabung kebajikan MPMUM
-Membantu pelajar-pelajar yang kehilangan motor dan kenderaan dengan memberi bantuan kewangan MPMUM
-Kutipan derma untuk pelajar-pelajar mangsa kebakaran, bencana alam dan juga kemalangan
-Berjaya mengesan pergerakan agen penipuan rumah dan juga penipuan wang.
-Membantu pelajar menyelesaikan masalah urusan projek di peringkat HEP dan juga peringkat KPT
-Menyelaras dan menganjurkan FESKUM
______________________________________________
ASPIRASI MAHASISWA 2007/08 TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN ISU-ISU DI BAWAH :

-ISU AIR – TELAH DIBINCANGKAN DIPERINGKAT KEMENTERIAN (KPTM). SYABAS TELAH MEMBEKALKAN TANGKI UNTUK PLAN JANGKA PENDEK KE SEMUA LOKASI KOLEJ BERMASALAH.
-WIRELESS – SATU SISTEM WIRELESS (DARIPADA USA) TELAH DIKAJI UNTUK DIGUNAKAN OLEH UM HASIL PERBINCANGAN DAN GESAAN MPMUM KEPADA NC.
-KESELAMATAN – BANYAK KES KECURIAN MOTOR DAN KEMALANGAN TELAH DISELESAIKAN OLEH MPMUM.
-FASILITI – HASIL PERBINCANGAN DENGAN JPPHB UM, -SATU STADIUM AKAN DIBINA DAN SIAP PADA HUJUNG 2009.
-SMART CARD – ATAS GESAAN MPMUM, PTM AKAN MEMPERKENALKAN SISTEM SMART CARD DI UM.
-OKU – ISU INI TELAH DIBINCANGKAN DI PERINGKAT PARLIMEN DAN UM MENDAPAT PERUNTUKAN RM760 JUTA BAGI KEMUDAHAN OKU DI UM.
-LAIN-LAIN – PEMUSATAN FASILITI KE KPS SEPERTI KLINIK KESIHATAN DLL.
ASPIRASI MAHASISWA UM

“UM IS ONE”MPMUM SESI 2007/2008

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08

Ketika mengendalikan Forum Intelek Mahasiswa di Dewan Semarak Akedemik Pengajian Melayu sesi 07/08
Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM)

KITA MESTI JADI BANGSA YANG DIRUJUK

Saya masih teringat kepada Forum Intelek yang di anjurkan oleh Exco Akedemik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Mahasiswa UM sesi 2007/08. Dalam forum ini mahasiswa ditekankan agar memahami konsep menuntut di gedung ilmu, sentiasa berfikiran terbuka, dan menjadi agen perubahan yang lebih baik kepada masyarakat. Antara tokoh yang dijemput ialah Pak Ungku(Mantan Naib Canselor UM), Pofesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah di Jabatan Sejarah UM), dan Tuan Hj Husyim Salleh (Pakar Motivasi dan Bekas Pensyarah UM). Jika kita meneliti sejarah, sejarah ibarat “mahaguru” yang paling bermakna dan berkesan sebagai menjadi cermin untuk kita mengenal, mengukur, memahami, menyedari, mengetahui, mencorak, dan mengambil sebagai iktibar, bukan sahaja pada diri bahkan pada kelompok masyarakat dan juga negara. Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa dalam meniti arus dunia yang sentiasa bergerak pantas yang sering kita sebut dengan perkataan “globalisasi”.


Menyentuh perkara ini, benarlah apa yang pernah diucapkan oleh bapa sejarah dunia, Herodotus dengan kata-kata keramatnya, iaitu "phanta rei khei uden menei", yang membawa maksud “dunia ini sentiasa mengalir” (dunia sentiasa berubah). Dapat kita fahami di sini ialah satu keadaan yang mana jarak pada suatu ketika dahulu jauh, kini menjadi dekat, masa yang terlalu lama atau panjang ketika hendak ke sesuatu destinasi, kini menjadi singkat dengan adanya kenderaan moden dan canggih seperti pesawat, dan macam-macam lagi perubahan yang sedang dialami oleh dunia hari ini.


Dahulu, mengikut teori Darwin yang terkenal dengan teori evolusinya, iaitu siapa yang kuat, dialah yang menjadi pemenangnya, tapi kini banyak teori yang menjadi pencetus kepada perubahan arus dunia, antaranya teori Edward De Bono. Teori menjadi tempat dalam menentukan corak arus globalisasi. Teorinya yang berteraskan pemikiran lateral (Lateral Thinking)iaitu, yang bertunjangkan pemikiran yang kreatif dan kritis menyumbang kearah kemajuan dalam sesebuah ketamadunan masyarakat. Saya menyentuh isu ini kerana di mana kesedaran kita sebagai warganegara Malaysia yang mendakwa sebagai rakyat kepada negara ini? Tetapi membuat acuh tak acuh tentang isu-isu semasa yang melibatkan negara kita dengan negara lain, yang mana isu-isu tersebut memberi impak yang besar kepada negara. Contohnya, isu batu putih yang melibatkan negara Singapura dengan negara Malaysia. Walaupun isu ini sudah lama diperdebatkan, berapa ramai diantara kita mahasiswa yang mengetahui perkara ini? Bagi mereka yang mengambil tahu perkara ini, sudah tentu akan menyedari bahawa isu ini berkaitan dengan maruah dan jati diri sesebuah negara.


Sepatutnya dengan informasi seperti ini sepatutnya akan memberikan satu suntikan kesedaran kepada kita bahawa kita akan dipijak dan diinjak oleh negara lain jika kita masih lalai dan berada di takuk yang lama. Jika kita masih lagi menjadi bangsa yang tidak menjadikan ilmu sebagai teras utama, kita akan mengalami satu zaman yang boleh saya katakan sebagai satu zaman gelap yang mana mungkin lebih teruk daripada zaman gelap yang berlaku di Eropah.


Jika di Eropah, zaman gelapnya hampir 1000 tahun berdasarkan penyelewengan yang dibuat oleh gereja, yang mana golongan gereja menyekat perubahan yang dibawa oleh golongan cendikiawan pada masa itu untuk membangunkan negara, yang mana kebanyakan mereka dibunuh, tetapi zaman gelap yang saya maksudkan di sini ialah masyarakat kita akan menjadi satu bangsa yang hanya mengikut rentak negara yang kuat semata-mata, bak kata orang ”kalau suruh lompat, dia lompat, suruh diam, dia diam dan suruh mati, dia bunuh diri.” inilah bangsa yang mindanya kelas keempat, bahkan mungking lebih teruk lagi!

Bangsa seperti inilah yang kita tidak mahu berlaku pada masa akan datang, yang mana jati diri, dan semangat untuk membela agama, bangsa dan negara luntur dalam diri warganegara Malaysia. Terpanggil saya untuk menyatakan semua ini adalah kerana sedih melihat masyarakat pada hari ini yang tidak peka dengan isu-isu semasa yang boleh menggugat jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidakkah kita sedar apa yang akan terjadi pada negara yang kita akui sebagai negara yang kita sayangi ini jika negara kita menjadi porak-peranda disebabkan timbulnya konflik antara kita dengan dunia luar disebabkan kelemahan kita sendiri?


Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang ini dengan terus berusaha tanpa jemu dan alpa dengan kemewahan yang ada pada negara kita. Sebagai mahasiswa, kita kena menyedari bahawa kita mesti mencapai sebuah negara yang maju agar jati diri setiap warganegara Malaysia terus terpelihara dan dihormati oleh semua negara di seluruh dunia. Maksud saya maju dan bagus dalam akhlak dan pembangunan kebendaan iaitu duniawi dan ukhrawi. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi WAWASAN 2020 di mana tinggal 12 tahun saja dari sekarang yang mana wawasan ini merupakan satu agenda kita untuk menjadi sebuah bangsa yang maju dan berjaya setanding dengan negara barat dan Eropah? Adakah kita rela pada tanggal 31 Disember 2019, di mana Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu mengumumkan bahawa kita telah gagal menjadi sebuah negara maju yang kita inginkan menjelang 1 Januari 2020?


Apakah perasaan kita semua pada ketika itu? Adakah pada ketika itu kita mahu saling salah-menyalahkan, tuduh-menuduh antara kita atas kesalahan kita sendiri kerana gagal mencapai misi wawasan kita?


Sedarlah wahai semua mahasiswa! Jarak masa untuk menuju wawasan 2020 yang kita tunggu-tunggu ialah tinggal 12 tahun sahaja lagi, 12 tahun sahaja lagi. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadikan wawasan itu menjadi satu realiti. Apa yang penting sekarang ini ialah kita mesti menjadi bangsa kita sebagai suatu bangsa Malaysia yang dikenali, suatu bangsa Malaysia yang dikagumi, dan suatu bangsa Malaysia yang dihormati oleh seluruh dunia.


Tidak lain, tak bukan ialah kita mesti menjadi suatu ”bangsa yang dirujuk" atau atau refered sosiety”. Apabila kita menjadi bangsa yang dirujuk, kita akan menjadi satu bangsa yang dipandang mulia dan dihormati. Misalnya, lihat sahaja Tamadun Islam yang Menguasai dunia hampir 700 tahun sudah memadai untuk kita sedari betapa pentingnya untuk menjadi negara bangsa yang dirujuk. Tamadun-tamadun dunia yang lain pun mengiktirafnya.

Pada ketika mana tamadun Islam pernah menjadi peneraju kepada halatuju dunia, tamadun ini menjadi tumpuan dalam segala aspek kehidupan. Katakan kepada saya bidang apakah yang tidak mereka ketahui? semuanya mereka tahu! Masyarakat yang hidup dalam tamadun ini bukan sahaja menghafaz Al-Quran dan hadith, bahkan mereka turut menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang mana hasil ilmuan mereka diguanapakai lebih ratusan tahun lamanya. Bidang-bidang ilmuan ini termasuklah bidang perubatan, ekonomi, kimia, biologi, fizik, astronomi, matematik, dan berbagai-bagai lagi yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana terlalu banyak.

Antara tokoh ilmuan yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Selain itu, Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents. Dalam bidang perubatan pula, siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat, yang mana merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.


Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Bagi bidang kimia pula Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Sumbangan terbesar beliau adalah beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang kimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia.


Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.


Masyarakat seperti inilah yang kita inginkan untuk mewarnai negara kita, agar negara kita dapat menjadi sebuah negara yang menjadi tumpuan atau kiblat kepada negara-negara yang lain. Siapa yang sepatutnya menjadi pencetus kepada semua ini? Adakah kita ingin mengharapkan ada orang dari negara lain yang menjadi penggerak kepada usaha ini?


Juteru, saya menyeru kepada semua mahasiswa, agar kita semua bekerjasama dan berganding bahu bagi merialisasikan agenda untuk memartabatkan negara yang kita sayangi ini, dan seterusnya membawa bangsa dan maruah negara ini agar suatu hari nanti kita mampu menjadi sebuah negara yang dirujuk oleh semua bangsa di dunia ini. Demi perjuangan kita yang masih belum selesai, marilah kita sama-sama berusaha tanpa jemu dan tidak lupa juga untuk berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa agar cita-cita dan apa yang kita inginkan akan tercapai. Insaya-Allah.

ISI KANDUNGAN RESOLUSI MPPK 2008 KEPADA TPM


DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



Muka Surat
Maklumat Penting 1

Penyerahan Dokumen dan YDP-YDP MPP Malaysia 2

Latar Belakang 7

Isu dan Resolusi 8

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL
(PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3%
KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA
PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar
pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan
menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak
berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama)
kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga
memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah
Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN
HARGA BARANG 9

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan
polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500
bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan
kenaikan harga barang.

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI
KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN. 10
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan
masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada
pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2),
16B(3), 16C DAN 51(1) AUKU 1971 11

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak
Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah
bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang
semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi
mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal
insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian
ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia
sebelum 1hb Julai 2008.

ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA
BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR 12

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah
mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran
secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia
semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009.
Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab
pada 13hb Julai 2008.

ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN
HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN
KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA
KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA
DI LUAR. 13

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon
pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan/barang di kampus.

ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN
TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR
BANDAR. 14

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar Pelajar yang Tinggal di luar kampus dapat diberikan perkhidmatan broadband
dengan harga yang berpatutan.
ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. 15 Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS diMalaysia.

Syor 16













DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


LATAR BELAKANG

Mesyuarat YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 terdiri daripada semua YDP di universiti awam dan swasta di negara ini. Perlantikan YDP ini dijalankan melalui sistem pilihan raya kampus. YDP telah dilantik atas dasar kepercayaan Pihak Universiti untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Universiti yang termaktub dalam AUKU 1971 perkara 52 (10) tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh Malaysia seperti berikut :

(10)(a) Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar universiti.
(10)(b) Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan-kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan bekalan makanan dan minuman;
(10)(c) Untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar Universiti;
(10)(d) Untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pelajar universiti; dan
(10)(e) untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Selain itu, MPP yang di wakili oleh YDP untuk membuat representasi dan juga merupakan penyalur maklumat atau informasi kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang berkaitan dengan permasalahan pelajar atau kebajikan pelajar disamping membantu Kementerian Pengajian Tinggi melaksanankan polisi-polisi tertentu yang berkaitan dengan pelajar.

YDP-YDP MPP Malaysia sesi 2007/2008 juga yakin dan percaya pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius segala isu yang dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 demi meningkatkan kebajikan dan kualiti pembelajaran di Universiti untuk menghasilkan mahasiswa yang berfikiran kelas pertama.

DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

a) MAKLUMAT TIDAK JELAS MENGENAI ISU RIBA SAMADA 3% KADAR FAEDAH YANG TELAH YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR, RIBA ATAU TIDAK DARI PRESPEKTIF ISLAM.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan perkara ini dan menggunakan kaedah yang diterima dari segi hukum syarak berserta laporan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (Penasihat agama) kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008. Kami juga memohon agar pihak PTPTN menggunakan kaedah Perbankan Islam dalam formula pembayaran pinjaman.

FALSAFAH

Mesyuarat YDP-YDP Malaysia sesi 2007/2008 mewakili seluruh pelajar Institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana telah menjadi badan yang membantu pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan pinjaman yang telah diberikan.

Walaubagaimanapun, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia merasakan PTPTN telah menetapkan kadar faedah yang tinggi iaitu 3 % yang sewajarnya difikirkan semula kerana ia telah menimbulkan isu yang lain.


RASIONAL

Kadar faedah yang agak tinggi yang telah ditetapkan oleh PTPTN menjadi persoalan dan pertanyaan adakah kadar faedah tersebut tergolong dalam riba atau tidak. Hal ini menjadi persoalan kerana jumlah tersebut terlalu tinggi untuk pelajar membayar balik.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA

ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

b) KADAR PINJAMAN PTPTN TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menetapkan polisi yuran pengajian percuma kerana jumlah pinjaman RM3500 bagi setiap semester adalah tidak mencukupi dengan kenaikan harga barang.

FALSAFAH

Kenaikan harga barang umum, secara tidak lansung telah menyebabkan pelajar turut menerima impaks di atas kenaikan tersebut. Taraf hidup yang semakin tinggi dan tidak diseimbangkan dengan jumlah pinjaman daripada PTPTN telah membebankan pelajar dari segi kewangan terutama pelajar yang belajar di kawasan bandar utama.

RASIONAL

Jumlah pinjaman yang tidak berubah dengan harga barang dan minyak yang naik sejak kebelakangan ini menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan. Pinjaman PTPTN hendaklah diselaraskan dengan kenaikan harga barang pada masa kini.












DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 1 : PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

C) MAHASISWA DI SABAH DAN SARAWAK MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENGURUS MASALAH PTPTN.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon untuk mewujudkan wakil PTPTN yang sah dan boleh menyelesaikan masalah berkaitan PTPTN tanpa mahasiswa terpaksa merujuk kepada pejabat induk PTPTN di Semenanjung Malaysia.

FALSAFAH

Pusat PTPTN yang hanya terletak di semenanjung Malaysia telah menyukarkan interaksi dan pengurusan yang berkaitan dengan PTPTN terutama untuk negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini telah menjadi masalah kepada pelajar kerana terpaksa menunggu proses pengurusan kelulusan pinjaman yang lama disamping kekurangan maklumat atau tenaga yang mahir mengenai PTPTN untuk membantu masalah pelajar yang berkaitan.

RASIONAL

PTPTN yang hanya berpusatkan di Semenanjung Malaysia dan tidak mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pelajar Sabah dan Sarawak mengalami masalah pengurusan untuk urusan pinjaman. Hal ini telah melambatkan proses pinjaman dan pendaftaran pelajar.










DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 2 : SEKSYEN 15(A), 15(B), 15(C), 15(D), 16B(1), 16B(2), 16B(3), 16C
DAN 51(1) AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan kajian ilmiah bersama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia tentang semula seksyen di atas dan impak AUKU 1971 terhadap potensi mahasiswa dalam jangka masa panjang dalam pembinaan modal insan negara. Kami juga memohon agar hasil laporan kajian ini dapat dibentangkan kepada YDP-YDP MPP Malaysia sebelum 1hb Julai 2008.

FALSAFAH

AUKU hanya perlu disemak semula dan diberi nafas baru dari segi, isi kandungan, falsafah, dan realiti kewujudannya agar ia lebih relevan, segar dan bersifat global memandangkan visi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melonjakkan istitusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

RASIONAL

Mengimbas pelaksanaan AUKU sejak 37 tahun lalu, AUKU mempunyai banyak kekangan dan halangan disamping sekatan yang ada dalam AUKU yang hanya releven pada zaman 80-an dan 90-an dan perlu dipinda untuk menambahbaik kerana kepesatan dunia teknologi tanpa sempadan kini memaksa untuk bersaing di gelanggang sendiri. Kekangan dan halangan ini telah membantutkan pembentukan modal insan.

Melihat segala bentuk kekangan, halangan dan sekatan yang ada di dalam AUKU, menjadikan ia semakin ketinggalan zaman ketika mahasiswa hari ini sudah jauh ke hadapan dengan kecanggihan, fleksibel dan perubahan yang begitu cepat terhadap teknologi pendidikan.

Oleh yang demikian, beberapa seksyen perlu di perhalusi agar ia seiring dengan peredaran masa.
DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIASESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 3 : GERAKAN MAHASISWA MEMBANTU MANGSA GEMPA BUMI SICHUAN, CHINA & TAUFAN NARGIS, MYANMAR

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma besar-besaran secara serentak selama seminggu diseluruh IPTA se-Malaysia semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009. Dana ini akan disalurkan kepada pihak bertanggungjawab pada 13hb Julai 2008.

FALSAFAH

Dalam perspektif pemerkasaan modal insan melalui aktiviti sosial seperti penyertaan Universiti dalam program sukarela dan khidmat masyarakat mampu di jadikan agenda utama dalam memperkukuhkan budaya berbudi, bertoleransi dan penyayang untuk pembangunan modal insan sebagi gerakan strategik untuk mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat.

RASIONAL

Apabila memperkatakan tentang fungsi dan peranan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 terhadap masyarakat di negara kita mahupun dunia, maka ia menuntut kepada satu pendekatan yang lebih kreatif , inovatif dan holistik. Tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 bukan setakat memastikan kelansungan dalam membina kecemerlangan bahkan juga hendaklah sentiasa meningkatkan tanggungjawab sosial yang mampu melahirkan komuniti yang mempunyai hati dan jiwa yang luhur membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 4 : KEBAJIKAN MAHASISWA : KRISIS GLOBAL KENAIKAN HARGA MINYAK & KENAIKAN HARGA MAKANAN MENYEBABKAN KOS SARA DIRI MAHASISWA MENINGKAT. TERDAPAT JUGA DI SESETENGAH IPTA YANG HARGA MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA DI LUAR.

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon pihak kerajaan untuk mewujudkan ‘zon harga rendah’ dalam kawasan kampus di semua IPTA dan memantau harga makanan / barang di kampus.

FALSAFAH

Kenaikan harga minyak dan barang telah menyebabkan banyak vendor makanan dan barangan runcit dalam kampus menaikkan harga makanan tanpa kawalan. Memburukkan lagi keadaan apabila tiada garis panduan tentang harga makanan yang ditetapkan oleh kerajaan mahupun universiti dalam menangani isu ini.


RASIONAL

Kebanyakkan vendor di dalam kampus telah mengambil kesempatan ke atas kenaikan harga barang dan minyak untuk menaikkan harga makanan. Peluang ini telah diambil oleh vendor sebaik mungkin sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa membayar harga makanan yang tinggi dengan kuantiti yang sama banyak dengan harga asal. Namun demikian, harga makanan pula tidak dinaikkan begitu tinggi di kafeteria luar kampus berbanding di dalam kampus.







DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



ISU 5 : AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT : AKSES DAN LIPUTAN TERHAD TERUTAMANYA DI KAMPUS YANG BERADA DI LUAR BANDAR. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 memohon kemudahan broadband secara percuma dengan kelajuan yang tinggi di semua IPTA. FALSAFAH Teknologi maklumat semakin penting terutama pada zaman dunia tanpa sempadan ini. Segala maklumat perlu dikuasai dihujung jari agar tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kemudahan teknologi perlu diterokai untuk mengakses maklumat terkini dan mengetahui perkembangan dunia luar tanpa sempadan. RASIONAL Kekurangan kemudahan internet telah menjadi penghalang kemaraan pelajar untuk mencapai dan menyumbang ke arah universiti bertaraf dunia. Cabaran ini perlu ditempuhi untuk memastikan hasrat kerajaan mencapai wawasan 2020 dan kemajuan dari segi teknologi.




DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA


ISU 6 : SENSIVITI AGAMA : ISU ASKAR AS YANG MENGGUNAKAN AL-QURAN SEBAGAI SASARAN MENEMBAK. IA JUGA SATU PENCABULAN TERHADAP MARUAH DAN PENDIRIAN KITA SEBAGAI PEJUANG KEAMANAN DAN JUARA BAGI UMAT ISLAM SEDUNIA KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH RAKYAT IRAQ. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ingin menyampaikan pendirian (surat) terhadap isu penghinaan terhadap Al-Quran kepada kedutaan AS di Malaysia. FALSAFAH

Agama Islam telah dijadikan mainan politik pemimpin barat. Akibat perasaan iri hati dengan komitmen umat islam terhadap ajaran Islam serta sikap prejudis golongan orientalis barat yang gagal berdepan secara ilmiah dalam mencari kebenaran, maka mereka telah bertindak mempersendakan agama islam seperti yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders melalui penerbitan filem Fitna.

RASIONAL

Memang sudah menjadi dasar golongan anti-Islam untuk terus berusaha dengan pelbagai cara melabelkan Islam sebagai agama keganasan. Dalam memperkatakan soal ini, peranan golongan orientalis cukup jelas. Berikutan itu, umat Islam perlu tegas. Suatu keputusan yang lebih rasional perlu dilakukan bukan sekadar untuk mengajar bahkan memberi kefahaman kepada setiap golongan anti-Islam.









DOKUMEN ENAM RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA SESI 2007/2008 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA TERHADAP ISU PERBADANAN TABUNG PENGAJIAN TINGGI NASIONAL, AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI 1971, KEBAJIKAN MAHASISWA, AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT, DAN SENSIVITI AGAMA. MELALUI PERSIDANGAN MESYUARAT YDP-YDP MPP MALAYSIA SESI 2007/2008
PADA 20-21 MEI 2008 DI UNIVERSITI MALAYA



SYOR

Diharapkan agar kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dapat memberi maklum balas sebelum 1 Julai 2008 kepada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 kerana isu ini akan di bawa ke mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia untuk dibentangkan kepada seluruh pelajar IPTA. Keprihatinan dan kerjasama daripada kerajaan dalam menangani isu kebajikan pelajar kami dahului dengan ucapan terima kasih.

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

INILAH HAKIKATNYA SEBAGAI PEMIMPIN....

Cermin Diri Kita...


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepadakesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


WAKTU DUNIA